5 Langkah & Panduan Kecemasan Di Lebuh Raya

Bagi orang ramai yang akan pulang untuk mengundi, mereka perlu mengetahui langkah-langkah dan panduan sekiranya berlakunya kecemasan di lebuh raya.

Situasi kecemasan di lebuh raya merupakan antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh para pengguna.

Panduan kecemasan di lebuh raya perlu diambil berat agar keselamatan para pengguna terus terjamin apabila berlakunya sebarang kecemasan.

Langkah Pertama: Berhenti Di Lorong Kecemasan

Apabila berlaku kerosakan kenderaan dan kecemasan sama ada waktu siang dan malam, berhenti di lorong kecemasan.

Langkah Kedua: Nyakakan Lampu Isyarat Kecemasan

Nyalakan lampu isyarat kecemasan dan letakkan segi tiga kecemasan pada jarak tidak kurang daripada 45 meter (atau 60 langkah) dari belakang kenderaan sebagai amaran awal kepada kenderaan lain.

Langkah Ketiga: Tidak Berada Di Dalam Kenderaan

Pengguna dinasihatkan untuk tidak berada di dalam kenderaan sewaktu kereta berhenti di lorong kecemasan.

Pengguna perlu tunggu di belakang rel penghadang jalan sehingga bantuan sampai.

Langkah Keempat: Hubungi PLUS

Pengguna perlu menghubungi pihak PLUS menerusi salah satu daripada cara berikut:

  • Tekan butang SOS pada Aplikasi PLUS.
  • Tekan butang ‘Dapatkan Bantuan’ pada PUTRI Chatbot.
  • Hubungi PLUSLine di talian 1-800-88-0000.
  • Tekan butang dan patuhi arahan pada telefon kecemasan.

Pengguna perlu memberikan maklumat yang diperlukan seperti:

  • KM lokasi
  • Butiran kejadian
  • Arah perjalanan

Langkah Kelima: Amalkan SOP

Apabila bantuan tiba, pengguna digalakkan mengamalkan SOP seperti penjarakan fizikal, pakai pelitup muka, dan cuci tangan menggunakan pensanitasi tangan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai panduan kecemasan di lebuh raya, sila layari laman web https://www.plus.com.my/.

Leave a Comment