KISS: Kasih Ibu Smart Selangor 2018

0

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40). Bantuan ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Penerima bantuan dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless). Penerima hanya perlu membawa kad KISS ke kedai yang berdaftar untuk pembelian barangan keperluan.

Manfaat KISS

  • Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak.
  • Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  • Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  • Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan¬† hadapan
  • Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

 

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan
  3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
  4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
  5. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

Cara Mendaftar

Buat masa sekarang, pendaftaran hanya boleh dilakukan secara manual.
Anda boleh muat turun borang di https://www.kiss.com.my/borang-pendaftaran atau dapatkan di:

  • Pejabat Ahli Dewan Negeri/ Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlimen/ Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya

Borang yang lengkap perlula diserahkan kepada Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri.

Berikut adalah contoh borang permohonan:

Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan

  • Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Sayur-sayuran
  • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  • Sabun dan bahan pencuci (detergent)
  • Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya

Hanya barangan di dalam senarai sahaja yang diluluskan untuk pembelian. Anda bebas memilih sebarang jenama kerana tiada had dari segi jenama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari kiss.com.my atau hubungi 03-55256600.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.