Lokasi Kamera AES Terkini Sept 2017: JPJ Umum 7 Lokasi Baru AES Seluruh Malaysia

JPJ baru sahaja mengumumkan senarai lengkap 7 lokasi kamera AES yang terkini Jun 2017.

AES (Automated Enforcement System) adalah sistem penguatkuasaan jalan raya yang beroperasi sepanjang masa secara automatik tanpa sebarang campur tangan manusia.

AES mengesan dan merakam kesalahan trafik seperti pemanduan melebihi had laju menggunakan sensor yang dipasang pada kamera di kawasan yang sering berlaku kemalangan. Saman akan dijana secara automatik dan akan dipos kepada Orang Kena Saman (OKS).

7 Lokasi Baru AES 2017

Berikut adalah senarai 7 lokasi baru kamera AES yang diumumkan pihak JPJ. Antaranya:

  1. KM 151.4 Lebuhraya PLUS-Pagoh
  2. KM 299.9 Lebuhraya PLUS-Kampar
  3. KM 17 Gua Musang-Kuala Krai
  4. KM 96.3 Lebuhraya PLUS-Kuala Muda
  5. KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
  6. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
  7. KM 146.8 Lebuhraya PLUS-Pagoh

Selain itu, kawasan yang telah dipasang AES sebelum ini adalah meliputi kawasan berikut:

  • KM 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah Utara)
  • KM 7 Jalan Maharajalela-Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh)
  • KM 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan)
  • KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah Selatan)
  • KM 204.6 Lebuhraya PLUS-Taiping (arah Utara)
  • KM 6.6 SKVE (Puchong Ke Kajang)
  • Jalan Lebuh Sentosa
  • Putrajaya (Kajang menuju PICC)
  • Jalan Persiaran Timur
  • Putrajaya (PICC ke Kajang)
  • KM D7.9 Sungai Besi
  • Kuala Lumpur (arah ke Selatan)
  • KM 301.6 Lebuhraya PLUS-Kajang (arah ke Utara)

Bagi pemahaman yang lebih jelas, JPJ turut menyebarkan garis panduan berhubung dengan Sistem Mata Demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang dilaksanakan mulai 14 April lalu.

0 thoughts on “Lokasi Kamera AES Terkini Sept 2017: JPJ Umum 7 Lokasi Baru AES Seluruh Malaysia”

Leave a Comment