Taman Tema Lost World Of Tambun di Ipoh, Perak mempunyai 88 jenis tarikan, 10 taman tema dan 123 spesis haiwan.
Taman Tema Lost World Of Tambun mempunyai keluasan kawasan sebanyak 40 ekar dan sebahagian daripada taman tema ini dibina di sekitar bukit batu kapur yang dianggarkan berusia hampir 400 juta tahun.
Lost World Of Tambun juga adalah satu-satunya taman tema di Asia Tenggara yang mempunyai kolam air panas semula jadi selain itu, persekitaran taman tema ini juga berlatarbelakangkan hutan hujan tropika menghijau menjadikan ia taman tema yang memberikan ketenangan, kesegaran dan keseronokan kepada pengunjung.
Cara Hendak Ke Lost World Of Tambun, Perak
Lost World Of Tambun terletak lebih kurang 2 jam jarak pemanduan dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Jikalau pengunjung ingin menggunakan perkhidmatan bas persiaran seperti Sri maju, Konsortium dan Star Shuttle, pengunjung boleh menggunakan teksi dari Pekan Ipoh untuk ke Taman Tema Lost Of Tambun.
Alamat | Fb/ Website |
No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak, Malaysia. | sunwaylostwayoftambun.com |
Harga Tiket
Tiket masuk untuk dewasa dijual pada harga RM 117 manakala harga tiket untuk kanak-kanak dan warga emas dijual pada harga RM 110.
Harga tiket ini merangkumi semua permainan, taman dan tarikan di Taman Tema Lost World Of Tambun.
Tarikan di Lost World Of Tambun
1. Lost World Water Park
Taman tema air ini menyediakan 6 jenis tarikan iaitu Jungle Wave Bay, Sandy Bay, Adventure River, Kids Explorabay, Cliff Racer dan Tube Raider.

Antara yang menarik adalah Jungle Wave Bay yang mempunyai pool party dan pool party bersama DJ.
Kesemua tarikan ini merupakan aktiviti ‘surf and slides’ dan memerlukan pengunjung untuk mematuhi peraturan dress code iaitu dengan memakai pakaian renang.
2. Lost World Amusement Park
Terdapat 7 jenis tarikan di taman tema ini iaitu Adventures Express, Lupe’s Adventure, Perak Parade, Stormrider, Dragon Flights, Gidddy Galeon dan Haunted Chamber.

Antara yang menarik ialah Lupe’s Adventure yang merupakan roller coaster pertama di Perak dan juga adventure express yang akan membawa pengunjung bersiar-siar sekitar Lost World Of Tambun.
3. Lost World In Tin Valley
Taman tema yang ke 3 ini akan membawa pengunjung mengenali sejarah Ipoh yang dahulunya dimulakan melalui perlombongan tin.

Terdapat 5 tarikan di sini iaitu Tin History Walk, Dulang Washing, Tin Trail, Dulang Tea House and Tin Bearers.
Dulang washing adalah tarikan di mana anda dan keluarga boleh mencuba untuk mendulang tin dan membasuh dulang itu sehingga anda menjumpai tin, proses yang dilakukan adalah proses asli cara tin digali pada dahulu kala.
Tin Bearers adalah satu lagi tarikan iaitu patung gajah saiz sebenar yang membolehkan pengunjung untuk menaiki belakang gajah itu dan melihat pemandangan sekitar serta menjadi port menangkap gambar yang cantik.
4. Lost World Tiger Valley
Harimau adalah haiwan yang terbesar dalam keluarga kucing dan haiwan yang dipamerkan di sini adalah harimau Siberia.

Pengunjung akan dapat melihat haiwan ganas ini makan, melompat, memanjat dan berenang pada waktu pertunjukan pemberian makanan atau feeding time diadakan.
Pertunjukan Tiger and Friends diadakan setiap hari kecuali hari selasa pada pukul 3 petang dan 4 petang namun pada musim cuti, pertunjukan diadakan setiap hari termasuk selasa.
5. Lost World Petting Zoo
Zoo bertemakan Rumble In The Jungle ini mempunyai 55 spesis haiwan dan menawarkan pengalaman yang penuh dengan pengembaraan dan info yang menarik.

