Pendaftaran Nombor Plat Rimau Sempena Sukan SEA KL 2017

Jualan nombor plat Rimau sempena Sukan SEA KL 2017 akan dibuka tidak lama lagi. Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) memaklumkan ianya sebagai sebahagian daripada rancangan pemasaran dan promosi untuk memperingati Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 di Kuala Lumpur pada Ogos dan September.

Rimau merupakan maskot Sukan SEA KL 2017 yang terkenal dengan sifat gagah perkasa, peramah, berdaya saing, sekaligus melambangkan jiwa atlet sebenar. RIMAU ialah singkatan kepada HORMAT (RESPECT), BERWIBAWA (INTEGRITY), TANGKAS (MOVE), BERSIKAP POSITIF (ATTITUDE) DAN BERSATU (UNITY).

Tarikh pendaftaran nombor plat Rimau dan maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat di portal rasmi Sukan SEA KL 2017, www.kualalumpur2017.com.my.

Untuk makluman, Malaysia buat pertama kalinya menjadi tuan rumah Sukan SEA atau Sukan SEAP ialah pada 1965 dan sehingga edisi Singapura pada 2015, Malaysia telah menjadi hos sebanyak lima kali.

Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 dijangka berlangsung meriah dengan hampir 9,000 atlet dan pegawai mengesahkan penyertaan pada temasya yang bermula 19 Ogos depan.

Kali terakhir Malaysia menganjurkan Sukan SEA ialah pada 2001 apabila muncul sebagai juara keseluruhan dengan merangkul 111 pingat emas, diikuti Thailand (103) dan Indonesia (72).

Leave a Comment