Lexis Hibiscus adalah sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang di kawasan Pantai Pasir Panjang, Port Dickson.
Kalau anda hendak tahu Lexis Hibiscus, Port Dickson telah memegang 2 rekod Guinness World untuk resort yang mempunyai kolam terbanyak sekali di dunia dan juga villa atas air terbanyak di dunia.
Terdapat 643 buah kolam renang di Lexis Hibiscus dan 522 buah villa atas air di sini.
Asal Nama Lexis Hibiscus
Hotel Lexis mempunyai 4 cawangan antaranya Lexis Suites Penang, Lexis Grand, Lexis dan Lexis Hibiscus.
Hibiscus bermaksud bunga raya dan jika dilihat dari pemandangan udara , akan jelas kelihatan villa atas air yang disusun menjadi bentuk bunga raya.
Unik dan menarik bukan Lexis Hibiscus ini?
Jenis Bilik di Lexis Hibiscus
Lexis Hibiscus menyediakan sebanyak 522 villa atas air dan untuk pengalaman penginapan yang lebih mewah, sebanyak 117 buah luxury suites disediakan.
Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan sebuah kolam renang dan sauna.
1. Executive Pool Villa
Villa ini adalah penginapan yang paling murah ataupun standard bermula pada tanda harga RM 714.

Villa ini terletak di bahagian daun bunga raya, berkeluasan 71 meter persegi dan mampu memuatkan 4 orang.
Antara kemudahan yang ada di dalam bilik adalah lantai kaca untuk melihat kehidupan marin di bawah, kolam renang, sauna, dan dua katil bersaiz King.
2. Premium Pool Villa
Penginapan yang kedua adalah Premium Pool Villa yang lebih luas berbanding Executive Pool Villa dengan keluasan 81 meter persegi dan mempunyai tingkas gelas yang besar dari bawah ke siling.

Premium Pool Villa yang terletak di kawasan kelopak bunga raya ini menawarkan penginapan yang lebih mewah berbanding Executive Pool Villa dan harga untuk semalam bermula dari RM 773.50.
3. Premium Pool Villa (Beach View)
Penginapan yang ketiga adalah Premium Pool Villa namun dengan pemandangan menghadap laut kerana villa ini terletak di kawasan lingkaran luar kelopak bunga raya.

Kelebihan villa ini adalah anda dapat berenang di dalam kolam renang sambil melihat pemandangan lpantai yang indah.
Harga villa ini bermula dari RM 858.50 untuk semalam.
4. Premium Pool Villa (Sea View)
Premium Pool Villa ini tetap mempunyai saiz bilik yang sama dnegan semua villa jenis premium pool iaitu 81 meter persegi namun apa yang membezakan Premium Pool Villa Sea View ini adalah anda akan dapat pemandangan terus ke laut yang membiru dari balkoni dan kolam renang anda.

Antara ciri binaan tambahan adalah dinding pemisah di balkoni dan kolam renang untuk memastikan privacy setiap pengunjung terjamin.
Harga Premium Pool Villa Sea View untuk satu malam bermula dari RM 943.50.
5. Panorama Pool Villa
Bilik ini berkeluasa 86 meter persegi dan terletak di bahagian ‘style’ bunga raya.

Kemudahan tambahan adalah VIP check in dan check out di Kelab Lighthouse.
Kemudahan asas yang lain adalah dua katil bersaiz king, lantai panel kaca untuk melihat hidupan marin, kolam renang dan sauna dan pengcahayaan semula jadi yang mencukupi di bilik anda.
Harga untuk penginapan satu malam di Panorama Pool Villa bermula dari RM 952.
6. Panorama Pool Villa (Beach View)
Bilik yang sama dengan keluasan 86 meter persegi namun pemandangan yang anda bakal dapat adalah pemandangan ke arah pantai pasir putih dan cantik.

Harga untuk satu malam bermula dari RM 1037.
7. Panorama Pool Villa (Sea View)
Bilik ini juga mampu memuatkan 4 orang, mempunyai 2 katil bersaiz king dan mempunyai pengcahayaan semula jadi yang maksima serta pemandangan ke laut membiru.

Harga bilik untuk satu malam berharga RM 1122.
8. Sky Pool Villa
Bilik ini terletak di dalam blok bangunan menara dan berkeluasan 96 meter persegi.

