MyKad Online JPN: Cara Mohon Gantian Kad Pengenalan Secara Online

Tahukah anda bahawa anda boleh membuat gantian kad pengenalan atau MyKad anda hanya secara online menerusi MyKad Online di bawah JPN?

Untuk makluman, Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) menyediakan perkhidmatan penggantian kad pengenalan secara online sahaja.

Ini akan memudahkan orang ramai untuk membuat permohonan tersebut di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa serta mengurangkan kesesakan di kaunter perkhidmatan JPN seluruh negara.

Gantian Secara Online

Untuk gantian secara online, perkhidmatan yang boleh dilakukan hanya terhad kepada:

  • Kad rosak
  • Kad hilang (kali pertama)
  • Cip rosak
  • Naik taraf cip

Ini adalah bertepatan dengan Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang menyatakan setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

Untuk gantian lain seperti gantian untuk menukar alamat pada kad pengenalan, permohonan perlu dibuat di pejabat JPN yang berhampiran.

Bayaran Fi

Bayaran fi yang akan dikenakan adalah RM10.00 bagi warganegara Malaysia.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan adalah dokumen pemohon (asal) sahaja.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.jpn.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Perkhidmatan Dalam Talian.’
  3. Klik bahagian ‘Urusniaga Kad Pengenalan.’
  4. Klik pada ‘Permohonan Gantian MyKad.’
  5. Buat pendaftaran dahulu menerusi https://www.malaysia.gov.my/portal/register.
  6. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik ‘Hantar.’
  7. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  8. Buat permohonan sehingga tamat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai gantian kad pengenalan, sila layari laman web https://www.jpn.gov.my/.

Leave a Comment