Legoland Malaysia

Legoland Malaysia dibuka di Johor, Malaysia pada tahun 2012 dan taman tema berkonsepkan legoland ini adalah yang pertama dibuka di benua Asia dan semestinya di negara Malaysia serta yang ke 6 dibuka di seluruh dunia.

Legoland Malaysia yang terletak di Iskandar Puteri, Johor mempunyai lebih 40 jenis rides, pertunjukan dan tarikan.

Tiket Legoland Malaysia

Tiket untuk sehari bermula dari serendah Rm69 sahaja namun tiket untuk tahunan dan harga pakej-pakej promosi boleh dilihat di laman sesawang rasmi Legoland Malaysia.

Website
Legoland Malaysia

Tarikan di Legoland Malaysia

1. The Beginning

The Beginning terletak di pintu masuk Legoland mempunyai booth tiket, kedai menjual cenderamata tema LEGO, kedai-kedai jualan permainan LEGO, mini market dan restoran-restoran.

Legoland Malaysia
Legoland Malaysia

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai barangan seperti pakaian mandi-manda di sini dan barang keperluan turut dijual di pasar mini.

Terdapat juga cafe yang menjual makanan pastries dan pencuci mulut yang lain, cafe ini turut menjual makanan barat berat seperti lasagna, salad, baked potatoes dan sandwich gourmet serta pelbagai jenis minuman.

2. LEGO Technic

Technic adalah untuk penggemar kelajuan, pembina dan peminat sains kerana permainan rides yang terdapat di sini adalah roller coaster virtual, aquazone wave racers, technic twister, bengkel membina robot dan tarikan terbaru adalah Planet LEGOLAND.

LEGO Technic
Legoland Malaysia

Kebanyakan rides di sini mempunyai had ketinggian yang perlu dipatuhi untuk tujuan keselamatan namun Planet LEGOLAND, LEGOLAND Mindstorms dan LEGO Academy tidak mempunyai had ketinggian dan sesuai untuk kanak-kanak yang lebih kecil.

Restoran yang terdapat di Technic adalah restoran selera asia dinamakan Asian Deli yang menjual nasi lemak, asam laksa, nasi kari ayam dan kepak ayam bakar.

Pengunjung boleh berehat sambil makan di dalam cafe atau di luar, kalau nak bungkus pun boleh.

3. LEGO City

Bahagian LEGO City mempunyai permainan dan tarikan lebih 9 jenis sesuai untuk kanak-kanak bermain dan menggunakan imaginasi dalam role playing di bandar mini ini.

Antara tarikan di sini adalah Driving School, Airport, train Express, Mural, Boating School, City Stage, DUPLO Express, Rescue Academy dan Shipyard.

Kanak-kanak boleh belajar memandu kereta mini, bot mini serta mengambil kesempatan untuk menaiki kereta api dan menyelami cara bomba memadamkan kebakaran melalui permainan role playing.

LEGO City Legoland Malaysia
Legoland Malaysia

Kedai cenderamata Driving School, restoran menjual makanan selera asia dan barat serta gerai snek ringan seperti hotdog, burger, kentang dan pencuci mulut seperti ais krim, milkshake dan popcorn juga terdapat di LEGO City.

Restoran ini juga menjual makanan kombo kanak-kanak, dan ruang makan indoor yang berhawa dingin manakala kedai snek lebih kepada konsep ‘grab and go’.

4. LEGO Kingdom

LEGO Kingdom mempunyai 6 jenis tarikan iaitu Royal Joust, Castle Stage, Merlin’s Challege, The Dragon, The Dragon’s Apprentice dan The Forestman’s Hideout.

Legoland Malaysia
Legoland Malaysia

Royal Joust sesuai untuk pengunjung yang inginkan pengalaman menunggang kuda dan terdapat 20 ekor kuda disediakan di sini.

Castle Stage adalah pertunjukan muzik, tarian dan nyanyian dan kawasan ini mampu menempatkan 500 pengunjung untuk setiap pertunjukan.

The Dragon adalah permainan roller coaster yang mempunyai kelajuan 60 km/h dan antara syarat utama untuk kanak-kanak yang ingin menaiki berseorangan haruslah berumur lebih dari 8 tahun dan mempunyai ketinggian lebih daripada 130 cm untuk tujuan keselamatan.

The Dragon’s Apprentice adalah permainan roller coaster untuk kanak-kanak yang lebih kecil namun untuk menaiki roller coaster tanpa waris, kanak-kanak perlu berusia lebih 6 tahun dan berketinggian 160 cm ke atas.

Merlin’s Challege adalah permainan carousel berkelajuan tinggi dan mampu memuatkan 48 pengunjung pada satu masa, kanak-kanak yang ingin menaikinya berseorang perlulah berusia lebih daripa 8 tahun dan berketinggian lebih dari 120 cm.

