Pangkor Laut Resort, Perak

Pangkor Laut Resort terletak di Pantai Pasir bogak adalah sebuah pusat peranginan persendirian mewah dan bertaraf antarabangsa di negeri Perak.

Pulau Pangkor pernah diiktiraf sebagai antara Pulau Tercantik di Dunia.

Jom kita terus ke penginapan di Pangkor Laut Resort.

Penginapan di Pangkor Laut Resort, Perak

1. Villa

Terdapat 7 jenis villa di Pangkor Laut resort antaranya adalah Villa Hill, Garden, Beach, Sea,Spa, Suria dan Purnama Suite dan Pavrotti Suite.

Setiap Villa ini diberikan nama berdasarkan kedudukannya seperti Villa Hill yang dibina di atas bukit.

Villa Hill Pangkor Laut di Perak
Pangkor Laut Resort

Villa Hill mempunyai keluasan sebesar 79 meter persegi dan harga untuk satu malam di villa ini bermula pada harga RM 1190.

Villa Garden adalah lebih dekat dengan kemudahan utama walaupun kedudukannya dikelilingi taman penuh dengan rimba menghijau dan bilik ini mempunyai keluasan sebesar 71 meter persegi.

Villa Garden Pangkor laut di Perak
Pangkor Laut Resort

Villa Beach berkeluasan 95 meter persegi ini mempunyai pemandangan menghadap pantai.

Villa-Beach
Pangkor Laut Resort

Villa Sea ataupun villa di laut ini mempunyai keluasan bilik sebesar 55 meter persegi dan anda boleh mulakan pagi anda dengan bunyi ombak.

Villa Sea Laut
Pangkor Laut Resort

Villa Spa adalah banglo yang yang dijadikan penginapan dan mempunyai pemandangan menghadap Spa Village dan kolam pusingan.

Villa-Spa
Pangkor Laut Resort

Suria dan Purnama Suite ini dibina di atas laut dan mempunyai balkoni yang membolehkan anda berjemur di bawah terik matahari sambil menikmati pemandangan laut luas membiru.

Suria dan Purnama Suite
Pangkor Laut Resort

Suite ini mempunyai entrance hall, ruang tamu TV, balkoni yang berasingan dari bilik tidur, suite ini berkeluasan sebesar 107 meter persegi.

Pavarotti Suite adalah suite yang paling mewah dan namanya diberikan sempena penyanyi tenor terkenal dunia yang jatuh cinta dengan keindahan Pangkor Laut.

Pavarotti Suite Pangkor laut di Perak
Pangkor Laut Resort

Pavarotti Suite dibina di atas puncak bukit dan mempunyai pemandangan yang sangat indah meliputi hutan rimba dan juga laut biru.

Suite mewah ini mempunyai 2 suite bilik tidur, ruang lounge yang mewah, bilik mandi luas berkonsep open-roofed, balkoni yang luas.

2. The Estates

The Estates terletak di bahagian utara Pangkor Laut di mana suasananya lebih terasing dan mempunyai lebih privacy dan terdapat 8 buah estet di sini serta perkhidmatan butler peribadi dan pemandu disediakan .

Estet 1, 2 dan 4 menghadap ke arah pantai manakala estet 5, 6,7,8 dan 9 terletak di atas bukit di dalam hutan hujan tropika ini.

Estet 1 terletak di Marina Bay, mempunyai pemandangan teluk tersendiri dan pantai yang indah.

Estet 1
Pangkor laut Resort

Estet 1 adalah satu-satunya yang mempunyai bilik air banglo berserta jakuzi peribadi yang berlatarbelakangkan hutan hujan tropika di Pangkor Laut.

Keunikan Estet 1 antara kesemua 8 estet adalah dindingnya yang mempunyai corak seakan fosil yang dihasilkan menggunakan corak cengkerang pada tile tanah liat.

Estet 2 mempunyai 3 bilik tidur banglo, 2 jakuzi luar, kolam renang, dan astaka untuk makan, rehat dan bar.

The Estate 2
Pangkor laut Resort

Estet 2 berdekatan dengan kolam air tawar semula jadi dan mempunyai titi kayu untuk menyeberangi kolam itu manakala jarak ke Pantai Teluk Marina adalah sedikit jauh.

Estet 4 adalah penginapan yang paling dekat sekali dengan laut, kemudahan di estet 4 adalah kolam renang dengan ilusi yang seperti melimpah ke laut, jakuzi luar dan astaka makan, rehat dan astaka ruang tamu.

Estet 4
Pangkor laut Resort

Estet 4 ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berbulan madu dan juga yang mempunyai keluarga besar.

Estet 5 adalah satu-satunya penginapan yang mempunyai dek kayu yang dibina betul-betul berhadapan dengan laut Selat Melaka dan memberikan pemandangan 270 darjah sekitar hutan hujan tropika dan laut.

Estet 5
Pangkor laut Resort

Hal ini membuatkan Estet 5 cukup terkenal untuk pelancong yang gemar berparti dan membuat bbq kerana pemandangan pada waktu malamnya yang indah.

Kemudahan di sini adalah 3 bilik tidur banglo, kolam renang infiniti free form dan geometrik, kolam ikan dan astaka rehat.

Estet 6 adalah estet yang paling menerima cahaya matahari kerana ia dibina di kawasan agak lapang dan direka untuk mempunyai laman luas serta kolam yang mesra kanak-kanak betul-betul di tengah kawasan estet ini.

Pangkor laut Resort

Pengunjung yang mempunyai anak kecil boleh terus memantau anak mereka dari bilik tidur.

Estet 6 mempunyai 3 bilik tidur banglo, 2 jakuzi luar, 1 spa panas, astaka makan dan astaka hidup.