Haiwan seperti labah-labah tarantula, ular, burung, arnab, kura-kura, marmoset, burung unta, zirafah dan banyak lagi.
Tarikan utama di zoo ini adalah haiwan rakun bernama Ruby.
Ruby dan kawan-kawan adalah sangat terkenal terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kerana kecomelannya dan anda boleh mendekatinya dengan senang serta memberinya makan.
6. Lost World Adventure Park
Penggemar aktiviti lasak dan adrenaline junkie, ini adalah ibarat syurga buat anda kerana terdapat lebih 8 aktiviti yang pasti membuatkan anda teruja sepanjang masa.
Jom kita tengok senarai aktiviti di sini.
13 high rope course, via ferata with abseil, wild woosey, zip line, berkayak, paddle board, menjelajah ke Gua Datok dan 6th Mile Tunnel.

Aktiviti tambahan seperti team building dan staycation juga ditawarkan kepada pengunjung.
Team building boleh melakukan 3 jenis aktiviti iaitu Tripple X, Battle Of Boga 7 dan Super Adventure Race.

3 aktiviti ini memerlukan kerjasama secara berkumpulan untuk mencapai kemenangan dan sangat sesuai untuk team building.
Pendek kata hari anda di Lost World Of Adventure Park pasti akan dipenuhi dengan aktiviti mencabar dan menyeronokkan.
7. Lost World Hot Springs Night Park
The Night Comes Alive adalah tema untuk taman malam Lost World Hot Springs Night Park ini.

Tarikan pertama adalah Luminous Forest iaitu hutan bercahaya yang dibuka setiap malam dari pukul 8 hingga 10 malam.
Tarikan ke 2 adalah Lost World Hot Springs and Spa di mana terdapat 12 kolam air panas dan 1 daripadanya mempunyai servis makanan iaitu Saphira’s Bistro, anda boleh makan sambil berendam dalam kolam air panas ini.
Lost World Petting Zoo By Night adalah tarikan yang ke 3 yang mempunyai haiwan seperti buaya, binturong dan banyak lagi haiwan lain.
Ipoh Street adalah replika jalanan yang menawarkan banyak makanan lokal yang sedap serta tarikan seperti beca.
Pastinya anda akan dapat merasai pengalaman seperti berada di Pekan Ipoh.
Tarantula Alley atau lembah Tarantula juga dibuka pada waktu malam untuk anda penggemar labah-labah yang penuh misteri ini.
Pertunjukan istimewa iaitu pertunjukan api diadakan setiap malam kecuali selasa pada pukul 9 malam.
Lost World Of Tambun menawarkan pengalaman yang menyeluruh dari waktu pagi hingga malam buat pengunjungnya.
8. Staycation
Tidak puas seharian di Lost World Of Tambun? jangan risau anda boleh terus bermalam di sini.
Terdapat 2 jenis penginapan iaitu glamping dan vila.
Glamping adalah perkhemahan yang ringkas namun lebih mewah dari biasa.

Kemudahan yang disediakan adalah kipas, soket plug, barangan tandas, katil bersaiz king atau bujang, sarapan jenis buffet, tiket masuk ke Lost World Of Tambun pada waktu siang dan malam adalah termasuk dalam pakej.
Harga glamping untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak adalah RM 1438, manakala untuk 2 dewasa RM 1078 dan jikalau anda ingin add on atau menambah seorang lagi dewasa atau kanak, caj extra per kepala akan dikenakan RM 230 (dewasa) dan RM 218 (kanak-kanak).
Villa Malayana adalah tarikan terbaru untuk staycation dan lebih selesa berbanding glamping kerana mempunyai lebih banyak kemudahan seperti penghawa dingin,bilik air bercantum ke bilik, tv dan peti keselamatan.

Pakej untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak bermula pada harga RM 1738 dan untuk 2 dewasa RM 1078 dan tambahan ahli dewasa dikenakan RM 230 dan kanak-kanak RM 218 per kepala.
Tempahan perlu dilakukan lebih awal bagi mengelakkan kehabisan vila.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti dan tarikan di Lost World Of Tambun ini namun hanya setakat ini saja perkongsian pada kali ini.
Semoga artikel ini dapat membantu pembaca sedikit sebanyak dalam merancang percutian di Lost World Of Tambun.
Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini
Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan
Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan
Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi
Baca: Pulau Jerejak
Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser
Baca: Tempat Menarik di Johor
Baca: Tempat Menarik di Melaka
Baca: Tempat Menarik di Perak