Pulau Jerejak

Pulau Jerejak terletak di Pulau Pinang dan setiap kali anda dalam perjalanan ke Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang yang pertama, anda pasti dapat melihat Pulau Jerejak di sebelah kiri anda.

Pulau Jerejak yang agak besar itu kelihatan sunyi dan misteri bukan?

Pulau Jerejak dikenali sebagai pulau yang penuh sejarah gelap dalam kalangan penduduk Pulau Pinang sendiri.

Haa..jom kita baca sejarah pulau ini.

Sejarah Pulau Jerejak?

Sebelum pembukaan Pulau Pinang oleh kolonial British, Francis Light terlebih dahulu singgah ke Pulau Jerejak pada awal tahun 1986.

Francis Light yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang sempat singgah dulu melihat Pulau Jerejak dan meninjau potensi pulau itu.

Kalau anda hendak tahu Fort Cornwallis yang kini berada di tengah kota Georgetown berdekatan dengan Esplenade ataupun Padang Kota Lama pernah dicadangkan untuk dibuka di atas Pulau Jerejak.

Fort Cornwallis dibina sebagai tugu pertahanan British itu ingin dijadikan tempat pengawalan Jamestown ataupun Bayan Lepas disamping dijadikan markas tentera British.

Cadangan oleh Kolonel Arthur Wellesley pada tahun 1797 ini disebabkan wabak malaria yang tercetus secara besar-besaran hingga mempunyai jumlah korban yang tinggi selain mengorbankan James Light sendiri pada tahun 1794.

Light yang ingin membangunkan sebuah tapak pelabuhan dan perdagangan di Georgetown yang ketika itu dikenali sebagai Tanjong Penaga mengupah orang-orang Melayu untuk menebang dan membersihkan kawasan hutan dan disebabkan itu, terjadi wabak malaria yang dibawa oleh nyamuk Malaria.

Tragedi berdarah itu membuatkan Kolonel Arthur Wellesley tidak berkenan dengan tapak Fort Cornwallis sekarang namun akhirnya dibantah oleh pihak British kerana keuntungan dan kemajuan pelabuhan di kawasan itu.

Sejarah Pulau Jerejak berkaitan rapat dengan sejarah pembukaan awal Pulau Pinang.

Francis Light ketika itu mengisytiharkan kepada para pendatang mereka boleh memiliki tanah-tanah yang mereka jumpa dan bersihkan di Pulau Pinang.

Hal ini menyebabkan lambakan pendatang yang datang untuk mencuba nasib di Pulau Pinang.

Bagi membendung kemasukan pendatang yang tidak terkira, pada tahun 1910, Pulau Jerejak dijadikan tempat kuarantin pendatang dan wajib diperiksa kesihatan mereka sebelum memasuki Pulau Pinang untuk membendung penyakit berjangkit.

Sejarah gelap Pulau Jerejak dikatakan bermula pada tahun 1930 apabila sebuah hospital kusta dibina di situ.

Rupanya penyakit kusta mula tersebar pada tahun 1868 dan disebabkan penyakit kusta ini membuatkan pesakit menderitai penyakit kulit yang seperti melepuh hal ini membuatkan kerajaan takut sekiranya penyakit ini berjangkit melalui sentuhan.

Sebuah undang-undang dikenali sebagai Akta Enakmen Kusta dibuat pada tahun 1926 yang mewajibkan pengasingan pesakit kusta daripada penduduk yang sihat.

Dikhabarkan lebih 7000 pesakit kusta ditempatkan di hospital kusta yang terletak di bahagian timur Pulau Jerejak.

Namun pada tahun 1969 setelah kajian terperinci dilakukan dan membuktikan penyakit kusta tidak berjangkit melalui sentuhan, pesakit kusta dipindahkan ke Hospital Buluh, Selangor.

Satu lagi sejarah berkenaan pesakit batuk kering, selepas perang dunia ke dua wabak batuk kering pun melanda.

Batuk kering ataupun dikenali sebagai TB adalah disebabkan bakteria yang membuatkan pesakit batuk berterusan sehingga mengeluarkan darah yang banyak.

Disebabkan penyakit TB boleh berjangkit melalui udara, pesakit diasingkan dan diletakkan di selatan Pulau Jerejak pada tahun 1948 setelah sebuah hospital batuk kering dibina.

Pulau Jerejak turut dikatakan menjadi tempat tahanan perang dunia ke dua yang menyimpan tahanan dari Jepun namun setelah Jepun menyerah kalah, tahanan dibebaskan utuk pulang ke Jepun kembali,

Pada tahun 1969, Jambatan Penjara Malaysia mengambil alih Pulau Jerejak dengan menjadikan Pulau Jerejak sebagai penjara keselamatan tinggi kerana kedudukan pulau yang di tengah laut dalam pada ketika itu.

Antara tahanan pada ketika itu adalah perusuh insiden 13 Mei yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda sehingga terpaksa diletakkan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan Awam dan Pencegahan Jenayah 1969).

Pada tahun 1985, tahanan penjara yang ditangkap atas kesalahan dadah turut dipenjarakan di situ.

