Informasi

Jalan Pintas Rawang Bypass Diiktiraf Jambatan Tertinggi di Malaysia

Selepas 12 tahun pembinaan Rawang Bypass kini memulakan operasinya pada 29 November lalu.

Projek jalan pintas antara Rawang – Serendah ini adalah projek paling mahal di Malaysia yang menelan kos belanja RM630 juta.

Rawang Bypass juga merupakan lebuh raya dan jambatan tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 60m dari atas tanah.

Laluan alternatif sepanjang 23 kilometer itu akhirnya dapat dimanfaatkan 30,000 pengguna, khususnya penduduk bandar Rawang yang terpaksa berdepan kesesakan jalan raya untuk ke bandaraya Kuala Lumpur.

Rawang Bypass: Jambatan Tertinggi di Malaysia

rawang bypass

Menariknya mengenai projek jambatan ini ialah menggunakan sistem Movable Scaffolding System (MSS) dari Eropah untuk menjaga ekosistem alam semulajadi. Ianya untuk mengelak dari mesin-mesin jatuh dan sekaligus merosakkan pokok.

Menurut Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, keunikan jalan pintas itu ialah pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus terutamanya pada waktu pagi. Selain itu, pemandu juga dapat melihat pemandangan panaroma bandar Rawang.

Terletak di kawasan Taman Warisan Negeri Selangor, rekaan jambatan tersebut khas demi memelihara spesies pokok Giam Kanching. Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) yang mencatatkan sejarah sebagai jambatan tertinggi di Malaysia.

Bca juga: Lokasi AES 2018

Ia dilaksanakan secara ‘Design and Build’ dan melibatkan jajaran melalui Taman Warisan Negeri Selangor (Elevated Structure).

Jajaran yang terlibat telah ditentukan hasil kajian oleh Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Malaysia. Projek ini telah dipertanggungjawabkan kepada pasukan projek JKR untuk pengurusan dan pengawasan pembinaan sepenuhnya.

Pemilihan jajaran adalah untuk mempastikan kesan sosial dan alam sekitar yang minima terhadap penduduk dan persekitaran Bandar Rawang serta Hutan Rimba Templar.

Leave a Reply