Informasi

Potongan Gaji 60% Pinjaman Perumahan Penjawat Awam Dikecualikan

Berita gembira buat penjawat awam. Syarat potongan gaji 60% untuk pembiayaan / pinjaman perumahan penjawat awam kini dikecualikan.

Ini bermakna kakitangan awam masih layak memohon pembiayaan perumahan walaupun jumlah pendapatan bersih dalam slip gaji kurang daripada 40%.

Berita ini diumumkan oleh Dr Ali Hamsa menerusi Facebook rasmi beliau pagi tadi.

Potongan Gaji 60% Dikecualikan

Pengecualian potongan ini tidak terhad kepada perumahan PPA1M sahaja tetapi semua jenis skim perumahan.

Berikut adalah screenshot pengumuman rasmi tersebut.

potongan gaji penjawat awam

Pada bulan April 2017, Jabatan Akauntan Negara mengumumkan akan melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji Penjawat Awam sehingga maksimum 60% dari jumlah gaji kasar bagi komitmen seperti PTPTN, ANGKASA dan LPPSA.

Untuk maklumat lanjut, layari Jabatan Akauntan Negara

 

Leave a Reply