Pulau Rawa yang dikenali sebagai Maldives of Johor adalah destinasi percutian menarik untuk anda yang mahukan ketenangan fikiran jauh dari hiruk pikuk kota.
Pulau Rawa terletak di bawah negeri Johor Darul Takzim dan khabarnya dimiliki oleh keluarga kerabat Diraja Johor juga.
Jom kita terus ke asal usul nama Pulau Rawa.
Asal Nama Pulau Rawa
Pulau Rawa yang bersaiz sederhana ini dikatakan mendapat nama sempena dengan kewujudan burung merpati putih ataupun dikenali oleh penduduk lokal sebagai burung Rawa.
Para pengunjung pasti akan dapat melihat populasi burung merpati putih yang banyak di sekitar Pulau Rawa ini.
Haa..jadi anda semua sudah tahu misteri di sebalik nama pulau ini bukan?
ok..jom kita terus ke cara hendak datang ke Pulau Rawa yang indah ini!
Cara Hendak Ke Pulau Rawa, Johor
Perjalanan memandu dari Kuala Lumpur akan mengambil masa lebih kurang 5 jam bergantung kepada trafik dan pemandu itu sendiri.
Di Jeti Mersing, pengunjung boleh meletakkan kereta di tempat letak kereta berbayar yang disediakan.
Pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan kapal terbang, Lapangan Terbang Senai Johor adalah yang terdekat dengan Mersing dengan jarak perjalanan lebih kurang 2 jam setengah.
Pulau Rawa berada di bawah daerah Mersing dan kebanyakan pengunjung akan menggunakan bot dari Jeti Mersing.
Di Jeti Mersing, pengunjung harus menunggu bot dan selalunya pengunjung yang datang ke Pulau Rawa telah membuat tempahan penginapan.
Pihak penginapan selalunya akan menguruskan bot laju untuk mengambil pengunjung kerana ia termasuk dalam pakej penginapan.
Penggunaan bot laju dari Jeti Mersing untuk ke Pulau Rawa mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Pengunjung yang mempunyai masalah mabuk laut dinasihatkan untuk membawa bekalan ubat-ubatan.
Waktu Terbaik Untuk Melawat Pulau Rawa, Johor
Kedudukan Pulau Rawa yang terletak di Laut Cina Selatan namun ombak pantainya selalunya tenang sahaja namun dinasihatkan untuk lebih berwaspada pada musim monsoon dan hujan.
Waktu terbaik untuk melawat Pulau Rawa adalah pada bulan Mac hingga bulan Oktober.
Walaubagaimanapun Pulau Rawa tetap dibuka sepanjang tahun kepada pelancong yang ingin berkunjung ke pulau itu.
Hal ini menjadikan Pulau Rawa sebagai destinasi percutian menarik di Johor.
Penginapan di Pulau Rawa
Pulau Rawa ini adalah pulau persendirian dan ia juga tidak terlalu besar maka hanya terdapat 2 buah penginapan sahaja di Pulau Rawa.
1. Rawa Island Resort
Rawa Island Resort adalah tempat penginapan mewah yang mempunyai 4 jenis villa untuk anda pilih berdasarkan pemandangan yang anda inginkan.

Antara 4 Villa untuk dipilih adalah Hillside Deluxe, Beachfront, Frangipani, dan Waterfront dengan setiap satunya mempunyai harga penginapan yang berbeza.

Penginapan yang paling murah ialah Hillside Deluxe yang bermula pada harga RM 2040 untuk pakej 2 malam bersama makanan 3 kali sehari serta tiket bos pergi balik ke Jeti Mersing.
Anda boleh melihat pelbagai pakej penginapan di laman web rasmi Rawa Island Resort kerana terdapat banyak pakej yang menarik untuk anda sesuaikan dengan bajet percutian anda.
Alamat | Website/Fb |
Pulau Rawa, Mersing, Johor | Rawa Island Resort Malaysia |
2. Alang’s Rawa
Alang’s Rawa adalah penginapan yang lebih murah berbanding Rawa Island Resort dan mempunyai pelbagai pilihan penginapan.

