5 Tarikan di KINOKUNIYA MALAYSIA

Kinokuniya Malaysia adalah sebuah kedai buku menarik yang terletak di pusat membeli-belah terbesar dan terkenal di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur iaitu Suria KLCC.

Waktu Operasi Kinokuniya Malaysia

Kinokuniya Malaysia yang terletak di tingkat 4 Suria KLCC dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 10.00 pagi hingga 6.15 petang kecuali pada hari cuti.

Latar Belakang Kinokuniya

Pada asalnya, Kinokuniya adalah sebuah syarikat pengendali arang dan kayu balak yang ditubuhkan di negara matahari terbit iaitu Jepun.

Pada tahun 1923, Jepun telah dilanda gempa bumi yang berskala besar dinamakan “Gempa Bumi Kanto”.

Kinokuniya akhirnya terpaksa berpindah dari kawasan kejiranan Yotsuya ke arah barat Shinjuku.

Januari 1927, Kinokuniya diubah menjadi sebuah kedai buku di bawah pimpinan Moichi Tanabe dengan pekerja sebanyak 5 orang.

Kini Kinokuniya adalah kedai buku yang mempunyai rangkaian terbesar di Jepun.

Selain itu, Kinokuniya turut meluaskan langkahnya ke industri luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Emiriah Bersatu Arab, Kombodia, Taiwan, Singapura, Indonesia, Myanmar, Thailand dan juga Malaysia.

Asal Nama Kinokuniya

Kinokuniya adalah nama yang membawa maksud Kedai Buku Wilayah Kii.

Moichi Tanabe memberikan nama itu bersempena dengan asal usul sejarah moyangnya yang pernah berkhidmat di bawah keluarga Kii-Tokugawa.

Jom kita tengok apa yang menarik di Kedai Buku Kinokuniya Malaysia yang terletak di Suria KLCC Malaysia.

Tarikan di Kedai Buku Kinokuniya Malaysia

1. Kepelbagaian Jenis Bahan Bacaan

Kinokuniya Malaysia menawarkan pelbagai bahan bacaan yang pelbagai dalam bahasa Cina, Jepun, Melayu, Inggeris yang mencecah lebih 300 000 tajuk buku.

Bahan bacaan bahasa Cina adalah dibawah sumber utama dari Taiwan dan Tanah Utama Negara China.

Bahan bacaan Jepun adalah istimewa kerana mempunyai pelbagai bacaan terkini dari negara Jepun seperti Manga, Buku foto idol, buku kesenian, majalah, e-mook, katalog dan plebagai lagi yang terdiri daripada ‘best-sellers’.

Pendek kata, Kinokuniya Malaysia sememangnya adalah syurga buku untuk pencinta buku di Malaysia.

2. Kinokuniya ‘Webstore’

Kinokuniya benar-benar ingin memuaskan hati pencinta buku dan pengumpul barangan bukan buku terutamanya bagi penggemar bahan ‘merchandise’ yang inginkan lebih lagi dari yang ada di Kedai Buku Kinokuniya KLCC.

Maka Kinokuniya Malaysia telah menubuhkan sebuah kedai atas talian di mana pelanggan boleh membeli dan menempah buku atau barangan bukan buku lain yang dibuat khas di Jepun di mana sahaja.

Kedai Buku Kinokuniya Atas Talian telah ditubuhkan pada bulan September tahun 2014.

Books Kinokuniya Webstore Malaysia

3. Kinokuniya Priviledge Card (KPC)

Kedai Buku Kinokuniya telah menawarkan pakej kad keahlian untuk penggemar buku yang diberikan nama Kinokuniya Priviledge Card ataupun KPC.

Kinokuniya

Pelanggan yang berdaftar dengan Kinokuniya Priviledge Card ini boleh menikmati pembelian dengan diskaun sebanyak 10% sepanjang tahun samada di kedai buku fizikal Kinokuniya Malaysia ataupun Kedai Buku Kinokuniya Atas Talian.

Cara pembelian Kad Kinokuniya Priviledge ini mempunyai 2 cara iaitu secara atas talian dan juga di Kedai Buku Kinokuniya Malaysia.

Pelanggan boleh memilih tempoh keahlian untuk 1 tahun ataupun 2 tahun dengan harga yang berikut.

1 TahunRM 38.00
2 TahunRM 76.00

Antara kelebihan Kinokuniya Privildege Card ini adalah tawaran diskaun esklusif untuk barangan terpilih Kinokuniya, pelanggan mendapatkan tawaran terkini mengenai item dan promosi melalui ‘newsletter’ Kinokuniya.

Cara menikmati kelebihan kad ini adalah hanya dengan memberikan nombor keahlian ketika membuat pembelian di Kinokuniya.

