Peduli Sihat: Skim Perubatan Untuk Rakyat Selangor

1

Kerajaan Selangor dengan inisiatifnya, Skim Peduli Sihat menawarkan bantuan perubatan kepada rakyat Selangor sebanyak RM500 satu keluarga dan RM200 bagi individu yang berkelayakan. Antara tujuan skim ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap hospital dan klinik kerajaan untuk rawatan kesihatan dan perubatan.

Manfaat Skim Peduli Sihat

  1. Tiada had jenis rawatan/perubatan bagi kesihatan asas.
  2. Had gunaan sebanyak RM50 setiap kali rawatan.
  3. Had pembiayaan setahun untuk:-
    • Keluarga: RM500
    • Individu: RM200
  4. Percuma kad Peduli Sihat (1 kad untuk satu keluarga atau 1 kad untuk individu bergantung pada kategori).

Kriteria kelayakan

  1. Warganegara Malayasia.
  2. Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  3. Kategori:-
    • Keluarga
      • Untuk suami dan/atau isteri berserta anak-anak yang berkelayakan.
      • Pendapatan isi rumah sebulan RM3000 dan ke bawah.
    • Individu
      • Berumur 21 tahun dan ke atas.
      • Pendapatan sebulan RM1500 dan ke bawah.

Permohonan dan pendaftaran

  1. Permohonan boleh dilakukan secara manual atau online di https://www.pedulisihat.com/pendaftaran.html.
  2. Untuk pendaftaran secara manual, borang yang telah diisi lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan negeri berdekatan.
  3. Pendaftaran ini perlulah disertakan juga:
    • Salinan kad pengenalan (untuk ketua keluarga/individu)
    • Salinan kad pengenalan, MyKid atau surat beranak (untuk tanggungan isteri/anak-anak)
    • Salinan slip gaji/pence (untuk penjawat awam dan pesara kerajaan)
    • Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta atau bekerja sendiri)
  4. Pesanan teks (SMS) akan dihantar setelah permohonan diluluskan.
  5. Kad akan dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri .

Cara penggunaan

  1. Serah Kad Peduli Sihat dan kad pengenalan di klinik.
  2. Pengesahan had kelayakan dan baki gunaan.
  3. Klinik akan menghubungi Peduli Sihat untuk pengesahan.
  4. Pengguna menandatangani borang kehadiran dan PDPA.
  5. Pengguna menerima rawatan dan perubatan.
  6. Klinik merekodkan rawatan dan membuat tuntutan secara online.
  7. Semakan, pengesahan dan bayaran kepada klinik oleh Peduli Sihat.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, anda boleh layari https://www.pedulisihat.com/ atau hubungi 03-55256600.

1 Comment
  1. […] menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di […]

Leave A Reply

Your email address will not be published.