KWSP Online: Cara Daftar i-Akaun Ahli, Majikan Secara Online

KWSP online menyediakan beberapa perkhidmatan untuk memudahkan pencarum dan majikan menyemak caruman KWSP 24 jam sehari tanpa perlu beratur dan menunggu giliran di kaunter KWSP terdekat.

Dengan i-Akaun, anda boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak simpanan KWSP mengikut keselesaan anda dari rumah atau pejabat, pada bila-bila masa. Anda boleh mendapatkan penyata dan menyemak akaun transaksi dengan mudah secara online.

Namun untuk urusan pengeluaran KWSP masih perlu dilakukan di kaunter KWSP.

Pengenalan Sistem i-Akaun KWSP Online

i-Akaun merupakan satu sistem yang disediakan KWSP untuk memudahkan ahlinya termasuk majikan.

Dengan sistem ini juga, majikan boleh mendaftar keahlian KWSP pekerja, memuat turun borang caruman dan menyemak bayaran caruman yang terdahulu dengan mudah, hanya dengan satu klik.

Ahli pula boleh menyemak jumlah caruman mereka dari semasa ke semasa 24 jam sehari tanpa sebarang masalah hanya berbekalkan talian Internet sahaja.

Antara kelebihan i-Akaun adalah:

Ahli

  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

Majikan

  1. Menggunakan Perkhidmatan e-Caruman
  2. Menggunakan Perkhidmatan e-CTML
  3. Menyemak nombor KWSP pekerja
  4. Mendaftar ahli baru KWSP
  5. Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan
  6. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  7. Menyemak log aktiviti i-Akaun

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Untuk daftar dan mengaktifkan i-Akaun KWSP, Ahli perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu di mana-mana Kios atau Kaunter KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.

Ahli dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata laluan sementara yang diterima
selepas pendaftaran. Pengaktifan perlu dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari. Caranya:

Layari laman web rasmi http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home kemudian klik Login Ahli seperti dalam gambar.

cara daftar i akaun kwsp

  • Isikan ID pengguna sementara yang diterima melalui SMS dan klik Seterusnya
  • Isi kata laluan sementara yang diterima melalui SMS dan klik Login
  • Pilih setuju dan klik seterusnya
  • ID Pengguna Sementara yang diterima melalui SMS akan terpapar di ruangan ID Pengguna. (ID Pengguna boleh dipinda hanya semasa proses pengaktifan sahaja)
  • Cipta Kata Laluan baru dan sahkan (8 -20 aksara, kombinasi abjad dan
  • Pilih Imej Online
  • Isikan Frasa Rahsia (Mengandungi abjad sahaja atau nombor sahaja atau kombinasi abjad dan nombor, maksimum 10 aksara) dan klik Seterusnya
  • Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan

Ahli kemudiannya boleh terus login untuk menggunakan perkhidmatan i-Akaun.

TAC (Transaction Authorisation Code) akan digunakan untuk transaksi tertentu di i-Akaun bagi menjamin keselamatan data.

Ahli boleh mendaftar nombor telefon bimbit di mana-mana kios atau kaunter KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Majikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP.

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah ketika menggunakan i-Akaun, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Peringatan Keselamatan Ketika Menggunakan i-Akaun

Berikut panduan langkah keselamatan yang dikongsikan KWSP, antaranya:

  • Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
  • Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan anda melalui emel atau telefon
  • Tukar kata laluan secara berkala
  • Jangan gunakan fungsi “Remember Password”, kerana maklumat anda akan mudah diakses oleh penggodam komputer
  • Keluar atau ‘Log Out’ dari https://secure.kwsp.gov.my sebaik sahaja anda menyelesaikan aktiviti di i-Akaun

Kemaskini: 3 September 2017

Leave a Comment