Permohonan Ke Tingkatan 1 SMKA Putrajaya Kini Dibuka

permohonan tingkatan 1 smka putrajaya

Permohonan ke tingkatan 1 SMKA Putrajaya (Sekolah Kawalan) dan Kelas Aliran Agama (Kelas Kawalan) bagi tahun 2018 kini dibuka.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang terletak di Presint 11 adalah sekolah kawalan di WP Putrajaya.

Manakala berikut adalah beberapa sekolah yang menawarkan kelas aliran agama di bawah program kelas kawalan:

  • SMK Putrajaya Presint 8(1)
  • SMK Putrajaya Presint 9(2)
  • SMK Putrajaya Presint 11(1)
  • SMK Putrajaya Presint 16(1)
  • SMK Putrajaya Presint 18 (1)

Untuk makluman, sekolah kawalan adalah sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang memfokuskan kecergasan dan prestasi akademik pelajar dari tahap baik kepada yang lebih baik dan seterusnya ke tahap cemerlang.

Permohonan Tingkatan 1 SMKA Putrajaya 2018

Bagi murid yang bersekolah di WP Putrajaya, pelajar/ibu bapa boleh dapatkan borang permohonan dari guru kelas sekolah rendah masing-masing. Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada guru untuk membuat pengesahan di dalam sistem APDM.

Tarikh permohonan dibuka dari 20 September sehingga 29 Oktober 2017.

Bagi murid yang berada di luar kawasan Putrajaya, permohonan boleh dibuat secara online di portal http://jpwpp.moe.gov.my/v2/

Namun laman web tersebut hanya dibuka kepada umum selepas keputusan UPSR 2017 diumumkan pada minggu kedua November nanti.

Calon-calon yang layak akan dipanggil menghadiri temuduga dan Ujian Khas Saringan Hafazan (bagi SMKA) pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan oleh pihak JPWPP.

Semakan keputusan boleh dibuat bermula 20 Disember melalui laman web http://jpwpp.moe.gov.my/v2/

Jika calon tidak berjaya, ibu bapa boleh membuat rayuan semula dengan mengisi borang rayuan di portal sama bermula 21-31 Disember 2017.

Syarat Permohonan Ke Tingkatan 1 SMKA Putrajaya

Syarat minimum permohonan ke tingkatan 1 SMKA Putrajaya dan kelas aliran Agama adalah UPSR 3A 3B. Syarat lain adalah seperti berikut:

  • Cemerlang di dalam Ujian Program j-QAF & UPKK/UPSRA
  • Boleh membaca Al-Quran dan tulisan Jawi dengan baik.
  • Lulus temuduga dan Ujian Khas Saringan Hafazan

Jenis-Jenis Sekolah Kawalan

Terdapat beberapa jenis sekolah kawalan antaranya:

  1. Sekolah Kawalan/ Sekolah Rancangan Khas (SRK)/ Sekolah Elit/ Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
  2. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  4. Kelas Kawalan/ Kelas Premier
  5. Kelas Rancangan Khas (KRK)/Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier
  6. Kelas Aliran Agama (KAA)

Bagi Kelas Rancangan Khas (KRK), objektif penubuhan KRK adalah kerana penubuhan sekolah SBP dan MRSM bagi pelajar-pelajar cemerlang seluruh Malaysia.

Namun, peningkatan jumlah pelajar yang cemerlang di dalam UPSR setiap tahun tidak dapat ditampung oleh SBP dan MRSM.

Oleh itu, bagi pelajar yang tidak berjaya untuk ditempatkan di mana-mana sekolah SBP atau sekolah MRSM, akan terpilih untuk bersekolah di sekolah Kelas Rancangan Khas (KRK).

Leave a Comment