Permohonan Kolej Vokasional (KV) 2019 & Syarat Kemasukan Terkini

Nak sambung tingkatan 4 di Kolej Vokasional?

Berita baik!

Permohonan Kolej Vokasional (KV) bagi ambilan Januari 2019 telah pun dibuka.

Berikut dikongsikan panduan langkah demi langkah bagaimana untuk memohon kemasukan ke KV secara online serta syarat kemasukan terkini.

KV merupakan institusi pengajian yang menerapkan pembelajaran vokasional — yang lebih kepada teori dan praktikal.

Tujuan utamanya bagi melahirkan golongan separa profesional dalam bidang kejuruteraaan dan bukan kejuruteraan.

Selepas tamat pengajian, para pelajar boleh melanjutkan pengajian ke mana-mana Universiti Awam / Swasta atau terus bekerja mengikut kemahiran yang ada.

Namun jangan salah faham, ramai orang beranggapan masuk KV tak perlu belajar subjek akademik.

Sebenarnya sama seperti sekolah menengah biasa, pelajar KV tetap kena belajar subjek-subjek asas SPM cumanya dari segi peruntukan masa sahaja yang kurang.

Sebagai contoh — PAI, BI, Sejarah cuma belajar satu jam seminggu. Manakala Sains dan Matematik dua jam. BM empat jam.

Bidang Pengajian Kolej Vokasional

Antara bidang yang ditawarkan di kolej-kolej vokasional (KV) seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

A. Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

  1. Teknologi Elektrik (Electrical Technology)
  2. Teknologi Elektronik (Electronics Technology)
  3. Teknologi Mekatronik (Mechatronics Technology)
  4. Teknologi Telekomunikasi (Telecommunication Technology)

B. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

  1. Teknologi Pemesinan Industri (Industrial Mechining Technology)
  2. Teknologi Kimpalan (Welding Technology)
  3. Teknologi Automotif  (Automotive Technology)
  4. Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara (Air Conditioning  And Refrigeration Technology)
  5. Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Acuan) (Mould)
  6. Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Alat Pemotong) (Metal Stamping Die)

C. Teknologi Kejuruteraan Awam

  1. Teknologi Pembinaan (Construction Technology)
  2. Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan (Timber Processing and Finishing Technology)
  3. Teknologi Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Bangunan (Building Services and Maintenance Technology)

D. Hospitaliti & Pelancongan

  1. Seni Kulinari (Culinary Arts)
  2. Bakeri dan Pastri (Bakery and Pastry)
  3. Pelancongan (Tourism)

E. Pengajian dan Perkhidmatan Masyarakat

  1. Fesyen Dan Membuat  Pakaian (Fashion And Dressmaking)
  2. Kosmetologi (Cosmetology)
  3. Pengajian Awal Kanak-Kanak (Early Chilhood Education)

F. Perniagaan

  1. Pengurusan Perniagaan (Business Management)
  2. Kesetiausahaan Pentadbiran (Administrative Secretary)
  3. Perbankan (Banking)
  4. Insuran (Insurance)
  5. Pemasaran (Marketing)
  6. Pengurusan Peruncitan (Retailing Management)
  7. Perakaunan (Accountancy)

G. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

  1. Teknologi Sistem Komputer Dan Rangkaian (Computer System And Networking Technology)
  2. Multimedia Kreatif (Animasi) (Creative Multimedia (Animation))
  3. Rekabentuk Grafik Industri (Print Media) (Industry Graphic Design (Print Media))
  4. Sistem Pengurusan Pangkalan Data Dan Aplikasi Web (Database Management System And Web Application)

H. Pertanian

  1. Agroindustri Tanaman (Plants Agro -industry)
  2. Agroindustri  Ternakan Ruminan (Ruminant Agro-industry)
  3. Agroindustri Ternakan Poltri (Poultry Agro-industry)
  4. Mekanisasi Agro (Agro Mechanisation)
  5. Herba (Herb)
  6. Bioteknologi (Biotechnology)
  7. Akuakultur (Aquaculture)
  8. Holtikultur Hiasan (Ornamental Horticulture)
  9. Landskap (Landscape)
  10. Pemprosesan Hasil Pertanian  (Agriculture Products Processing)
  11. Florikultur  (Floriculture)

Senarai KV Seluruh Malaysia

Terdapat 85 buah KV seluruh Malaysia. Di bawah adalah senarai kolej vokasional mengikut negeri masing-masing.

