Pendidikan

Permohonan Ke Tingkatan 4 SBP 2018 Kini Dibuka. Mohon Sekarang!

Untuk makluman, permohonan ke tingkatan 4 SBP 2018 kini dibuka. Ibu bapa boleh membuat permohonan secara online melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh ini dibuka mulai 13 November hingga 24 Disember 2017.

SBP hanya menerima kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 sahaja. Jadi mana-mana murid yang mengambil peperiksaan UPSR dan PT3 tahun ini layak untuk membuat permohonan.

Syarat Permohonan Ke Tingkatan 4 SBP 2018

permohonan ke tingkatan 4 sbp 2018

Antara syarat yang mesti dipenuhi sebelum calon mengemukakan permohonan adalah seperti berikut:

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)  2017
  • Aktif dalam kokurikulum
  • Lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS)

Bermula tahun ini mana-mana murid yang terpilih melanjutkan pelajaran ke SBP akan melalui satu ujian saringan yang dikenali sebagai Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Ianya merupakan salah satu syarat kemasukan ke SBP ambilan 2018.

Murid yang lulus ujian ini mempunyai peluang yang cerah untuk ke SBP.

Murid yang tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang menduduki UKSBP terlebih dahulu.

UKSBP akan dijalankan di 69 buah SBP seluruh negara bermula 11 hinga 14 Disember 2017 kecuali di Selangor pada 12 hingga 15 Disember 2017.

Keputusan permohonan ke tingkatan 4 SBP 2018 akan diumumkan selewat-lewatnya pada 19 Januari 2018.

Semakan Permohonan SBP 2018

Semakan permohonan kemasukan ke SBP 2018 boleh dibuat melalui kaedah berikut:

Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan untuk diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.

Murid juga hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada dari SBP atau MRSM.

Aliran SBP Tingkatan 4

Terdapat 5 aliran yang ditawarkan untuk kemasukan ke tingkatan 4 SBP 2018. Antaranya:

  1. Sains Tulen – 9 subjek
  2. Sains Tulen Agama – 11 subjek
  3. Sains Teknikal – 10 subjek
  4. Agama Ikhtisas – 11 Subjek
  5. Sains Sosial – 9 Subjek

Berikut antara subjek mata pelajaran yang ditawarkan bagi setiap aliran.

aliran sbp 2018

 

Leave a Reply