Antara penginapan di sini adalah Beach House, Coconut Tree Group, Coconut Tree, Little A Frame dan Jungle Side.
Alang’s Rawa amat sesuai untuk para muda-mudi yang ingin bersuka-ria kerana terdapat bilik-bilik yang sesuai untuk pengunjung berjumlah ramai hingga memuatkan12 orang.
Pendek kata, percutian di Alang’s Rawa pasti akan membuatkan anda seronok dengan bajet yang lebih jimat.
Alamat | Website/Fb |
Pulau Rawa, Mersing, Johor | alangsrawa.com |
Jom kita tengok pula aktiviti-aktiviti yang menjadikan Pulau Rawa sebagai destinasi percutian menarik di Johor.
Aktiviti Menarik di Pulau Rawa
1. Gelongsor Air di Jeti Pulau Rawa
Pengunjung yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Rawa pasti akan teruja melihat sktruktur gelongsor air yang disediakan oleh Rawa Island Resort.

Terdapat 2 jenis gelongsor air yang dibezakan melalui warna dan bentuknya.
Gelongsor air warna oren adalah lebih curam dan sesuai untuk anda yang gemarkan lebih thrill manakala gelongsor air biru lebih lurus dan lebih basic sesuai untuk pengunjung yang bukan daredevil.
Bayangkan anda dapat menggelongsor terus masuk ke permukaan air laut yang jernih dan membiru, pastinya ia satu pengalaman yang tidak dapat anda lupakan.
2. Melawat Cactus Garden
Haa..bayangkan di pantai pasir memutih dengan laut jernih membirunya anda dapat melihat keindahan tanaman kaktus yang ditanam di Rawa Island Resort.

Kebun kaktus ini dapat dilihat berdekatan dengan trail mememanjat bukit.
3. Aktiviti Hiking dan Jungle Trekking
Pengunjung yang inginkan percutian yang proaktif serta menyihatkan bolehlah memanjat bukit di Pulau Rawa untuk melihat keindahan sekitar Pulau Rawa.

Terdapat trail yang disediakan di pulau ini untuk aktiviti-aktiviti ini.
Kebiasaanya banyak pengunjung yang akan memanjat ke puncak bukit bagi mendapatkan pemandangan ketika matahari terbit atau terbenam selain melihat pemandangan laut cina selatan yang tenang lagi membiru.
4. Merehatkan diri di Spa Rawa Island Resort
Bayangkan percutian yang hampir sempurna dengan memanjakan diri anda dengan perawatan diri seperti spa mewah sambil menikmatipemandangan laut cina selatan.

Rawa Island Resort menawarkan servis spa dengan pelbagai pakej bermula dengan harga serendah RM 90.00 untuk urutan kaki ataupun urutan bahu sehingga ke pakej mewah untuk pasangan yang berharga RM 800.00.
Spa ini dibuka bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan memerlukan pelanggan untuk melakukan tempahan lebih awal.
5. Aktiviti Air :Diving dan Snorkeling
Pulau Rawa terletak berdekatan dengan Taman Marin jadi aktiviti laut seperti jetski yang berpotensi untuk menggagu ekosisitem laut adalah dilarang.

Namun aktiviti air seperti snorkeling dan diving adalah dibenarkan.
Pengunjung akan dapat melihat ekosistem laut yang sihat dan berwarna-warni seperti terumbu karang dan ikan-ikan melalui aktiviti snorkeling.
Walaubagaimanapun, buat pengujung yang inginkan pengalaman menyelam, anda haruslah mempunyai sijil profesional menyelam oleh PADI.
Tips Untuk Datang Ke Pulau Rawa
Pengunjung harus tahu bahawa makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk ke Pulau Rawa demi menjaga kelestarian pulau ini.
Semua pengunjung akan dapat menjamu selera di tempat penginapan yang telah anda pilih.
Pengunjung diingatkan untuk membawa duit lebih atau card yang boleh digunakan untuk kecemasan ataupun aktiviti ekstra seperti aktiviti air dan sebagainya yang tidak termasuk dalam pakej penginapan.
Baca: Tempat Menarik Di Janda Baik: Ini Antara Mercu Tanda Popular Di Sini
Baca: Tempat Menarik Di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan
Baca:Tempat Menarik di Selangor Darul Ehsan
Baca: Tempat Menarik di Bukit Tinggi
Baca: Pulau Jerejak
Baca: Tempat Menarik di Bukit Fraser
Baca: Tempat Menarik di Johor
Baca: Tempat Menarik di Melaka
Baca: Tempat Menarik di Perak