Permohonan UPU 2018: Panduan Lengkap Permohonan

Permohonan UPU 2018 online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) akan dibuka bermula 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018. Permohonan ini dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf, dan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, bagi kemasukan sesi akademik 2018/2019.  Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Kementeri Pendidikan Tinggi melalui laman web permohon UPU online http://upu.mohe.gov.my/web/.

permohonan upu

Kategori Permohonan

  1. Lepasan SPM atau setaraf.
    • Permohonan kemasukan:
      • Asasi
      • Diploma & Sijil di Universiti Awam (UA)
      • Politeknik
      • Kolej Komuniti
      • Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
    • Tahun menduduki peperiksaan SPM:
      • 2017
      • 2016
      • 2015
  2. Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf.
    • Permohonan kemasukan bagi Ijazah Sarjana Muda di UA
    • Kelayakan permohonan
      • STPM 2017
      • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM 2017/2018
      • Sijil Tingga Agama Malaysia (STAM) 2016 & 2017
      • Diploma atau setaraf
        • Diploma IPTA / Politeknik
        • DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
      • Kelayakan setaraf seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM / CPU / STPM, Matrikulasi, STAM (bukan tahun semasa)

Permohonan boleh dilakukan secara online. Sebelum permohonan dilakukan, anda perlulah membeli no Pin di BSN yang berdekatan.

Cara Membeli No Pin UPU

Pembelian no pin boleh dilakukan bermula dari 5 Feb 2018 hingga 9 April 2018. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Pembelian secara individu melalui kaunter BSN.
  2. Jika pemohon atau ibubapa mempunyai akaun GIRO BSN, pembelian boleh dibuat di mesin Automated Teller Machine (ATM)
  3. Pembelian mestilah berdasarkan nama dan no kad pengenalan/mykad pemohon.
  4. BSN akan mengeluarkan resit pembelian berserta dengan no pin id.
  5. Harga bagi setiap No Pin ialah RM15.60(tanpa GST).

Permohonan UPU Secara Online

No. Pin yang telah dibeli, bertujuan untuk mendaftar. Caranya:

  1. Layari http://upu.mohe.gov.my/web/.
  2. Semak syarat e-Panduan dengan teliti.
  3. Isi permohonan secara online.
  4. Pastikan anda mengisi setiap maklumat yang bertanda star dengan lengkap.
  5. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan.
  6. Isi sampai habis.
  7. Setelah anda mengisi kesemua makluat secara lengkap, klik “Sah & Hantar”.
  8. Cetak slip permohonan. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  9. Semakan permohonan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.

Aliran-Pemohonan-UPU-Online

Bagi para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, semoga berjaya dalam mencapai kejayaan yang diusahakan dan diimpikan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://upu.mohe.gov.my/web/ atau hubungi 03-88708200 / 6767 / 6777.

 

Leave a Reply