Ramai rakyat Malaysia terutama orang Johor yang mahu bekerja di Singapura. Kata mereka di sana nanti gaji mereka lebih 3x ganda gaji di Malaysia. Mana tidaknya, kadar tukaran matawang antara Singapore Dollar – Ringgit Malaysia ialah sekitar 1SGD = RM3.10!
Ikuti pengalaman kerja di Singapura yang dikongsikan oleh seorang rakyat Malaysia, Syed Amirul.
Pengalaman Bekerja di Singapura
Setelah lebih setahun bekerja di Singapura, ia merupakan detik penghijrahan yang amat bermakna bagi saya dan keluarga.
Sekitar pertengahan tahun lepas, rakan sekerja memaklumkan bahawa ada syarikat di Singapura yang mencari jurutera lapangan dengan kadar segera. Tanpa berfikir dua kali, saya terus memohon dan ditawarkan kerja dalam tempoh kurang 2 minggu.
Peluang itu terlalu sukar ditolak, walaupun boss dan bekas rakan sekerja berpendapat bahawa jumlah tawaran tersebut tidak memadai. Saya agak hairan, walhal tawaran yang diterima hampir 4 kali ganda daripada gaji asal dan elaun laut yang hampir sama.
Walau apa pun yang terjadi kepada kerjaya saya kini, saya tetap bersyukur dengan penghijrahan ini. Bagi rakan-rakan yang ingin mengubah nasib hidup, tidak perlu terbang jauh ke Australia hanya untuk bekerja sebagai pemetik buah, sebaliknya boleh cuba untuk bekerja di Singapura.
Sehingga kini, terdapat hampir 400,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Apa yang saya perhatikan, kebanyakannya terdiri dari India dan Cina. Hanya sekitar 10% peratus Melayu sahaja, mungkin Melayu lebih selesa untuk berada di negara sendiri.
Tempat tinggal adalah perkara yang paling utama untuk difikirkan sebelum berhijrah. Umum tahu harga rumah di Singapura terlalu tinggi. Untuk menyewa sebuah bilik kecil, anda perlu membayar tidak kurang SGD 600 sebulan.
Jika tinggal di Singapura, anda tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan yang berdaftar di Malaysia. Namun, apa yang pasti sistem pengangkutan Singapura adalah sangat efisien. Begitu mudah untuk kemana-mana dengan harga yang agak berpatutan.
Dengan harga bilik yang terlalu tinggi dan privasi yang terhad di Singapura, tinggal di Johor merupakan satu pilihan yang lebih baik. Kadar sewa sekitar Gelang Patah / Nusajaya adalah RM400 untuk bilik kecil dan RM 1000 untuk sebuah unit pangsapuri 3 bilik lengkap dengan perabot.
Kebiasaannya mereka yang tinggal di Johor, akan makan pagi sebelum pergi kerja dan bungkus makanan tengahari. Secara tidak lansung, segala perbelanjaan dalam Ringgit Malaysia. Secara purata, perbelanjaan bulanan lebih jimat sedikit berbanding tinggal di KL.
Terdapat 3 cara untuk ulang-alik setiap hari:
#1 – Motosikal
Cara paling cepat, fleksibel tetapi agak penat. Masa untuk pergi kerja dalam 1 jam 3 0minit manakala balik mengambil masa 2 jam.
Bayangkan anda perlu menyedut asap kenderaan ketika beratur di ‘checkpoint’ Singapura.
Bayaran tol dan ‘entry pass’ sebanyak RM 17 / hari tidak termasuk minyak.
#2 – Bas
Cara paling jimat dan tidak berapa penat.
Masa untuk pergi dan balik secara purata adalah 2 jam, tidak termasuk masa dari rumah ke hentian bas dan dari hentian bas ke tempat kerja.
Agak janggal bagi anda yang pertama kali menaiki bas ke tempat kerja, anda akan dapat lihat semua orang berlari bagai nak gila di ‘checkpoint’ Malaysia / Singapura. Ini demi untuk mendapatkan tempat duduk di dalam bas.
Saya pernah tersilap langkah dan berdiri hampir 2 jam di dalam bas. Tiket bas pergi dan balik adalah RM 16 / hari.
#3 – Kereta / Van
Cara paling selesa tetapi mahal dan tidak fleksibel.
Amat tidak berbaloi untuk memandu kereta secara bersendirian, kadar ‘entry pass’ ialah SGD 35, tol SGD 7 dan ‘parking’ SGD 5.
Oleh itu, ‘car pool’ adalah pilihan yang lebih bijak untuk mereka yang mengutamakan keselasaan.
Kebiasaannya pemandu akan menetapkan masa dan tempat ‘pick-up point’.
Ada juga orang persendirian yang menjalankan khidmat penghantaran menggunakan van.
Kadar purata untuk ‘car pool’ dan van adalah SGD 12 – 14 untuk pergi dan balik.
Kesimpulan
Jika kita bandingkan epal dan epal, angka gaji bagi Malaysia dan Singapura hampir sama (mungkin Singapura lebih sedikit bagi pekerja kolar biru).
Berdasarkan pengalaman rakan-rakan, gaji pekerja restoran masakan segera sekitar SGD 1800 termasuk ‘OT’ manakala pekerja kilang boleh dapat lebih SGD 2000 termasuk ‘OT’.
Bagi pekerja kolar putih, gaji ‘fresh grad’ tidak lebih SGD 3000 dan bagi mereka yang mepunyai pengalaman boleh ‘demand’ SGD 4000 ke atas.
Sejujurnya, pengijrahan ke Kota Singa serba sedikit mengukuhkan kewangan keluarga saya dan memberikan pengalaman yang baru tentang erti kehidupan.
Yakinlah jika kita terus melangkah, rezeki akan sentiasa terbuka untuk kita. Selamat berhijrah!
Panduan Kerja di Singapura
Secara kasarnya apa yang kita nampak kerja di Singapura adalah satu yang “fun”. Pengalaman berharga kerja di negeri orang ditambah peluang pendapatan 3x lebih berbanding Malaysia memang peluang yang tidak boleh dilepaskan.
Namun dalam keterujaan mencari kerja kosong di Singapura, ada beberapa dokumen & prosedur yang perlu kita follow supaya tiada masalah ke depan nanti.
Sebaiknya anda yang berminat untuk kerja di Singapura follow step-by-step apa yang dikongsikan oleh cik Haniza Rashid yang berpengalaman bekerja di Singapura serta bekerjasama dengan agensi pekerjaan yang berdaftar dari Singapura.
Cik Haniza akan mengajar anda dari mula tentang:
- Bagaimana mencari kerja?
- Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan?
- Bagaimana untuk masuk ke Singapura? Nak bawak kereta atau motorsikal?
- Di mana mahu tidur dan bermalam sebelum dan selepas mendapat kerja?
- Bagaimana pembayaran gaji? Permit Kerja?
- Makan macam mana? Solat? Telefon? Bahasa? dan bermacam-macam lagi info yang padat dan penting yang pastinya akan dapat membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang bekerja di Singapura!
Sila dapatkan ebook Panduan Kerja di Singapura oleh Haniza Rashid di sini (klik untuk download).