Perak SME D-Base: Sistem Penyelarasan Bantuan Usahawan

Usahawan di Negeri Perak adalah dialu-alukan untuk mendaftar di dalam Sistem Perak SME D-Base.

Perak SME D-Base merupakan satu sistem pengkalan data usahawan negeri Perak yang dibangunkan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN) menerusi Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan Digital Perak Corporation Holding (DPCH) sebagai penyedia platform dan sistem ini.

Tujuan umum sistem ini dibangunkan adalah untuk membolehkan kerajaan negeri mengumpul data usahawan bagi tujuan penyelarasan bantuan supaya dapat dibuat dengan lebih mudah dan telus.

Sistem ini akan dikuatkuasakan pada satu tempoh yang akan diumumkan bagi melayakkan usahawan mendapatkan bantuan seperti modal pusingan dan harta tidak alih (mesin) bergantung kepada jenis perniagaan.

Sehingga kini, 85,000 usahawan Perak telah berdaftar dalam sistem ini bagi melayakkan mereka mendapatkan bantuan atau insentif daripada kerajaan negeri.

Objektif Pembangunan Sistem

Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk:

  • Mengumpulkan data usahawan seperti jenis perniagaan, ketegori usahawan, produk, lokasi perniagaan dan perbagai lagi.
  • Menjadi hub rujukan khas bagi kerajaan negeri Perak dan agensi keusahawan serta pihak berkuasa tempatan, untuk membuat perancangan dan kajian pembangunan usahawan di masa hadapan.
  • Pendaftaran usahawan ke sistem ini, akan memberi akses kepada usahawan untuk mendapatkan bantuan atau insentif dari kerajaan negeri Perak pada masa hadapan.
  • Mewujudkan jaringan pembangunan perniagaan antara usahawan dengan agansi pembangunan usahawan dan kerajaan negeri Perak.

Syarat Pendaftaran

Syarat pendaftaran bagi usahawan yang ingin mendaftar adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Perniagaan beroperasi di Negeri Perak.
  3. Memenuhi Definisi PKS.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://step.perak.my/sme/.
  2. Klik ‘Daftar Sekarang.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Simpan.’
  4. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  5. Klik bahagian ‘Maklumat Usahawan.’
  6. Masukkan maklumat syarikat.
  7. Status lengkap berwarna hijau akan terpapar menandakan semua maklumat telah diisi.
  8. Kad Digital akan diberikan di bahagian profile pengguna.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Perak SME D-Base, sila layari laman web https://step.perak.my/sme/.

Leave a Comment