Informasi

Status ARBA Kopi Pak Belalang (CWC) Dan Peringatan BNM

Dalam satu senarai yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, ARBA Kopi Pak Belalang atau Classic Worldwide Corporation (M) Sdn Bhd termasuk dalam senarai 400 syarikat dan laman web yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Pada April 2015 JAKIM mengeluarkan kenyataan rasmi ARBA tidak mendapat pengesahan patuh syariah dari JAKIM.

Dan pada Oktober 2015, hasil penelitian dari web KPDNKK mendapati lesen MLM syarikat CWC sudah pun dibatalkan sejak 30 September 2015.

Program ARBA Kopi Pak Belalang Satu Penipuan?

arba kopi pak belalang

ARBA yang diasaskan bersempana nama Abdul Rahman Bin Awf kini menjadi tular di media sosial kerana dikatan menipu beribu ahli mereka.

Yang terkini, ARBA Kopi Pak Belalang pernah menaja beberapa rancangan termasuk Pencetus Ummah, Gema Gegar Vaganza, Akademi Silat Pendekar Muda dan yang terkini beberapa bulan lalu rancangan Salam Ramadhan bersama Kopi Pak Belalang yg diterbitkan oleh RTM, menerima surat peguam dari penerbit rancangan yg ditaja.

Syarikat ini sudah mengingkari perjanjian untuk pembayaran penajaan rancangan tersebut RM431,940 sehingga surat peguam dihantar 2 kali dari bulan Ogos 2017.

Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan.

Mereka juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya meragui sebarang skim yang ditawarkan. Orang ramai juga dinasihati untuk merujuk kepada Investor Alert dan maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Orang ramai jugak dinasihatkan untuk tidak:

  • Berurusan dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah;
  • Mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka kepada mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah; dan
  • Melibatkan diri atau terbabit dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.

Anda boleh membuat semakan dengan agensi penguatkuasa untuk pengesahan, antaranya:

Sekiranya anda rasa tertipu, anda boleh melaporkan program seperti ARBA atau CWC ke Pejabat Wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia.

Baca juga: Perodua Myvi Baru 2018 Kini Dilancarkan

Leave a Reply