Khazanah MyStep 2022: Peluang Membina Kerjaya Graduan OKU

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dengan kerjasama UKM, JKM, MBM dan sokongan MBOKU akan menganjurkan Program Khazanah MyStep 2022-Peneraju Juang Skil Kerjaya.

Program Khazanah MyStep 2022- Peneraju Juang Skil Kerjaya ini merupakan program yang membantu graduan OKU dan masih belum mendapat pekerjaan atau sedang melakukan pekerjaan yang tidak setaraf untuk membina kerjaya.

Menariknya, program ini adalah percuma kepada graduan OKU yang berminat untuk menyertai program ini.

Bagi graduan OKU yang berminat, sila lengkapkan maklumat di google form yang disediakan sebelum 30 November 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Bumiputera berumur 21-30 tahun dan tidak bekerja.
  2. Kelayakan minimum Diploma (Tahun graduasi 2017 hingga 2022).
  3. OKU Fizikal/Pendengaran minor/Penglihatan minor/pembelajaran (high functioning) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  4. Sihat dan boleh bekerja.
  5. Berminat dan bersedia menerima tawaran kerja selama setahun

Cara Memohon

Permohonan program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik link berikut https://forms.gle/fThAFwWgSQ3icVL66.
  2. Isikan maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Semak maklumat permohonan sebelum menghantar.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Penggilan Seterusnya

Bagi pemohon yang berjaya ke peringkat seterusnya, mereka akan dihubungi oleh pihak penganjur.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Program Khazanah MyStep 2022-Peneraju Juang Skil Kerjaya, sila hantar email kepada aizansofia@ukm.edu.my.

Leave a Comment