The Forestman’s Hideout yang merupakan taman permainan kini ditutup sementara demi menjaga SOP Covid 19.

Kedai cenderamata bernama King’s Market menjual pelbagai produk seperti alat permainan, pakaian dan macam-macam lagi.

King's Market
Legoland Malaysia

Rsetoran menjual pelbagai makanan western yang digril seperti grilled chicken, sosej dan pencuci mulut seperti ais krim dan waffle.

5. MINILAND Asia

Bangunan-bangunan ikonik yang terkenal di Asia dipamerkan di sini dalam bentuk binaan LEGO.

Antara bangunan ikonik yang dibina adalah dari negeri Malaysia, Brunei, Cambodia, Thailand, Indonesia, China, India,Filipina, Myanmar, Singapura, Vietnam, Laos dan lanun dari Selat Melaka.

Keseluruhan LEGO yang digunakan mencecah 30 juta LEGO BRICK manakala untuk Menara Berkembar Petronas, lebih 500 000 keping LEGO Brick yang digunakan dan mencecah hampir 10 meter tinggi.

Legoland Malaysia

MINILAND Brunei mempamerkan Masjid Brunei yang sangat terkenal akan keindahannya di peringkat Asia Pasifik.

MINILAND Brunei
Legoland Malaysia

MINILAND Kampung adalah sangat unik kerana terdapat 13 bangunan mewakili 13 negeri di Malaysia yang dibina menggunakan 125 000 keping LEGO yang mengambil masa selama 1300 jam.

MINILAND Kampung
Legoland Malaysia

Pendek kata MINILAND ini bakal mencetuskan rasa kagum anda sekeluarga dan pastinya akan menjentik minat anak-anak anda untuk mula membina menggunakan LEGO brick.

6. Imagination

Kawasan Imagination ini mempunyai DUPLO Playtown, LEGO Studio, Kids Power Tower, Build and Test dan Observation Tower.

Imagination Legoland Malaysia
Legoland Malaysia

DUPLO Playtown adalah taman permainan untuk kanak-kanak, LEGO Studio pula mempunyai tarikan movie 4D, Kids Power Tower pula menggunakan tenaga kanak-kanak itu sendiri untuk mengendalikan mainan Power Tower, Build and Test adalah reka bina LEGO dan kemudian ujian ketahanan binaan LEGO itu, dan Observation Tower adalah menara untuk menikmati pemandangan 360 darjah di taman itu.

Seksyen Imagination ini sangat sesuai untuk meningkatkan pengetahuan anak-anak anda di samping melatih anak-anak anda untuk berusaha mencapai matlamat mereka melalui permainan di sini serta mengajar erti tidak putus asa.

7. Land Of Adventure

Taman ini mempunyai 5 jenis tarikan iaitu Dino Island, Beetle Bounce, Pharaoh’s Revenge, dan Lost Kingdom Adventure.

Legoland Malaysia

Semua tarikan ini dibina untuk menggambarkan awal abad 18-19 yang mempamerkan tamadun awal yang mempunyai pengaruhi jajahan kuasa asing.

Dino Island bakal membuatkan anda teruja dengan permainan air yang pastinya akan membuatkan baju anda basah dan Beetle Bounce adalah permainan yang melibatkan drop ride di ketinggian 4.5 meter ditemani bunyi-bunyian dari Mesir Purba.

Pharaoh’s Revenge adalah taman permainan indoor kanak-kanak manakala Lost Kingdom Adventure adalah permainan interaktif yang melibatkan pencarian harta karun.

8. LEGO NINJAGO World

LEGO NINJAGO World mempunyai tarikan seperti LEGO NINJAGO The Ride, Cole’s Rock Climbing dan Nya’s Practice.

LEGO NINJAGO World
Legoland Malaysia

Aktiviti di sini adalah melibatkan ketangkasan kanak-kanak dengan moto ‘Find Your Ninjas’.

Permainan ride NINJAGO yang menggunakan teknologi 4D pasti akan membuatkan anak anda teruja kerana pengalaman permainan yang seakan realiti, rock climbing juga mampu menguji skill fizikal anak anda dan Nya’s Practice adalah untuk memberi semangat ninja sebelum anak-anak anda bertarung dengan The Devourer.

Sebenarnya banyak lagi tarikan di Legoland Malaysia, Johor ini seperti taman tema air dan hotel namun artikel kali ini hanya berkongsi 8 tarikan di Legoland Malaysia.

Alamat
No 7, Persiaran Medini Utara 3, Bandar, 79250 Johor Bahru, Johor

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu para pembaca untuk merancang percutian ke Legoland Malaysia di Johor Darul Takzim.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment