Pendidikan

Pendaftaran MUET 2018 Secara Online Kini Dibuka

Pendaftaran MUET 2018 kini dibuka bermula dari 1 November 2017 hingga 10 Januari 2018.

Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Bayaran untuk ujian ini adalah RM100 dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional.

Untuk makluman calon, MPM tidak akan menghantar slip daftar MUET kepada calon. Semakan status pendaftaran boleh dibuat di portal MPM bermula 26 Januari 2018.

Syarat Kelayakan & Pendaftaran MUET 2018

Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki ujian MUET.

Keputusan ujian MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013 manakala keputusan ujian MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian MUET dikeluarkan.

Komponen MUET

Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat komponen seperti yang berikut:

  • Listening (30 minit) – Kod Kertas 800/1
  • Speaking (30 minit) – Kod Kertas 800/2
  • Reading (90 minit) – Kod Kertas 800/3
  • Writing (90 minit) – Kod Kertas 800/4

Maklumat lanjut sila rujuk Sukatan Pelajaran MUET (Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions) yang dapat diperoleh melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di http://www.mpm.edu.my

Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah RM100; yuran pendaftaran RM40 + yuran mata pelajaran RM60.

BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.06 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.

Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon selepas selesai pendaftaran secara online.

Bayaran pembelian PIN MEC tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan. PIN MEC yang telah dibeli itu juga tidak boleh digunakan untuk mendaftar MUET sesi yang berikutnya.

Kalendar MUET 2018

Berikut adalah kalendar MUET 2018 sebagai rujukan anda.

kalendar muet 2018

Panduan LULUS MUET

Pada tahun 2015, seramai 183,631 calon telah menduduki peperiksaan MUET, tetapi malangnya, hanya 0.05% sahaja yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang (Band 6). Sebahagian besar, hanya mendapat Band 3, dan bakinya, memperolehi keputusan yang kurang memuaskan.

Jika anda perlukan panduan untuk lulus peperiksaan MUET, anda boleh dapatkan ebook Panduan MUET dengan klik button di bawah.

Di dalam ebook ini, ada banyak panduan dan info yang dapat membantu anda. Antaranya:

  • Gambaran bagaimana peperiksaan Speaking dijalankan
  • Kelemahan calon semasa peperiksaan Speaking
  • Contoh soalan-soalan serta teknik dan panduan menjawab komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing
  • Panduan mahir dalam kemahiran mendengar
  • Format terkini peperiksaan MUET dan pelbagai lagi info yang anda perlukan berkaitan MUET

Semoga membantu anda untuk skor MUET nanti.

Leave a Reply