Bajet 2018

PPA1M: Permohonan Online Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

Pada pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan 25,000 unit penambahan PPA1M atau Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

Bagi yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan online PPA1M melalui portal rasmi mereka di https://www.ppa1m.gov.my/

Berikut kami kongsikan maklumat lengkap bagaimana proses pendaftaran dibuat dan apa syarat kelayakan untuk memohon skim PPA1M ini.

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Jabatan Perdana Menteri PPA1M (PPA1M) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Syarat Permohonan Online PPA1M

Permohonan PPA1M hanya terbuka kepada anggota berikut:

  1. Perkhidmatan Awam Persekutuan
  2. Perkhidmatan Awam Negeri
  3. Badan Berkanun Persekutuan
  4. Badan Berkanun Negeri
  5. Pihak Berkuasa Tempatan

Semua penjawat awam dari kesemua gred jawatan layak memohon termasuklah yang sudah berpencen dan kontrak.

Pemohon boleh memohon lenih dari satu produk pada satu-satu masa namun pemohon boleh ditawarkan salah satu produk sahaja bagi setiap isi rumah.

Moratorium selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri dan anak-anak.

Manual Permohonan PPA1M

Berikut adalah panduan permohonan PPA1M. Untuk maklumat yang lebih jelas anda boleh download manual permohonan di sini.

ppa1m permohonan online

Senarai Projek PPA1M

Berikut antara projek PPA1M yang masih dibuka. Antaranya:

  • PPA1M Kempadang Residensi (Kuantan, Pahang)
  • PPA1M Mutiara Semantan (Temerloh, Pahang)
  • PPA1M Taman Chenor Indah (Maran, Pahang)
  • PPA1M Sofiya Residensi (Kuala Lumpur)
  • PPA1M Taman Gantok Setia (Temerloh, Pahang)
  • PPA1M Taman Puncak Sri Machang (Machang, Kelantan)

Untuk kesemua senarai projek sila rujuk laman web rasmi PPA1M.

Penafian

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai wakil atau ejen PPA1M. Segala urusan mengenai PPA1M hendaklah dirujuk terus kepada PPA1M tanpa melalui mana-mana pihak.

Sehubungan itu, orang ramai atau mana-mana pihak yang mahu berurusan dengan PPA1M diminta berhubung secara terus kepada alamat yang tertera di bawah:

Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
Presint 2, No 18, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA
Telefon : 603-88805118
Faks:603-88805119
email: support.ppa1m@jpm.gov.my
https://www.ppa1m.gov.my/

Leave a Reply