Pendidikan

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017

Selepas pengumuman keputusan UPSR 2017, ramai yang tertanya-tanya apakah Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang dihebahkan di media.

Ibu bapa masih belum faham tentang PPSR yang bukan sahaja melibatkan keputusan UPSR malah 3 lagi komponen utama iaitu:

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Ini bermakna, pelaporan UPSR tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat pencapaian murid secara keseluruhan.

Keputusan UPSR 2017

keputusan upsr 2017

Prestasi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding 2016.

Peratusan calon yang mencapai tahap penguasaan minimum tahun ini meningkat sebanyak 1.6 peratus kepada 293,514 (68.1 peratus) calon berbanding 293,184 (66.5 peratus) calon pada 2016.

Seramai 443,794 orang pelajar Tahun Enam mengambil UPSR tahun ini.

Daripada jumlah itu, 433,536 (97.7 peratus) adalah sekolah calon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala 10.258 (2.3 peratus) adalah calon sekolah swasta.

UPSR telah dijalankan pada 11 hingga 14, dan 18 September, 2017 di 8,085 pusat peperiksaan.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

pelaporan pentaksiran sekolah rendah

Berikut kami kongsikan huraian setiap komponen PPSR 2017.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.

PBD dilaksanakan dalam semua matapelajaran.

Kaedah pentaksiran PBD termasuklah kuiz, kerja projek, ujian bulanan dan peperiksaan peringkat sekolah.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

PAJSK adalah satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum serta penglibatan dan penyertaan murid dalam kelab / persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan / permainan.

pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum

Pentaksiran ini juga melibatkan pelaporan kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan (Ujian SEGAK) yang mula dilaksanakan di semua sekolah pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun.

Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Pentaksiran psikometrik adalah kaedah sistematik untuk menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi murid sama ada dalam domain kognitif atau afektif.

Untuk maklumat lanjut tentang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah, sila muat turun di sini.

Bagi murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini, anda boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh bagi sesi pengajian 2018.

Leave a Reply