MyDeposit 2018: Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Berita baik bagi mereka yang berhasrat untuk memiliki rumah pertama. Kerajaan melalui Skim MyDeposit 2018, menawarkan pembiayaan deposit kepada pembeli rumah pertama.

MyDeposit adalah inisiatif Kerajaan bagi meningkatkan keupayaan rakyat rakyat untuk memiliki rumah pertama melalui sumbangan bayaran insentif deposit oleh pihak Kerajaan kepada pembeli rumah pertama.

Insentif yang diberikan adalah berbentuk sumbangan oleh Kerajaan (secara one-off). Apa yang menariknya, insentif ini tidak perlu dibayar semula. Jumlah insentif yang akan diberikan adalah 10% daripada harga rumah atau maksimum RM30,000 mengikut mana terendah

Syarat dan kelayakan permohonan Skim MyDeposit

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah;
  • Pendapatan isi rumah;
    Pendapatan kasar antara RM3,000 hingga RM15,000 sebulan.
    (Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain);
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat selama 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah serta mendapatkan kelulusan pembiayaan perumahan;
  • Pembelian rumah adalah tujuan untuk diduduki dan tidak boleh disewakan kepada pihak ketiga;
  • Sekatan moratorium selama 10 tahun akan dikenakan ke atas hakmilik rumah; dan
  • Rumah tersebut tidak boleh ditukar sepanjang tempoh moratorium.

Kriteria pembelian Projek Perumahan Yang Dibenarkan

  • Projek perumahan baharu yang berlesen;
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah;
  • Kelulusan pembelian bagi projek perumahan swasta yang tidak mendapat sebarang dana/ insentif/ dana Kerajaan; dan
  • Projek perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti Projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK.

Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit

Surat tawaran bersyarat akan diberi kepada pemohon yang layak ditawarkan Skim MyDeposit 2018:

  • Tempoh tawaran bersyarat selama 30 hari diberikan kepada pemohon untuk melengkapkan perkara seperti berikut:
    • Menandatangani Surat Setuju Terima Pembiayaan Deposit Rumah Pertama;
    • Menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah dengan pemaju perumahan;
    • Mendapatkan kelulusan kemudahan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan; dan
    • Melengkapkan dokumen Akuan Bersumpah/ Berkanun
  • Sekiranya pemohon gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari tersebut, surat tawaran bersyarat ini adalah BATAL dan Kerajaan berhak untuk menolak tuntutan bayaran yang dikemukakan.

Kaedah Pembayaran Dibawah Skim MyDeposit 2018

Pembayaran Insentif Skim MyDeposit adalah seperti berikut:

  • Jumlah insentif dibayar adalah sebanyak 10% daripada harga jualan rumah atau maksimum RM30,000 mengikut yang mana lebih rendah;
  • Bayaran akan dibayar ke Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) pihak pemaju perumahan; dan
  • Tuntutan bayaran insentif hendaklah dibuat oleh pemohon dengan mengemukakan dokuman tuntutan seperti berikut:
    • Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara;
    • Surat Setuju Terima Tawaran yang lengkap dan ditandatangani;
    • Akuan Bersumpah/ Berkanun yang lebgkap ditandatangani;
    • Perjanjian Jual Beli Rumah; yang telah ditandatangani dan dimatikan setem;
    • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan yang telah diakui terima; dan
    • Borang maklumat berkaitan nama dan nombor Akaun Pemaju Perumahan.

Kaedah Permohonan

  • Pemohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan membuka akaun di laman sesawang KPKT.
  • Pemohon perlu memuat naik dokumen (mandatori) seperti berikut:
    • Pemohon Berkahwin
      • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan;
      • Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran tanggungan;
      • Salinan Sijil Nikah;
      • Penyata Gaji terkini pemohon dan pasangan;
      • Penyata KWSP/ Penyata Cukai Pendapatan pemohon dan pasangan;
      • Akuan Bersumpah/ Berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan pemohon dan/atau pasangan yang bekerja sendiri dan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah;
      • Akuan Bersumpah/ Berkanun pasangan yang tidak bekerja dan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah;
      • Surat Pengesahan Majikan Pemohon. Maklumat yang tidak diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan;
      • Surat Pengesahan Majikan Pasangan. Maklumat yang tidak diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan;
      • Salinan Laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) pemohon dan pasangan;
      • Surat Tawaran/ Pengesahan pembelian rumah daripada pihak pemaju perumahan;
      • Surat Sokongan dan Pengesahan Pemimpin Tempatan;
      • Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini;
      • Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon, pasangan atau tanggungan (jika berkaitan).
    • Pemohon Bujang/ Duda/ Janda
      • Salinan Kad Pengenalan
      • Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran tanggungan;
      • Surat Akuan Bersumpah Pengesahan Bujan;
      • Surat Cerai / Sijil Kematian;
      • Penyata gaji terkini;
      • Penyata KWSP/ Penyata Cukai Pendapatan;
      • Surat Pengesahan Majikan. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan;
      • Akuan bersumpah/ Berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan pemohon yang bekerja sendiri dan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah;
      • Salinan Laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS);
      • Surat Tawaran/ Pengesahan pembelian rumah daripada pihak pemaju perumahan;
      • Surat Sokongan dan Pengesahan Pemimpin Tempatan;
      • Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini;dan
      • Surat pengesahan OKU pemohon/ tanggungan (jika berkaitan).

Moratorium

  • Tempoh sekatan moratorium yang dikenakan selama 10 tahun;
  • Syarat moratorium dimasukkan dalam surat tawaran bersyarat;
  • Rumah tersebut tidak boleh ditukar milik sepanjang tempoh moratorium;
  • Tempoh moratorium bermula daripada tarih Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani; dan
  • Sekatan moratorium akan dimasukkan dalam dokumen hakmilik rumah.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memohon secara talian di KPKT. Permohonan Skim MyDeposit 2018 dibuka selama dua bulan bermula dari 15 Disember 2017 hinga 15 Februari 2018.

Bagi anda yang telah memohon, tempoh proses permohonan akan mengambil masa dua bulan selepas tarikh tutup permohonan.

Leave a Reply