Panduan Permohonan PTPTN Online Dan Cara Semakan

Untuk makluman, tarikh permohonan PTPTN 2020 telah dibuka mulai 1 September bagi pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan.

Pinjaman pendidikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Sekali gus, ia juga membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Baca juga : PKSK: Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 Dan 4

Berikut merupakan syarat kelayakan, tarikh serta panduan memohon pinjaman pendidikan PTPTN bagi pelajar baharu sesi 2020/2021.

permohonan ptptn

Syarat Permohonan PTPTN 2020

Syarat-syarat memohon pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  8. Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh memohon PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Baca juga : Rayuan BSH 2020 : Permohonan Manual & Online Sebelum 6 September

Tarikh Permohonan

Tarikh memohon pinjaman pendidikan PTPTN bagi tahun 2020 ini dibahagikan kepada 2 kelompok iaitu:

  • Kelompok Pertama
    • 1 – 30 September 2020
  • Kelompok Kedua
    • 1 – 31 Oktober 2020

Panduan Permohonan PTPTN Online

Bagi pelajar baru yang ingin memohon pinjaman pendidikan PTPTN / permohonan kali pertama, pelajar perlu membuat persediaan seperti berikut:

  1. Membuka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus di Maybank/Bank Rakyat / Bank Islam / Agrobank / RHB Bank atau mana-mana cawangan PTPTN dengan deposit minimum sebanyak RM20.
  2. Membeli nombor pin PTPTN dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dengan harga RM5.
  3. Membuat permohonan atas talian melalui laman web rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my . Isi semua maklumat dengan lengkap.
  4. Menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan atas talian mengikut kelompok.
  5. Mencetak dua (2) set dokumen perjanjian selepas permohonan berjaya dengan menggunakan kertas A4/80gsm sahaja. Senarai semak disediakan di laman web rasmi PTPTN sekiranya permohonan diluluskan.
  6. Membeli dua (2) unit setem hasil dengan harga RM10 seunit, di mana-mana cawangan pejabat pos (JANGAN DITAMPAL) dan bawa ke IPT pada hari pendaftaran.
  7. Menyediakan satu (1) set dokumen sokongan yang diperlukan mengikut senarai semak.
  8. Membawa semua dokumen perjanjian yang telah dicetak termasuk dokumen sokongan & setem hasil ke IPT masing-masing, tunggu pegawai PTPTN untuk membuat kutipan di IPT pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.
permohonan ptptn online

*Klik di sini untuk melihat manual penuh Panduan dan Peraturan Mengisi Dokumen Pinjaman Pendidikan / Pinjaman Semula Pendidikan PTPTN

Video ringkas berkaitan panduan memohon pinjaman pendidikan PTPTN boleh dirujuk melalui pautan di bawah ini:

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan pinjaman pendidikan PTPTN ini, sila rujuk portal rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di SINI.

Sebarang kemusykilan boleh disalurkan melalui :

Talian Careline: 03-2193 3000 (Isnin – Jumaat | 9.00 pagi – 5.00 petang)

ATAU

Media sosial PTPTN di

Leave a Comment