Pulau Perhentian adalah pusat pelancongan yang terletak di Besut, Terengganu.
Pulau Perhentian turut digelar syurga dunia adalah destinasi pusat pelancongan yang berpusarkan ekotourism.
Pulau Perhentian mempunyai 2 buah pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil di mana kedua-dua pulau ini mempunyai laut yang jernih membiru dan dipenuhi hidupan laut berwarna-warni.
Asal Usul Pulau Perhentian?
Pulau Perhentian merupakan tempat perhentian untuk kapal-kapal yang berlayar kerana kedudukan pulau ini yang strategik selain selamat dari ombak besar dan taufan.
Sejak zaman dahulu lagi, Pulau Perhentian dijadikan pulau tempat berhenti pihak British dan dicatat sebagai ‘stopping point’ di peta pelayaran meraka pada abad 19 dan 20.
Pada tahun 1970 an, pulau ini turut dijadikan tempat berlindung oleh pelarian dari Vietnam.
Oleh sebab pulau ini kerap dijadikan tempat perhentian, dikhabarkan nama Pulau ini terus dipanggil Pulau Perhentian.
Cara hendak ke Pulau Perhentian?
Kalau pengunjung dari Kuala Lumpur atau lain-lain negeri, anda bolehlah memandu sehingga ke Kuala Terengganu atau Kota Bharu dan pergi terus ke Jeti Kuala Besut.
Jika pengunjung menggunakan bas persiaran, train atau penerbangan boleh terus turun di Kuala Terengganu atau Kota Bharu dan mengambil teksi ke Jeti Kuala Besut.
Perjalanan dari Jeti Kuala Besut menggunakan bot laju ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih 40 minit dan kekerapan trip bot laju adalah selang satu jam.
Harag tiket pergi balik untuk dewasa RM 70 manakala untuk kanak-kanak RM 40.
Alamat | Fb/ Website |
Jeti, Kampung Kuala Besut, 22300 Besut, Terengganu | Kuala Besut Jetty |
Jom kita terus ke tempat menarik di Pulau Perhentian?
Tempat Menarik di Pulau Perhentian?
1. Turtle Bay Divers
Turtle Bay Divers ini terletak di kawasan titik penyu kerana ia adalah kawasan penyu banyak mencari makanan dan berenang.

Kiranya kalau anda datang ke kawasan Turtle Bay, anda mempunyai peluang untuk menyaksikan penyu.
Pulau Perhentian adalah pulau yang diwartakan sebagai taman laut jadi para pengunjung harus menjaga alam sekitar dan tidak mengganggu hidupan laut di sini.
Turtle Bay Divers menawarkan pakej PADI untuk anda yang berminat mendapatkan sijil profesional diving.
Selain daripada itu, pakej scuba diving untuk beginner juga ada di sini dengan harga RM 200 untuk satu hari di mana anda akan belajar menyelam di kawasan batu karang di bawah seliaan penyelam profesional.
Kalau anda rasa satu hari tidak cukup, anda boleh melihat pakej yang disediakan di laman web rasmi Turtle Bay Divers dan setiap pakej mempunyai waktu diving,tempat, tahap kesukaran dan harga yang berbeza.
Kiranya ini adalah syurga untuk peminat scuba diving dan jangan takut untuk beginners kerana anda akan dilatih oleh jurulatih yang bertauliah.
Alamat | Fb/ Website |
Pulau Perhentian, 22300 Kampung Kuala Besut, Terengganu, Malaysia, Kampung Kuala Besut, Malaysia | Turtle Bay Divers |
2. Pasir Panjang
Pasir Panjang adalah tempat tumpuan pelancongan di Pulau Perhentian Kecil terutama buat anda kaki travel solo atau sekadar datang untuk bersukaria di pulau.
Antara tempat penginapan yang terdapat di Pasir Panjang adalah Mimpi Perhentian Resort.

Mimpi Perhentian Resort adalah hotel 4 bintang yang menawarkan suasana moden dan fasiliti seperti kolam renang air garam untuk dewasa, spa, diving centre, pusat rerekreasi, restoran, snack bar, dan juga kiosk cenderamata.
Terdapat banyak jenis bilik seperti suite, deluxe dan superior yang anda boleh pilih untuk mendapatkan harga dan promosi terbaru di laman web Mimpi Perhentian Resort .
Alamat | Fb/ Website |
Long Beach, Pulau Perhentian Kecil, 22300 Kuala Besut, Terengganu, Malaysia. | Mimpi Perhentian Resort |
Bubu Villa juga salah satu penginapan terkenal di Pasir Panjang namun Bubu Villa adalah penginapan mewah yang mempunyai hanya 18 Villa di bahagian selatan Pasir Panjang menjadikan ia syurga untuk penggemar alam semula jadi penuh dengan privasi.

Kemudahan yang disediakan di villa mewah ini adalah spa, snorkeling, hiking, secret beach picnic, sunset cruise, island hopping, fishing trip, dan makan malam candle light.
Seperti terperangkap di dalam syurga adalah catchphrase villa ini mungkin pengalaman bermalam dan servis layanan tip top di villa ini mampu membuatkan anda berasa seperti di kayangan.
Anda boleh melayari laman wae rasmi Bubu Villa untuk mendapatkan harga promosi yang terkini.
Alamat | Fb /Website |
Long Beach, Perhentian Islands, Terengganu, Malaysia. | Bubu Villa |
Sebenarnya Pulau Perhentian Kecil terkenal kerana lambakan penginapan mampu milik dan sering menjadi pilihan pelancong dengan bajet kecil dan juga backpacker.
Harrera adalah penginapan yang menawarkan pakej dari serendah RM 100 semalam untuk para pengunjung yang ingin menetap di kawasan Pasir Panjang.

Chalet Harrera terletak di atas bukit jadinya anda akan dapat mel;ihat pemandangan yang lebih menyeluruh dan lebih indah terutama sewaktu fajar pagi mula menyinsing.
Satu lagi keunikan Harrera adalah semua chaletnya diperbuat daripada kayu-kayan balak dan mempunyai struktur bangunan tradisional.
Harrera menyediakan kemudahan wifi percuma kepada penginap.
Alamat | Fb/ Website |
Long Beach, Kampung Pasir Panjang, 22300, Terengganu, Malaysia | Harrera |
Peringatan untuk pengunjung yang membawa ahli keluarga disebabkan banyak bar dibuka di kawasan Pasir Panjang dan juga ia mempunyai kehidupan malam yang mungkin tidak sesuai untuk remaja bawah umur.
3. Coral Bay
Coral bay terletak berdekatan dengan Pasir Panjang lebih kurang 5-10 minit tempoh jalan kaki sahaja.
Coral Bay selalu dikunjungi untuk aktiviti snorkeling, dan aktiviti pantai yang lain.
Selain Pasir Panjang, Coral Bay mempunyai banyak penginapan dari murah hingga ke mahal.
Antara chalet murah di Coral Bay adalah Senja Bay Resort dengan harga bilik untuk satu malam bermula pada RM 76 sahaja.
Senja Bay Resort mempunyai kemudahan restoran yang dibuka dari pukul 7 pagi hingga 11 malam menyajikan makanan melayu dan western.
Haa pendek kata, kalau lepas aktiviti snorkeling ataupun anda berasa lapar waktu malam, anda tidak perlu risau.
Selain itu, wifi percuma, dan kelengkapan snorkeling untuk disewa juga disediakan.

Alamat | Fb/ Website |
Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil, 22300 Besut, Terengganu | Senja Bay Resort |
4. Perhentian Island Resort
Pulau Perhentian Besar adalah lebih sesuai untuk pengunjung yang bersama keluarga.
Perhentian Island Resort adalah resort yang terletak di Pulau Perhentian Besar selain ia mesra kanak-kanak.

Fasiliti yang disediakan di resort ini adalah kolam renang mesra kanak-kanak, sea sports, restoran, sukan pantai seperti bola tampar,dan bot transfer.
Harga promosi boleh dilihat pada laman web rasmi Perhentian Island Resort.
Alamat | Fb/ Website |
Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu | Perhentian Island Resort |
5. Lata Air Berani
Lata Air Berani adalah satu tempat yang unik kerana merupakan satu-satunya sumber mata air bersih di Pulau Perhentian.

Khabarnya kolam kecil ini terjadi secara semula jadi dan sesiapa yang mandi di sini pasti merasa segar kerana kesejukan airnya.
Lagi satu mitos tentang sesiapa yang mandi di sini akan bertemu jodoh.
Haa..sesiapa yang bujang bolehlah mencuba nasib anda..
Haa buat yang berkeluarga, lepas letih bermandi-manda di laut bolehlah sejukkan diri di Lata Air Berani pula kan?
Alamat |
Lata Air Berani, Pulau Perhentian Besar, Terengganu |
Semoga perkongsian artikel kali ini dapat membantu anda serba sedikit dalam merancang percutian ke Pulau Perhentian kerana Pulau Perhentian adalah pusat pelancongan yang harus anda pergi walaupun sekali seumur hidup.
Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini
Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan
Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan
Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi
Baca: Pulau Jerejak
Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser
Baca: Tempat Menarik di Johor
Baca: Tempat Menarik di Melaka
Baca: Tempat Menarik di Perak