Setiap Sky Pool Villa mempunyai pemandangan panorama menghadap laut di balkoni dan kolam renang.
Harga bilik untuk penginapan satu malam bermula dari RM 714.
9. Royal Suite
Suite mewah ini terletak di atas tingkat atas menara dan sesuai untuk pengunjung yang membawa ahli keluarga ramai kerana suite ini berkeluasan 179 meter persegi.

Terdapat 2 bilik dengan bilik air yang bercantum, setiap bilik mempunyai satu katil bersaiz king.
Ruangan dapur dan ruang tamu juga besar sesuai untuk kumpulan yang ramai.
Antara kemudahan adalah personal pod coffee maker, bilik air luas dengan tub mandi, bilik bedak dan macam-macam lagi.
Harga untuk satu malam penginapan di Royal Suite ini bermula pada RM 3350.
10. Imperial Suite
Suite mewah ini berkeluasan 242 meter persegi dan terletak di bahagian stigma bunga raya dan memberikan pemandangan sekitar laut dan pantai tanpa ada halangan.

Kemudahan adalah 2 bilik tidur dengan bilik air bercantum dan mempunyai 3 katil bersaiz king serta boleh memuatkan 6 orang.
Dapur yang luas bersama kaunter bar , bilik air yang luas bersama sauna dan yang paling seronok adalah kolam renang infiniti di balkoni.
Harga untuk satu malam bermula dari RM 4150.
11. Presidential Suite
Suite termewah sekali di Lexis Hibiscus ini terletak di hujung bahagian stigma bunga raya dengan keluasan 382 meter persegi.

Antara kemudahan di Presidential Suite ini adalah 3 bilik dengan bilik air bercantum dan bathtub, 1 bilik tanpa bilik air. 2 kolam renang infiniti di balkoni, jakuzi outdoor, 5 katil bersaiz king dan suite ini mampu memuatkan 8 orang sekali gus.
Harga suite ini berrmula dari RM 7040 untuk satu malam.
Aktiviti Menarik di Lexis Hibiscus
1.LexSpa
Spa ini dibuka pukul 10 pagi hingga 6 petang dan memerlukan tempahan awal untuk perkhidmatan spa.

2. Kidz World
Bilik mainan ini sesuai untuk kanak-kanak dan tiket boleh dibeli di kaunter Lexspa, Kedai lobi atau kaunter resepsi.

3. Starz Karaoke
Terdapat 3 bilik karaoke di bangunan utama Lexis Hibiscus dan dibuka dari pukul 3 hingga 7 petang, pada sesi malam 7 petang hingga 1 pagi.

4. Memanah
Terdapat tempat memanah di Lexis Hibiscus untuk pengunjung yang inginkan pengalaman memanah ala Robin Hood.

5. Berbasikal
Anda boleh menaiki basikal untuk mengelilingi sekitar hotel.

6. Cruise
Anda boleh menaiki cruise untuk bersiar di Laut Selat Melaka.

Makanan di Lexis Hibiscus
1. Rossele Coffee House
Restoran ini berdekatan dengan lobi utama Lexis Hibiscus, menawarkan makanan ala carte dan buffet sepanjang hari dari 6.30 hingga 1 pagi dan disahkan halal.

2. UMI Japanese Restaurant
Restoran ini menyajikan makanan autentik Jepun seperti bento, secara ala carte dan juga set.

Waktu operasi dari 12 tengahari ke 2.30 petang dan 6.30 petang hingga 10 malam.
3. Wave Dining
Restoran ini terletak di tingkat 2 Lighthouse dan dibuka untuk sarapan, makan tengahari dan malam.

Makanan yang disediakan adalah jenis ala carte dan Chef specialty dari masakan barat moden.
Waktu operasi 7.30 hingga 10 pagi untuk sarapan, 5- 7 petang untuk cocktail, 7-11 malam untuk makan malam.
4. Captain Lounge
Restoran ini terletak di tingkat bawah bangunan utama dan menyajikan pelbagai pastri dan sandwich untuk dinikmati secara santai bersama teh dan kopi.

Alamat dan Website Lexis Hibiscus
Alamat | Fb/ Website |
12th Mile, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan | Lexis Hibiscus |
Sebenarnya masih banyak lagi tarikan, aktiviti dan restoran di Lexis Hibiscus, Port Dickson namun hanya setakat ini sahaja, sampai berjumpa lagi di artikel yang seterusnya.
Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini
Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan
Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan
Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi
Baca: Pulau Jerejak
Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser
Baca: Tempat Menarik di Johor
Baca: Tempat Menarik di Melaka
Baca: Tempat Menarik di Perak