Kuala Terengganu

Kuala Terengganu adalah ibarat nadi Terengganu dan mempunyai banyak tempat menarik kerana ia adalah bandar diraja, pusat pentadbiran dan ibu negeri Terengganu Darul Iman.

Kuala Terengganu terletak lebih kurang 450 km dari Kuala Lumpur.

Asal Usul Kuala Terengganu

Kuala bermaksud muara sungai dan mengikut kepada geografi, nama Kuala Terengganu berasal dari muara sungai Terengganu yang luas yang mengalir ke arah Laut Cina Selatan.

Legenda Kuala Terengganu pula dikaitkan dengan penemuan taring besar haiwan oleh pemburu dari Pahang dan apabila ditanya oleh rakannya, “taring haiwan apa itu?” lalu dijawab “taring anu” yang bermaksud taring sesuatu.

Apabila mereka pulang bersama kekayaan seperti kayu balak, haiwan serta bulu mereka disoal dari mana mereka memperoleh kekayaan itu.

Lalu mereka menjawab dari tanah taring anu.

Haa.. menarik bukan?

Tempat Menarik di Kuala Terengganu

1. Masjid Kristal

Masjid Kristal adalah tempat wajib untuk dikunjungi sekiranya anda bercuti ke Kuala Terengganu.

Masjid ini dibina pada tahun 2006 dan siap pada tahun 2008 serta dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan perdana menteri Malaysia yang kelima.

Masjid ini menelan kos RM 360 juta, dibina menggunakan besi keluli, kaca serta disenaraikan sebagai masjid pintar pertama di Malaysia kerana dilengkapi prasarana teknologi seperti wifi percuma, al quran elektronik dan mampu memuatkan lebih 700 jemaah masjid.

Masjid ini dibuka setiap hari dan pengunjung wajib memakai pakaian yang sopan untuk menziarahi Masjid Kristal.

Pemandangan Masjid Kristal pada waktu malam amat memukau kerana ia akan memancar lampu berwarna-warni yang akan bertukar warna.

Masjid ini adalah sebahagian daripada Taman Tamadun Islam.

AlamatFb/ Website
Pulau Wan Man, Losong Panglima P’erang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganutti.com,my

2. Monumen Park, Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam mempunyai banyak tarikan di dalam kawasannya seperti Monumen Park.

Monumen Park Taman Tamadun Islam
Taman Tamadun Islam

Monumen Park adalah kawasan yang mempamerkan 22 tugu bersaiz mini dari 21 negara dari benua Asia, Africa, dan Eropah.

Antaranya adalah Dome Of Rock Palestine, Masjidil Haram Mekah Arab Saudi, Taj Mahal India dan macam-macam lagi.

Anda boleh masuk ke dalam bangunan untuk melihat pameran-pameran bersejarah seperti lembaran al quran, pedang, pakaian dan macam-macam lagi.

Anda juga boleh bergambar di monumen bersejarah tersebut dan pastinya anda akan dapat merasakan pengalaman seakan-akan berada di mercu tanda asli tersebut seperti Taj Mahal yang sangat terkenal di Agra, India yang tersirat kisah romantis cinta suami isteri.

Harga tiket untuk dewasa berharga RM 20, kanak-kanak dan warga emas berharga RM 16 manakala pemegang kad OKU dicaj RM 8 dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun adalah percuma.

Anda juga boleh membeli tiket secara talian untuk mendapatkan pakej-pakej harga promosi.

Monumen Park ini dibuka setiap hari kecuali selasa dan beroperasi pukul 9 pagi hingga 7 petang dan pada hari jumaat akan mempunyai rehat pada 11.30 hingga 2.30 petang untuk solat jumaat.

AlamatFb/ Website
Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu tti.com.my

3. TTI River Cruise

Salah satu tarikan utama di Kuala Terengganu sudah tentulah menaiki bot atau pun river crusie.

TTI River Cruise
Taman Tamadun Islam

Terdapat 5 jenis pakej yang ditawarkan oleh Taman Tamadun Islam River Cruise iaitu Sightseeing Tour, Hi-tea Cruise and Dining Cruise, Kapas Island Day Trip, Payang Express dan RC Chartered.