Johor

  1. KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH
  2. KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT
  3. KOLEJ VOKASIONAL KLUANG
  4. KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI
  5. KOLEJ VOKASIONAL MUAR
  6. KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU
  7. KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT
  8. KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI
  9. KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PIAI
  10. KOLEJ VOKASIONAL PASIR GUDANG
  11. KOLEJ VOKASIONAL TUN HUSSEIN ONN

Kedah

  1. KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR
  2. KOLEJ VOKASIONAL KULIM
  3. KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI
  4. KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 1
  5. KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

Kelantan

  1. KOLEJ VOKASIONAL BACHOK
  2. KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI
  3. KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS
  4. KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH
  5. KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA
  6. KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH
  7. KOLEJ VOKASIONAL KOTA BHARU

Kuala Lumpur

  1. KOLEJ VOKASIONAL (ERT) SETAPAK
  2. KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK

Labuan

  1. KOLEJ VOKASIONAL LABUAN

Melaka

  1. KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
  2. KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH
  3. KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN

Negeri Sembilan

  1. KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN
  2. KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA
  3. KOLEJ VOKASIONAL DATO’ UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP
  4. KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH
  5. KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG
  6. KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

Pahang

  1. KOLEJ VOKASIONAL (ERT) PUTERI
  2. KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR
  3. KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
  4. KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH
  5. KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH
  6. KOLEJ VOKASIONAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL MUSTAIN BILLAH
  7. KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH
  8. KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN

Perak

  1. KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
  2. KOLEJ VOKASIONAL GERIK
  3. KOLEJ VOKASIONAL IPOH
  4. KOLEJ VOKASIONAL KERIAN
  5. KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
  6. KOLEJ VOKASIONAL LEBOH CATOR
  7. KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR
  8. KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG
  9. KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
  10. KOLEJ VOKASIONAL TAIPING

Perlis

  1. KOLEJ VOKASIONAL ARAU
  2. KOLEJ VOKASIONAL KANGAR

Pulau Pinang

  1. KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
  2. KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG
  3. KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
  4. KOLEJ VOKASIONAL NIBONG TEBAL
  5. KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PRAI

Sabah

  1. KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT
  2. KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU
  3. KOLEJ VOKASIONAL KUDAT
  4. KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU
  5. KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
  6. KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN
  7. KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

Sarawak

  1. KOLEJ VOKASIONAL BETONG
  2. KOLEJ VOKASIONAL BINTULU
  3. KOLEJ VOKASIONAL KUCHING
  4. KOLEJ VOKASIONAL MATANG
  5. KOLEJ VOKASIONAL MIRI
  6. KOLEJ VOKASIONAL SIBU

Selangor

  1. KOLEJ VOKASIONAL GOMBAK
  2. KOLEJ VOKASIONAL KAJANG
  3. KOLEJ VOKASIONAL KLANG
  4. KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR
  5. KOLEJ VOKASIONAL SEPANG
  6. KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM
  7. KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD
  8. KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH

Terengganu

  1. KOLEJ VOKASIONAL BESUT
  2. KOLEJ VOKASIONAL DUNGUN
  3. KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN
  4. KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional

Saya berminat untuk masuk ke KV. Apakah syarat-syaratnya?

  • Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah bersekolah di sekolah kerajaan / bantuan kerajaan
  • Telah menduduki PBS tahun sebelumnya yang merangkumi Pentaksiran Sekolah, PAJSK, PPSi, serta PT3
  • Sihat tubuh badan dan tiada sebarang kecacatan / penyakit yang menyukarkan pelaksaan kerja-kerja praktikal dan amali
  • Tidak rabun warna / buta warna
  • Bebas dari masalah mental
  • Minat dengan program yang dipohon

Cara Memohon

Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional hendaklah dibuat secara online melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau layari http://www.moe.gov.my/

Permohonan boleh dibuat sebaik sahaja iklan disiarkan dalam akhbar / medial sosial terpilih.

Pemohon hanya boleh memohon sama ada untuk ke KV atau Sekolah Menengah Teknik (SMT).

Penginapan (asrama) disediakan — bergantung kepada kapasiti asrama di setiap KV.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut tentang KV, sila berhubung terus dengan Bahagian Teknik dan Vokasional.

Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 5&6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Telefon: 03-8884 5154
Faks: 03-8884 5033
Email: info.bptv@moe.gov.my
GPS : 2.940818, 101.707193

Leave a Comment