Permohonan SBP 2018: Panduan Permohonan Online Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh

permohonan sbp 2018

Berikut dimaklumkan permohonan SBP 2018 bagi pelajar tingkatan 1 dibuka bermula 16 Oktober hingga 19 November 2017.

Permohonan kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh dibuat secara online melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

SBP hanya menawarkan kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja.

Jadi murid tahun 6 2017 yang bersekolah di sekolah kebangsaan, dan murid tingkatan 3 2017 yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan layak membuat permohonan kemasukan SBP 2018.

Permohonan SBP 2018 Tingkatan 1

Sebelum memohon, pastikan murid memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017
  • Aktif dalam kokurikulum

Sekiranya permohonan berjaya, murid boleh memilih salah satu daripada tiga pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Satu SBP, iaitu:

1. Aliran Sains

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Bahasa Antarabangsa (*Pilihan: Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Jepun/ Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi)

2. Aliran Agama

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Bahasa Antarabangsa (*Pilihan: Bahasa Jepun/ Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi)

3. Aliran Ulul Albab

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Hifz Al-Quran
  • Maharat Al-Quran
  • Bahasa Antarabangsa (*Pilihan: Bahasa Jepun/ Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi)

Bagi permohonan SBP 2018 Tahfiz Model Ulul Albab, calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan.

Calon-calon layak yang telah dikenalpasti akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan.

Buat masa sekarang hanya tiga SBP yang menawarkan aliran Ulul Albab iaitu SBPI Rawang (Selangor), SMAP Bentong (Pahang) dan SBPI Batu Rakit (Terengganu).

Untuk senarai lengkap Sekolah Berasrama Penuh mengikut aliran dan negeri, sila rujuk Senarai SBP Seluruh Malaysia.

Untuk makluman anda, pertukaran murid antara SBP tidak dibenarkan. Sebarang pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan juga tidak akan dipertimbangkan.

Tawaran kemasukan SBP adalah muktamad. Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.

Leave a Comment