Berikut dikongsikan satu maklumat penting untuk semua calon SPM 2022 yang ingin memohon Program Matrikulasi KPM sesi 2023/2024.
Permohonan program ini akan dibuka mulai 16 Januari 2023 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 16 April 2023.
Sehubungan itu, mana-mana calon yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke program Matrikulasi, anda perlu mengemukakan permohonan secara online di https://matrikulasi.moe.gov.my/.

Jurusan Ditawarkan
4 jurusan yang ditawarkan bagi program ini iaitu:
- Jurusan Sains:
– Sains Hayat
– Sains Fizikal
– Sains Komputer - Jurusan Kejuruteraan:
– Kejuruteraan Asas
– Kejuruteraan Awam
– Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
– Kejuruteraan Mekanikal - Jurusan Perakaunan
- Jurusan Perakaunan Profesional
Syarat Umum
Calon-calon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada tahun semasa memohon.
- Pemohon mestilah merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa.
Syarat Khusus
Di samping itu, syarat khusus mengikut jurusan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
i) Jurusan Sains
- Bahasa Melayu- C
- Bahasa Inggeris- C
- Sejarah- Lulus
- Matematik- B
- Matematik Tambahan- C
- Kimia- C
- Fizik atau Biologi- C
ii) Jurusan Perakaunan
- Bahasa Melayu- C
- Bahasa Inggeris- C
- Sejarah- Lulus
- Matematik- C
- Mendapat minimum C dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Matematik Tambahan/Sains/Sains Tambahan/Lukisan Kejuruteraan/Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
iii) Jurusan Kejuruteraan
- Bahasa Melayu- C
- Bahasa Inggeris- C
- Sejarah- Lulus
- Matematik- B
- Matematik Tambahan- C
- Kimia- Lulus
- Fizik- C
- Mendapat minimum C dalam mana-mana 1 mata pelajaran berikut: Biologi/Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Asas Kelestarian/Pertanian/Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/Ekonomi/Perdagangan/Perniagaan.
iv) Perakaunan Professional
- Bahasa Melayu- C
- Bahasa Inggeris- A-
- Sejarah- Lulus
- Matematik- A
- Matematik Tambahan- C
- Mendapat minimum A dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Sains/Sains Tambahan/Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/Ekonomi/Perdagangan/Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
Panduan Permohonan
Panduan permohonan bagi program matrikulasi ini adalah seperti berikut:
- Klik pautan iaitu https://matrikulasi.moe.gov.my/.
- Klik di bahagian ‘Permohonan’ dan ‘Daftar Kali Pertama.’
- Masukkan no kad pengenalan serta angka giliran SPM dan klik butang ‘Cari.’
- Isi maklumat diri dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Lengkapkan maklumat dengan betul dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
- Klik butang ‘Hantar Permohonan.’
- Cetak borang permohonan untuk simpanan.
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai Program Matrikulasi KPM, sila layari https://matrikulasi.moe.gov.my/ atau https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi