Permohonan Projek Fertigasi Asnaf Zakat Pulau Pinang

Para asnaf di Negeri Pulau Pinang adalah dialu-alukan untuk memohon Projek Fertigasi Asnaf Zakat.

Inisiatif Projek Fertigasi Asnaf Zakat ini diperkenalkan oleh Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama FAMA Negeri Pulau Pinang.

Zakat Pulau Pinang merupakan institusi pengurusan zakat agama Islam di Negeri Pulau Pinang yang memulakan operasi pada 27 Disember 1994 berpusat di Taman Selat, Butterworth.

Pada peringkat awal penubuhan, terdapat tiga cawangan kaunter perkhidmatan zakat telah dibuka iaitu di Taman Selat, Butterworth, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), dan di Kompleks Bukit Mertajam.

Sehingga kini, Zakat Pulau Pinang telah menambah 6 lagi cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Lebuh Buckingham dan Ayer Itam.

Mengenai Projek

Projek Fertigasi Asnaf Zakat ini diwujudkan untuk mengaplikasikan dan menyebar luas penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian kepada belia asnaf untuk menjadi usahawan tani.

Bagi pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 18 Januari 2023 hingga 27 Januari 2023.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Pulau Pinang.
  2. Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah.
  3. Berumur di antara 21 hingga 55 tahun.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi cara memohon berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/XbyJnDgHQhQNz1oi7.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan lengkap.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai inisiatif projek ini, sila hubungi Bahagian Projek Khas, Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian 04-549 8000 samb 178/154.

Leave a Comment