Estet 7 adalah antara estet paling mewah, besar, luas, penuh privacy, dan berbukit.

Estet 7
Pangkor laut Resort

Estet 7 mempunyai 4 bilik tidur banglo, jakuzi luar, kolam renang infiniti berbentuk geometrik dan kolam melata serta astaka-astaka.

Estet 8 adalah estet yang dibina di pinggiran bukit dan mempunyai 2 jenis susun atur bilik tidur, 1 mempunyai beranda menghadap pokok dan 1 lagi tingkap menghadap ke arah teluk.

Estet 8
Pangkor laut Resort

Kemudahan di Estet 8 adalah 3 bilik banglo, jakuzi luar,kolam infiniti berbentuk bunga teratai, kolam ikan dan 3 jenis astaka.

Estet terakhir iaitu Estet 9 yang mempunyai 4 bilik tidur banglo, astaka spa panas seperti kolam air panas mandian bersama, 3 astaka mandian luar, kolam renang berbentuk bebas, kolam ikan berbentuk geometrik, taman batuan monolit semula jadi, dan papan catur gergasi.

Estet 9
Pangkor laut Resort

Pendek kata Estet 9 ini sesuai untuk anda yang suka melancong secara beramai-ramai dan mempunyai bajet berlebihan.

7 Restoran di Pangkor Laut Resort

1. Feast Village

Restoran mewah ini menyediakan sarapan pagi, menu pilihan Chef Table, patisserie, kafe, dan makan malam berkonsepkan makanan lokal dan masakan melayu.

Feasts Village Pangkor Laut Resort di Perak
Pangkor Laut Resort

2. Fisherman’s Cove

Restoran yang menyajikan masakan laut ini diketuai oleh Chef Wai dan mendapat pengiktirafan luar dan dalam negara.

Fisherman's Cove
Pangkor Laut Resort

Kod pakaian adalah smart casual dan hanya pengunjung berumur 16 tahun ke atas sahaja boleh makan di sini bagi menjaga keselesaan pengunjung yang lain.

Restoran ini terletak berdekatan dengan Spa Village sahaja.

3. Uncle Lim’s Kitchen

Restoran ini menyajikan stail masakan rumah Cina Nyonya dan Hock Chew namun boleh disesuaikan mengikut citarasa setiap pelanggan.

Restoran dinPangkor Laut Resort di Perak
Pangkor Laut Resort

Nama restoran ini diambil bersempena nama Chef yang telah berkhidmat lama di sini sejak resort Pangkor Laut ini mula dibuka.

4. Royal Bay Beach Club

Beach Club yang terletak di Royal Bay ini mempunyai pemandangan yang indah dan menyediakan makanan tengahari tema asia dan antarabangsa manakala pada petangnya, ia menjadi tempat berehat sambil menikmati minuman koktail dan pelbagai minuman lain.

Royal Bay Beach Club Chic Lounge Pangkor Laut
Pangkor Laut Resort

5. Chapman’s Bar

Restoran ini dinamakan sempena kolonel British yang terkenal yang berlindung di Emerald Bay pada tahun 1945.

Chapman's Bar
Pangkor Laut Resort

Restoran ini menyajikan pelbagai masakan asia dan barat serta minuman yang pelbagai untuk sepanjang hari.

6. Jamu Bar

Jamu Bar terletak di Spa Village, bar ini menyajikan menu sihat seperti salad dan minuman istimewa kesihatan yang lain.

Jamu Bar
Pangkor Laut Resort

Hanya pengunjung berusia 16 tahun ke atas dibenarkan masuk demi menjaga keselesaan tetamu di Jamu Bar.

7. Private Dining Experience

Terdapat 3 pakej iaitu Dinner on The Rocks atau Dinner on Beach pantai pilihan adalah Emerald Bay atau Fisherman’s Cove.

Private Dining Pangkor Laut Resort di Perak
Pangkor Laut Resort

Makan malam mewah dan romantis ini memerlukan pengunjung membuat tempahan lebih awal.

Aktiviti Outdoor di Pangkor Laut Resort, Perak.

1. Jungle Trekking

Aktiviti meredah hutan ini dilakukan di hutan dara yang dianggarkan telah berumur lebih 2 juta tahun dan trek ini berakhir di Emerald Bay.

2. Morning Revival

Aktiviti terapi nafas, yoga, tai chi dan macam-macam lagi diadakan di dek Villa Spa dan sesi Morning Revival ini adalah selama sejam.

3. Sukan Air

Aktiviti berkayak, jet ski, wakeboarding dan paddleboarding semuanya ada di Pangkor Laut Resort.

4. Memancing

Buat kaki pancing, anda boleh mengambil pakej memancing di laut dalam, ataupun leisure fishing sahaja.

5. Island Hopping

Anda boleh bersiar-siar melihat sekitar pulau Pangkor menaiki kapal layar mewah ataupun bot kayu jati.

Pangkor Laut Resort yang terletak di negeri Perak ini adalah ibarat syurga dunia dan pusat pelancongan yang sangat menarik untuk anda kunjungi bersama keluarga tersayang.

Alamat dan Laman Sesawang Pangkor Laut Resort

AlamatFb/ Website
Pangkor Laut Island, 32200 Lumut, Perak, MalaysiaPangkor Laut Resort

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu pembaca untuk merancang percutian di Pangkor Laut Resort.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Baca: Pulau Jerejak

Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser

Baca: Tempat Menarik di Johor

Baca: Tempat Menarik di Melaka

Baca: Tempat Menarik di Perak

Baca: Tempat Menarik di Langkawi

Leave a Comment