Namun, pada tahun Ogos 1993 penjara ini ditutup ekoran rusuhan 100 orang tahanan yang berjaya memusnahkan sebahagian dari bangunan penjara itu.

Haa..panjang lebar sejarah Pulau Jerejak kan?

Cara hendak ke Pulau Jerejak?

Pulau Jerejak mempunyai jetinya, para pengunjung boleh menaiki bot dengan harga RM 22 untuk dewasa dan RM 18 untuk kanak-kanak.

Jeti Pulau Jerejak terletak berdekatan dengan Tropical Bay Residences dan dari Jambatan Pulau Pinang adalah lebih kurang 23.8 km.

Servis bermula pada pukul 7 pagi hingga 7 malam dan sila pastikan anda menyimpan tiket bot untuk perjalanan pergi dan balik anda.

Jom kita ke tempat menarik di dalam Pulau Jerejak?

Apa yang menarik di Pulau Jerejak?

1. Jerejak Island Resort

Jerejak Island Resort dibuka pada tahun 2018 ini adalah resort yang kedua yang berjaya dibuka di Pulau Jerejak.

Jerejak Island Resort

Dikhabarkan banyak usaha dari pemaju untuk membangunkan kawasan pulau ini tetapi tidak mendapat sokongan.

Jerejak Island Resort mempunyai fasiliti seperti kolam renang, gym, restoran, tempat memanah, basikal sewa, jungle trekking, dan wifi berkelajuan tinggi.

Berdasarkan laman facebook rasmi Jerejak Island Resort kini ditutup disebabkan wabak Covid 19 yang melanda satu dunia bermula 2019 dulu dan masih berlarutan sehingga kini.

AlamatFb/Website
No. 1, Mk. 13, Daerah Timur Laut, Pulau Jerejak, (17.50 km)
11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
Jerejak Island Resort

2. Sun Yi Villa

Sun Yi Villa adalah salah satu penginapan yang terdapat di Pulau Jerejak.

Antara kemudahan yang disediakan di Sun Yi Villa adalah wifi, kolam renang, restoran, gym, taman permainan, bilik game dan spa.

Sun Yi Villa Pulau Jerejak
Sun Yi Villa

Bayangkan percutian yang tenang di dalam Pulau Jerejak yang penuh dengan hutan yang menghijau sambil menghadap laut yang biru.

Pastinya ia akan menjadi percutian yang tidak akan dilupakan.

AlamatFb/Website
Sun Yi Villas. Daerah Timur Laut., 11900 Pulau JerejakSun Yi Villa

3. Taman LED

Apabila anda bermalam di Pulau Jerejak, anda harus datang ke Taman LED yang dilimpahi lampu neon berwarna warni untuk mengabadikan kenangan dalam bentuk gambar.

Taman LED ini terletak di kawasan Jerejak Island Resort.

Taman Led Pulau Jerejak
Jerejak Island Resort

Disebabkan Pulau Jerejak di kelilingi hutan dan apabila malam menjelma kawasan pulau ini menjadi sunyi dan gelap gelita kecuali di kawasan yang dipenuhi lampu, bayangkan anda dan pasangan datang berbulan madu di sini.

AlamatFb/Website
No. 1, Mk. 13, Daerah Timur Laut, Pulau Jerejak, (17.50 km)
11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
Jerejak Island Resort

4. Jungle Trekking

Pengunjung yang datang sekadar untuk melihat sekitar pulau ini boleh melakukan aktiviti jungle trekking di trail yang disediakan.

Jungle Trekking

Setelah Covid 19 melanda, disebabkan Jerejak Island Resort ditutup ramai pelancong yang datang sekadar beriadah di Pulau Jerejak dan tidak bermalam di pulau ini.

5. Aktiviti Memancing

Kalau anda hendak tahu laut di sekitar Pulau Jerejak ini penuh dengan pelbagai jenis ikan seperti kerapu, ketuka, ikan duri, ikan siakap dan macam-macam lagi lah.

Kalau anda bernasib baik anda mampu mendapatkan ikan yang bersaiz besar, memang sedap ikan segar dari laut.

Kebanyakan kaki pancing yang datang adalah sekadar melakukan sport fishing atau sekadar memancing sebagai hobi sahaja.

Kalau anda hendak membeli umpan udang hidup ia ada dijual di kedai kecil yang terletak di bawah jambatan Pulau Pinang yang pertama.

6. Tempat Bergambar

Jeti Pelangi adalah tempat pertama yang akan menarik perhatian anda sesampainya anda ke Pulau Jerejak.

Patung-patung ukiran seperti firaun turut dipamerkan.

Antara tempat bergambar yang menjadi rebutan adalah tangga berwarna putih ini.

Tempat Bergambar Pulau Jerejak

Haa, tempat-tempat bergambar di sini memang ‘instaworthy’ lah untuk anda yang kaki insta.

Sebenarnya banyak pembangunan yang dirancang untuk membangunkan lagi pulau ini tetapi mendapat banyak tentangan selain Covid 19 yang melanda negara juga.

Walaubagaimanapun, Pulau Jerejak masih lagi menunggu kedatangan anda tidak kiralah kaki hiking, kaki pancing, kaki insta ataupun kaki cerita mistik.

Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini

Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan

Baca: Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan

Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi

Leave a Comment