Walaubagaimanapun, kad fizikal perlu diambil sendiri oleh pelanggan di Kedai Buku Kinokuniya Malaysia di Suria KLCC kerana Kinokuniya Malaysia tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran Kinokuniya Priviledge Card kepada pelanggan mereka.

4. Koleksi Barangan Lifestyle

Kinokuniya menawarkan koleksi barangan Lifestyle dengan 5 bahagian iaitu ‘Loka Made Illustration Collection’, ‘Trendy Bags & Accessories 1’. Trendy Bags & Accessories 2′, ‘Terrestrial Globes’ dan beg galas jenis ‘Tote’.

Loka Made Illustration Collection menawarkan pelbagai koleksi seni yang menarik dan mempunyai tema seperti contoh poskad terbaru yang membawa tema Malaysia Dalam Sekilas Pandangan, Makanan Malaysia dan juga Babak Baharu di Malaysia.

Kinokuniya

Untuk koleksi barangan mengikut trend ataupun di bawah kategori ‘Trendy Bags & Accessories’, pelanggan boleh melihat bahan bacaan yang membawa gaya terkini dan semasa seperti majalah travel, majalah fesyen pakaian dan macam-macam lagi.

Katalog fesyen pelbagai jenama turut ada di Kinokuniya Malaysia seperti jenama FILA, Guess, Snoopy dan macam-macam lagi.

Bayangkan anda dapat mengakses fesyen terkini dan memperoleh inspirasi dari bahan bacaan ‘best-seller’ yang terkini di hujung jari sahaja jika anda membuat pembelian di Kinokuniya Webstore.

Buat penggemar koleksi glob bumi, Kinokuniya Malaysia menawarkan pelbagai glob bumi yang bertemakan antik, vintage, politik dan juga yang terkini seperti glob bumi yang memaparkan haiwan dan informasi tentang haiwan di bumi.

Kinokuniya Malaysia Kedai Buku Menarik
Kinokuniya

Glob ini diperbuat daripada material plastik dan meridian.

Ianya adalah berfungsi dan dapat berputar sesuai untuk kegunaan peribadi atau di tempat kerja dan juga untuk aktiviti pembelajaran.

Saiz glob juga berbeza untuk setiap glob bumi contohnya glob bumi untuk edisi ‘Animal Earth’ yang lebih besar iaitu berukuran 30 cm tinggi dan berdiameter 220 mm lebar.

Harga untuk setiap glob bumi adalah berbeza mengikut tema dan saiznya.

Pastinya glob bumi yang ditawarkan oleh Kinokuniya Malaysia ini akan menyerikan meja kerja anda ataupun membantu pembelajaran anak-anak di rumah secara lebih kreatif.

Akhir Sekali di bawah koleksi Lifestyle adalah barangan beg galas berupakan beg tote.

Beg jenis tote adalah beg yang menjadi buruan golongan muda yang lebih ekpsresif dalam kehidupan.

Kinokuniya Malaysia Kedai Buku Menarik
Kinokuniya

Koleksi beg tote ini juga sesuai dijadikan sebagai beg untuk ke kuliah dan ke tempat lain yang memerlukan anda berpakaian kasual dan bebas.

Harga untuk setiap beg tote adalah berbeza berdasarkan jenis, tema, dan perekanya namun pastinya anda akan kelihatan lebih ‘trendy’ dan ‘fashionably young’.

5. Koleksi Mainan

Kalau anda adalah pelanggan yang mempunyai anak -anak jangan risau untuk berkunjung ke Kinokuniya Malaysia.

Terdapat juga tarikan untuk anak-anak anda seperti buku komik dan juga mainan seperti nanoblok.

Kinokuniya

Nanoblok adalah sebuah mainan yang melibatkan blok-blok kecil yang anda boleh bina berdasarkan tema seperti pokemon, One Piece, Bangunan Mercu Tanda KLCC dan macam-macam lagi.

Buat peminat fanatik anime Jepun One Piece, pastinya anda akan teruja melihat koleksi nanoblok edisi One Piece yang menawarkan teraju utama One Piece seperti Lufyy, Zoro dan yang lain.

Selain mainan Nanoblok, Kinokuniya turut menawarkan Tomica iaitu koleksi mainan kenderaan seperti Toyota Hilux, Subaru, Skyline dan macam-macam lagi.

Kinokuniya Malaysia Kedai Buku Menarik
Kinokuniya

Sebenarnya terdapat banyak lagi tarikan di Kedai Buku Kinokuniya Malaysia yang terletak di Suria KLCC ini.

Jadi anda yang berada berdekatan ataupun yang sedang bercuti di Kuala Lumpur harus datang ke Kinokuniya Malaysia ini untuk melihat sendiri syurga buku ini.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment