Kota Bharu Kelantan

Kota Bharu adalah ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Kelantan Darul Naim, bandar ini dibuka pada tahun 1844 sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad II.

Kota Bharu diisytiharkan sebagai Kota Bharu Bandaraya Islam dan hampir 93% daripada penduduk Kota Bharu adalah beragama Islam.

Kota Bharu adalah bandar tertua di kawasan pantai timur, Semenanjung Malaysia.

Jarak dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu adalah 338 km dan pemanduan akan mengambil 5 jam sekiranya tiada kesesakan lalu lintas yang teruk.

Cara Hendak Ke Kota Bharu

Kalau anda sukakan perjalanan yang santai dan tidak mahu memandu anda boleh menggunakan perkhidmatan bas persiaran dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu yang mengambil masa 9 jam.

Stesen bas Puduraya menawarkan beberapa trip ke Kota Bharu setiap hari dengan harga RM 40 perjalanan sehala.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu adalah sesuai untuk pengunjung yang mempunyai bajet lebih dan inginkan menjimatkan masa perjalanan.

Terdapat banyak jenis syarikat penerbangan untuk membandingkan pilihan tambang ke Kota Bharu antara yang paling murah adalah syarikat penerbangan Firefly namun anda harus terbang dari Lapangan Terbang Subang.

Tempat Menarik di Kota Bharu, Kelantan

1. Wakaf Che Yeh

Wakaf Che Yeh dikatakan mendapat nama sempena sebuah wakaf di Simpang 3 Jalan Kuala Krai ke Salor yang dibina oleh seorang lelaki bernama Che Yeh untuk menjadi tempat rehat orang yang dalam perjalanan ke Kota Bharu.

Wakaf CChe Yeh Kota Bharu Kelantan

Wakaf Che Yeh adalah seperti pasar borong yang menawarkan pelbagai pilihan produk seperti tekstil, batik, tudung, makanan dan cenderamata.

Kalau orang rumah kita pergi ke Wakaf Che Yeh ini, mesti naik rambang mata dibuatnya.

Di sini kaum wanita akan berasa seperti di syurga dunia dan yang paling penting kena pandai tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

Wakaf Che Yeh terletak 5 km dari selatan bandar Kota Bharu dan pada waktu malam, bilangan pengunjung lebih banyak dan meriah.

Pasar Borong Wakaf Che Yeh ini dibuka setiap hari bermula 7 malam hingga 2 pagi.

Alamat
Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan

2. Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah adalah pasar pagi yang menjual pelbagai jenis produk makanan, barangan basah harian, pakaian dan tekstil, dan macam-macam lagi.

Pasar Siti Khadijah
Pasar Siti Khadijah

Pengunjung yang datang ke Kota Bharu biasanya akan datang ke Pasar khadijah demi mendapatkan sarapan seperti kuih tradisional akok, dan nasi dagang serta nasi kerabu di sini.

Kalau warga emas selalunya akan membeli pulut, beras, gula melaka, asam jawa, ikan kering, budu dan banyak lagi lah untuk dibawa balik sebagai buah tangan dari Kota Bharu.

Pasar Siti Khadijah dibuka setiap hari bermula pukul 7.30 pagi hingga 12 tengahari.

AlamatFb/ Website
Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Kota bharu
Pasar Siti Khadijah

3. Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan hanya 10 km jarak dari pusat bandar Kota Bharu.

Pantai ini dikenali sebagai PCB amat terkenal dalam kalangan penduduk Kota Bharu dan pelancong luar kerana kecantikan pantai ini serta pemandangan laut Cina Selatan yang luas mata memandang bersama deruan angin pasti menenangkan minda yang kusut.

Antara tarikan di Pantai Cahaya Bulan adalah kedai layang-layang, kedai masakan panas, kedai ikan bakar, keropok lekor, kedai seafood celup tepung, dan air kelapa muda.

Layang-layang ada dijual di beberapa gerai di sini kerana keadaan pantai dan angin Laut Cina Selatan yang kuat membuatkan layang-layang mudah diterbangkan memang seronoklah anak-anak anda nanti.