Jikalau anda sekadar ingin melihat di sekitar muara Kuala Terengganu, anda boleh mengambil pakej sightseeing tour yang akan membawa anda menaiki cruise selama 45 minit selain itu, anda dapat mendengarkan penerangan dari pemandupelancong sepanjang cruise anda.

Harga tiket untuk dewasa adalah RM 20 manakala kanak-kanak dan warga emas berharaga RM 16, pemegang kad OKU dicaj RM 8 dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun adalah percuma.

Apabila anda turun dari river cruise tersebut, ada booth untuk menangkap gambar dan anda boleh membeli gambar anda di situ.

AlamatFb/ Website
Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganutti.com.my

4. Pasar Payang Kuala Terengganu

Kalau sudah menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu memang tak sah kalau ibu atau orang rumah kita tidak datang ke Pasar Payang Terengganu ini.

Pasar Payang Kuala Terengganu
Pasar Payang Terengganu

Pasar Payang yang kini berwajah baru lebih moden tetap menyediakan pelbagai produk makanan, produk batik, pakaian dan cenderamata.

Antara produk makanan yang terkenal dijual di sini adalah kuih tradisi Terengganu, keropok lekor, keropok losong, keropok ikan, dan macam-macam lagi.

Produk batik adalah antara tarikan utama di pasar ini kalau anda hendak membeli kain batik atau baju kelawar, Pasar Payang Terengganu adalah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi.

Barang-barang basah harian memang dijual di sini seperti ikan, daging, ayam dan macam-macam lagi.

AlamatFb/ Website
Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu, TerengganuPasar Payang Terengganu

5. Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk adalah pantai yang sangat terkenal dalam kalangan orang terengganu dan pelancong luar kerana kecantikan pantai yang memutih dan air laut yang membiru.

Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk

Ketika cuaca elok, pemandangan Pulau Kapas dan Pulau Redang dapat dilihat oleh pengunjung.

Di sekitar Pantai Batu Buruk terdapat kedai-kedai makanan dan minuman selain itu terdapat gerai menjual layang-layang, belon air, kereta kuda berhias pendek kata, pengunjung boleh menghabiskan masa mereka di Pantai Buruk tanpa sedar waktu berlalu kerana terlampau banyak tarikan untuk dicuba.

Pengunjung dinasihatkan untuk tidak mandi di laut kerana ombak dan angin laut Cina Selatan kerap mendatangkan bahaya kepada orang yang bermandi-manda terutama kepada orang yang tidak pernah mandi di situ.

Pada setiap hari jumaat, pasar malam akan dibuka di kawasan Pantai Batu Buruk selain itu, pertunjukan silat, gasing, layang-layang dan permainan tradisi lain turut diadakan oleh Pusat Budaya.

Gendang Dong Son pernah dijumpai di kawasan Pantai Batu Buruk dan gendang ini dikatakan dari zaman mesolitik dan digunakan untuk upacara perkahwinan, perayaan, kematian oleh golongan berstatus tinggi.

AlamatFb/ Website
Kuala Terengganu, Terengganu.Pantai Batu Buruk

6. Uptown Kontena

Uptown Kontena terletak di kawasan Tok Jembal di Kuala Terengganu ini dibuat daripada kontena-kontena yang diubah suai menjadi kedai makan.

Uptown Kontena Tempat Menarik di Kuala Terengganu
Uptown Kontena

Orang Terengganu juga mengenali Uptown Kontena ini dengan nama Dapo Pata.

Antara makanan yang dijual adalah aneka asam pedas, makanan panas, ayam penyet, takoyaki, keropok lekor, makanan thailand, nasi lemak, makanan western, dan pelbagai pencuci mulut serta minuman.

Kedai makanan di sini dibuka setiap hari mulai 5 petang hingga 1 pagi.

Kedai-kedai di sini turut menggunakan khidmat penghantaran makanan sepanjang tempoh lockdown.

AlamatFb/ Website
Uptown Kontena, Tok Jembal 21000 Kuala TerengganuUptown Kontena

Semoga artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak anda semua untuk merancang percutian ke Kuala Terengganu.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment