Presiden FAM Baru 2017: TMJ Antara Yang Masuk Senarai

Siapakah calon Presiden FAM baru tahun 2017?

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, mengesahkan empat individu telah dicalonkan bagi merebut kerusi panas presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru.

Mereka yang tersenarai termasuklah:

  1. Khairy Jamaluddin
  2. Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ)
  3. Tan Sri Aseh Che Mat
  4. Tan Sri Annuar Musa

Kini terpulang kepada ahli gabungan atau perwakilan untuk memilih siapa calon yang layak bagi menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan sudah pasti saingan empat penjuru adalah saingan sengit merebut jawatan tersebut.

Namun penganalisis sukan negara, Rizal Hashim menyuarakan pendapatnya mengenai penyertaan Khairy yang tidak wajar untuk dipilih sebagai presiden FAM.

“Pada pendapat saya, sebagai salah seorang anggota kabinet, Khairy tidak sesuai untuk dipilih sebagai presiden FAM, kita memerlukan presiden yang mampu memberikan sepenuh masa dan komited ketika menjalankan tugas,” katanya.

Kemaskini: TMJ Presiden FAM Baru 2017

presiden fam 2017

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kini dilantik sebagai Presiden FAM baru bagi penggal 2017. Baginda menang tanpa bertanding selepas pencabarnya Tan Sri Anuar Musa menarik diri di saat akhir.

Berikut senarai penuh jawatan kuasa terbaru FAM 2017.

  • Tunku Mahkota Johor – Presiden
  • Datuk Seri Subahan Kamal – Timbalan Presiden
  • Datuk Wira Yusoff Mahadi – Timbalan Presiden
  • Encik Joehari Ayub – Naib Presiden
  • Dato Ab. Ghani Hassan – Naib Presiden
  • Dato Sivasundram – Naib Presiden
  • Datuk Rosmadi Ismail – Naib Presiden
  • SAC Dato Azisman Alias – Ahli Eksekutif FAM
  • Dato Aminudin Omar – Ahli Eksekutif FAM
  • Datuk Hishamudin Yahaya – Ahli Eksekutif FAM
  • Dato Jeferey Low – Ahli Eksekutif FAM
  • Chritopher Raj – Ahli Eksekutif FAM
  • Subkhidin Mohd Salleh – Ahli Eksekutif FAM
  • Supt. Dali Wahid – Ahli Eksekutif FAM
  • Firdaus Mohamed – Ahli Eksekutif FAM
  • Shafizah Umamah – Eksekutif Wanita FAM
  • Dato Suraya Yaacob – Eksekutif Wanita FAM

TMJ dalam masa sama turut memperkenalkan manifesto baru sempena pemilihan baginda sebagai Presiden iaitu Bola Sepak Adalah Milik Rakyat.

Tahniah kepada semua exco FAM baru yang terpilih. Diharapkan jawatan kuasa baru ini dapat membawa sinar baru dalam sukan bola sepak negara.

Leave a Comment