Pantai Cahaya Bulan tidak boleh dijadikan tempat bermandi- manda disebabkan ombak yang besar dan angin yang kuat.

Pendek kata PCB ini adalah tempat lepak santai untuk anda sambil menikmati pemandangan dan makanan.

AlamatFb/ Website
Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantantourism.kelantan.my

4. Warung Pak Mat

Warung Pak Mat pernah viral disebabkan teh ais madu, teh ais ini dibuat dan dicampur dengan madu dan mempunyai buih yang banyak sehinggakan banyak dimuat naik ke laman instagram.

Warung Pak Mat
Warung Pak Mat

Teh tarik madu dan sup kepala ikan siakap laut adalah menu utama yang menarik pengunjung datang ke warung ini.

Antara menu terbaru yang terdapat di sini adalah green tea madu haa apa laa rasanya kan?mesti sedap terutamanya buat penggemar green tea.

Warung Pak Mat dibuka setiap hari kecuali hari selasa dan vberoperasi bermula pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

AlamatFb/ Website
Medan Ikan Bakar, Jalan Kuala Besar, Kampung Kedai Buloh, 15350 Kota Bharu, KelantanWarung Pak Mat Pulau Pisang

5. Masjid Kampung Laut

Masjid Kampung Laut adalah masjid tertua di rantau Asia Tenggara dan ia dibina pada abad ke 18 masihi dengan seni bina ‘Tebuk Pasak’.

Masjid Kampung Laut
Masjid Kampung Laut

Seni bina ini amat unik kerana tidak menggunakan walau sebutir paku sekalipun namun bangunan yang dibina amat kukuh sekali.

Sejarah masjid ini bermula apabila sekumpulan mubaligh yang belayar untuk menyebarkan agama islam dilanda musibah apabila perahu mereka mengalami kebocoran dan mereka berhajat bahwa sekira mereka selamat mereka akan mendirikan sebuah masjid.

Masjid kampung Laut ini dibina di sebuah kampung di kawasan Sungai Kelantan namun akibat banjir yang besar sering melanda masjid ini, Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan masjid ini dipindahkan ke Nilam Puri pada tahun 1968.

Setelah dipindahkan masjid ini kemudian dibaikpulih dan diperbesarkan 13 kali ganda dari saiz asalnya pada tahun 1988.

AlamatFb/ Website
Nilam Puri, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, KelantanMasjid Kampung Laut

6. Muzium Diraja Istana Batu

Muzium Diraja ini digelar Istana Batu kerana pada ketika itu bangunan ini dibina menggunakan simen dan konkrit manakala dua buah istana, Istana Balai Besar dan Istana Jahar lagi dibina menggunakan bahan binaan dari kayu.

Muzium Diraja Istana Batu Kota Bahru kelantan
Muzium Diraja Istana Batu

Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 oleh Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV sebagai hadiah perkahwinan kepada KDYMM Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan DYMM Tengku Zainab Binti Tengku Muhammad Petra.

Istana Batu ini dipinjamkan untuk dijadikan Muzium Diraja pada tahun 1991.

Muzium yang terletak di Jalan Hilir Kota ini mempamerkan Sejarah Kesultanan Kelantan dari awal waktu sehingga sekarang.

Persalinan rasmi diraja, rajah, gambar dan hadiah turut dipamerkan di Muzium Diraja Istana Batu ini.

Ruangan bilik semuanya juga lengkap dihias dengan perabot antik,barangan seperti perak, gangsa dan kristal yang indah tidak terkira harganya.

Muzium Diraja ini dibuka setiap hari kecuali hari jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Tiket masuk untuk warganegara Malaysia dewasa adalah RM 2 dan untuk kanak-kanak RM 1 manakala untuk peancong asing RM 4 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak.

AlamatFb/ Website
Jalan Tengku Puteri, 15300, Kota Bharu, KelantanMuzium Diraja Istana Batu

Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Kota Bharu, Kelantan.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment