MyDaftarOKU: Cara Daftar OKU Secara Atas Talian

Orang Kurang Upaya (OKU) adalah diharapkan dapat mendaftar di dalam sistem MyDaftarOKU yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

MyDaftarOKU merupakan sistem yang pendaftaran OKU bagi tujuan pengurusan dan penyimpanan maklumat OKU untuk kegunaan pemberian manfaat kepada golongan tersebut.

Kewujudan sistem ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada golongan OKU di seluruh negara.

Manfaat Berdaftar

Terdapat beberapa manfaat sekiranya OKU berdaftar dengan pihak JKM iaitu:

  • Pengurangan kadar lesen kenderaan motor tanpa ubahsuai dan ubahsuai.
  • Pengurangan tambang pengangkutan awam.
  • Program Pendidikan Nasional, bantuan kewangan pelajar OKU di sekolah.
  • Bantuan kewangan pelajar OKU di IPT.
  • Pengecualian bayaran dan pembaharuan daftar syarikat.
  • Pengecualian bayaran membuat MyKad, carian sijil kelahiran atau sijil kematian.

Cara Membuat Pendaftaran

Untuk membuat pendaftaran melalui sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://oku.jkm.gov.my/myDaftarOku.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Setelah selesai, klik butang ‘Hantar’ dan cetak borang tersebut.
  4. Bawa borang tersebut untuk pengesahan dengan pakar perubatan/pegawai perubatan/pengamal perubatan.
    – Untuk OKU jelas (kudung kaki/tangan/ibu jari atau mana-mana dua jari kaki/tangan, tidak memerlukan pengesahan ketidakupayaan.
    – Untuk OKU tidak jelas (selain yang dinyatakan sebagai OKU jelas), sila dapatkan pengesahan ketidakupayaan melalui pakar perubatan/pegawai perubatan/pengamal perubatan di klik kerajaan atau swasta.
  5. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  6. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Kebajikan Daerah yang berdekatan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan MyKad/MyKid.
  2. Gambar berukuran passport bagi pemegang MyKid/surat beranak sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai MyDaftarOKU, sila layari laman web berikut iaitu https://oku.jkm.gov.my/myDaftarOku.

Leave a Comment