KL Tower

KL Tower adalah salah satu mercu tanda yang terkenal di Malaysia dan luar negara selain daripada Menara Berkembar Petronas.

KL Tower dibina pada tahun 1994 dengan ketinggian 421 meter dan ketinggian pada tempat pemerhatian dari aras tanah adalah 276 meter tapi 100 meter lebih tinggi daripada jejantas ataupun skybridge Menara Berkembar Kuala Lumpur.

KL Tower terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur ini adalah menara telekomunikasi ke 7 yang tertinggi di dunia dan antara yang tertinggi di Malaysia.

Sejarah KL Tower

Menara Kuala Lumpur siap dibina pada tanggal 1 mac 1995 dan dirasmikan pada tanggal 1 oktober 1996 oleh Tun Mahathir Mohamad yang pada ketika itu merupakan perdana menteri Malaysia yang ke 4.

Tapak lokasi KL Tower ini adalah kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas dan demi menjaga kelestarian Hutan Simpan Bukit Nanas ini, kos pembelanjaan yang tinggi telah dikeluarkan terutamanya bagi memelihara sebatang pokok jelutong yang telah berusia ratusan tahun.

Anda dapat melihat pokok jelutong ini yang berada bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur namun pokok ini dikelilingi oleh tembok dinding konkrit.

Menara Kuala Lumpur telah menelan belanja RM 430 000 untuk proses pemindahan struktur bagi mengelak daripada merosakkan pokok jelutong itu.

Menara Kuala Lumpur direka oleh syarikat tempatan dan seni bina diinspirasikan daripada Iran, menggunakan reka bentuk Muqarnas iaitu salah satu seni bina Islam.

Rekaan kubah kaca yang terletak di lobi lif utama Menara Kuala Lumpur jelas menggambarkan reka bentuk Muqarnas, ia mempunyai 7 tingkat yang mempunyai masud tersirat yang menggambarkan 7 petala langit mengikut kepercayaan agama Islam.

Selain itu, kawasan bawah kepala Menara Kuala Lumpur dan juga pintu masuk ruang legar turut jelas memperlihatkan seni bina Muqarnas ini.

Menara Kuala Lumpur juga digunakan untuk acara rasmi agama Islam seperti melihat anak bulan Ramadan dan syawal bagi menentukan tarikh-tarikh penting untuk umat islam.

Struktur Bangunan Mercu Tanda KL Tower

Bangunan KL Tower dibahagikan kepada 5 bahagian asas iaitu rumah- rumah asas 3 tingkat bawah tanah untuk penyimpanan, penyelenggaraan, dan tujuan keselamatan.

Bahagian yang kedua adalah untuk pelancongan, tempat pejalan kaki sepanjang 146 meter dengan kolam renang yang melata, pusat pentadbiran, dan kedai cenderamata.

Bahagian ketiga terdiri daripada badan menara yang mempunyai 22 peringkat, 4 lif, dan anak tangga sebanyak 2058.

Bahagian yang keempat adalah kepala menara, platform pemerhatian awam terletak di kawasan menara, stesen penyiaran, pejabat telekomunikasi dan juga restoran berputar yang terkenal.

Struktur yang terakhir adalah bahagian antena yang menyumbang kepada penghantaran dan penerimaan isyarat telekomunikasi.

Walaubagaimanapun lif hanya mengambil masa sebanyak 54 saat untuk naik ke deck pemerhatian yang berada pada ketinggian 276 meter dan hanya 52 saat untuk turun.

jom kita tengok cara hendak Menara Kuala Lumpur pula.

Cara Hendak Ke Menara Kuala Lumpur

Kalau anda menggunakan stesen aliran transit atau LRT, stesen monorel Bukit Nanas dalam 10 minit jarak berjalan kaki adalah yang terdekat dan Stesen LRT Dang Wangi mempunyai jarak 11 minit sekiranya anda berjalan kaki.

Pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan bas bolehlah menggunakan bas bernombor 400, 580, 780, Bas Biru (Blue) dan Bas Ungu (Purple).

Jom kita tengok apa yang menarik di mercu tanda gah KL Tower ini.

Tempat Menarik di KL Tower

1. Bukit Nanas atau KL Forest Eco Park

KL Tower masih sebahagian dari kawasan Bukit Nanas dan Bukit Nanas juga dikira sebagai kawasan yang penting kerana ia adalah satu-satunya hutan simpan dara di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur yang masih kekal hingga kini.

Bukit Nanas KL Tower Mercu Tanda
visitselangor.com

Bukit Nanas mempunyai denai hutan, pusat pelancongan dan muzium perhutanan yang dibuka kepada orang ramai.

Kalau anda hendak tahu Bukit Nanas pernah mempunyai perkhidmatan kereta kabal pada tahun 1980 namun telah dihentikan dan haiwan seperti harimau Malaya dan gajah adalah antara haiwan yang pernah menetap di hutan dara ini.

Namun kini hanya haiwan seperti tupai, monyet, biawak dan ular sawa yang masih kelihatan di hutan dara ini.

