Informasi

Perodua Myvi 2018 Serba Baharu Diperkenalkan Harga Dari RM44,300

Perodua Myvi 2018 serba baharu kini boleh ditempah.

Myvi baru ini 99.99 peratus adalah hasil ciptaan tempatan.

Harganya bermula dari RM44,300, tidak termasuk insurans. Ia akan menggantikan model Myvi sedia ada dalam pasaran yang sudah pun mencapai produksi satu juta unit.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, model Myvi terbaru dilengkapi ciri keselamatan terkini dikenali sebagai Advanced Safety Assist (ASA) melalui kamera khas di cermin depan kereta.

Perodua Myvi 2018 Serba Baharu

perodua myvi 2018

Tambahnya, “Myvi serba baru ini menjadi model Perodua pertama yang mana rekaan luarannya (upper body) dilakukan oleh Perodua sendiri tanpa input dari orang luar.”

Terdapat dua pilihan enjin yang ditawarkan iaitu 1.3L dan 1.5L baru yang cekap tenaga (EEV), lengkap dengan ciri Dual VVT-i yang dipadankan dengan sistem transmisi lima-kelajuan manual atau automatik empat-kelajuan E-AT bagi semua varian.

Walaupun maklumat terperinci bagi enjinnya belum didedahkan, kami menjangkakan ia akan mewarisi enjin 1.3 dari Perodua Bezza manakala enjin 1.5L pula dari Toyota Avanza, tentunya dengan penambah baikan yang khusus untuk model baru ini.

myvi 2018

Terdahulu, Perodua Myvi Serba Baru ditawarkan pada varian 1.3G Standard (MT) berharga RM44,300, 1.3G Standard (AT) berharga RM46,300, 1.3X Premium (MT) berharga RM48,300, 1.5 High (AT) berharga RM51,800 dan 1.5 Advance (AT) berharga RM55,300.

Varian 1.3L dan 1.5L dijana enjin DOHC Dual VVT-i dengan transmisi empat kelajuan automatik atau lima kelajuan manual (1.3G Standard saja).

Semua varian ditawarkan dengan ciri standard seperti lampu depan LED, butang penghidup enjin, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Tarikan (TRC) dan Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Varian 1.5L pula didatangkan dengan Eco Idle System, Built-In Toll Reader manakala 1.5 Advance dilengkapi ASA.

Enam warna ditawarkan iaitu:

  1. Hitam granite
  2. Hijau peppermint
  3. Merah lava
  4. Ungu mystical
  5. Perak glittering
  6. Putih ivory

Turut menjadi kelebihan bagi model ini; ia menjadi model pertama dalam kelasnya yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan ciri keselamatan termaju. Sebagai contoh, varian tertinggi 1.5 Advance akan dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) – yang turut merangkumi ciri-ciri seperti Pre-Collision WarningPre-Collision BrakingFront Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Sistem ini berfungsi melalui sebuah kamera yang terletak di belakang bahagian cermin pandang belakang.

Bukan itu saja, semua varian Myvi 2018 serba baru ini akan dilengkapi dengan ciri ABS dengan EBD serta Vehicle Stability Control (VSC) sebagai ciri standard. Selain itu, semua varian 1.5L akan dilengkapi dengan enam beg udara, sementara varian 1.3L dengan empat beg udara. Perodua mensasarkan untuk memperoleh ASEAN NCAP lima bintang.

Harga Myvi Baru 2018

Berikut dikongsikan lagi info harga Myvi baru 2018. Untuk info lanjut layari laman web rasmi Perodua di sini http://www.perodua.com.my/

harga myvi 2018

Leave a Reply