Sejarah Bukit Nanas secara ringkas adalah bukit ini pernah menjadi tempat tinggal kaum Melayu dan telah dijadikan sebagai benteng untuk mengukuhkan kuasa Raja Abdullah yang pada ketika itu menguasai Klang dan ingin menguasai perlombongan timah.

Pokok-pokok nenas ditanam disekeliling benteng itu oleh Raja Asal ketika peperangan Klang dan akhirnya nama Bukit Nanas kekal hingga sekarang.

Sekiranya pengunjung membeli tiket ke menara pemerhatian Menara Kuala Lumpur, tour guide percuma akan disertakan untuk kunjungan ke Bukit Nanas.

Antara tarikan lain di Bukit Nanas adalah canopy walk setinggi 200 meter dari aras tanah, kawasan perkhemahan dan gazebo kayu yang boleh akses kepada pemandangan Menara Kuala Lumpur.

Bukit Nanas dibuka setiap hari pada pukul 7 pagi hingga 6 petang dan caj masuk untuk pemegang MYkad dewasa adalah RM 10 manakala kanak-kanak dan warga emas dicaj RM 1, pemegang kad OKU tidak dikenakan bayaran masuk.

AlamatFb/ Website
Lot 240, Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan
50250, Kuala Lumpur, Malaysia
visitselangor.com

2. Restoran Atmosphere 360

KL Tower mempunyai sebuah tarikan yang sesuai untuk pengunjung yang mempunyai bajet lebih untuk menikmati pengalaman makan di atas langit dan menikmati pemandangan sekitar Kuala Lumpur.

Atmosphere 360 KL Tower Mercu Tanda
Atmosphere 360

Restoran Atmosphere 360 adalah restoran yang ‘live up to it’s name’ kerana ia membolehkan diner untuk menikmati pemandangan yang indah secara menyeluruh.

Pengunjung boleh menikmati makan tengahari dan makan malam yang disediakan secara buffet di sini serta aneka koktail dan ala carte.

Anda boleh melayari laman sesawang rasmi Atmosphere 360 unttuk membuat tempahan lebih awal serta untuk mendapatkan pakej-pakej yang ditawarkan pada harga promosi.

Restoran Atmosphere 360 dibuka setiap hari bermula pukul 12 tengahari hingga 10 malam.

AlamatFb/ Website
Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala LumpurAtmosphere 360

3. Rumah Terbalik Kuala Lumpur

Pengunjung yang inginkan percutian yang interaktif dan gambar-gambar yang menarik harus berkunjung ke Rumah Terbalik yang terletak di Menara Kuala Lumpur.

Rumah Terbalik Kuala Lumpur

Rumah Terbalik ini setinggi 2 tingkat dan adalah yang pertama dan tertinggi di Malaysia.

Rumah ini dibina menggunakan konsep cottage dan rekaan dalamannya digantung di siling dan anda akan berasa seperti betul-betul berada di wonderland.

Pastinya gambar dan video yang dirakam di sini akan membuatkan anda kelihatan lebih cool dan anak-anak pasti akan seronok.

Harga promosi boleh dilihat pada laman web sesawang Rumah Terbalik Kuala Lumpur.

Rumah Terbalik dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 7 petang.

AlamatFb/ Website
Jalan P Ramlee, &, Jalan Puncak, 50250 Kuala LumpurRumah Terbalik Kuala Lumpur

4. Zoo Mini Kl Tower

Kl Tower mercu tanda yang mempunyai banyak tarikan untuk kanak-kanak antaranya adalah zoo mini.

Zoo Mini KL Tower
Zoo Mini KL Tower

Zoo mini ini adalah seperti petting zoo di mana anda boleh memegang dan memberikan makanan kepada binatang dengan pengawasan operator bertugas.

Harga biasa dan pakej promosi untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak boleh dilihat di laman sesawang rasmi.

Zoo mini ini dibuka pada setiap hari di mana hari isnin hingga jumaat waktu operasinya adalah 10 pagi hingga 7 petang manakala pada hari sabtu-ahad dan hari cuti waktu operasi dari 10 pagi hingga 9 malam.

AlamatFb/ Website
Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, WP, Jalan Puncak, 50250 Kuala LumpurZoo Mini KL Tower

5. Sky Box

Pengunjung yang datang ke Menara KL selalunya pasti akan menangkap gambar di sky deck dan sky box yang berketinggian 300 meter dari aras tanah untuk gambar yang menarik.

Sky box ini diperbuat daripada dinding kaca dan mampu menampung 7 orang pada waktu yang sama dan ia diinspirasikan oleh sebuah bangunan di Melbourne iaitu Eureka 88 Sky deck.

Pengunjung yang mempunyai fobia gayat dinasihati untuk tidak mencuba melihat ke bawah boleh pengsan dibuatnya nanti.

Harga tiket masuk untuk warganegara dewasa dan kanak-kanak adalah RM 71 dan RM 37 untuk pakej sky deck, sky box, dan observation deck.

AlamatFb/ Website
Menara Kuala Lumpur No. 2 Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpurmenarakl.com.my

Semoga perkongsian artikel ini dapat membantu anda untuk merancang percutian di KL Tower bersama keluarga tersayang dengan lebih mudah.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment