Penduduk Sarawak yang merupakan Ketua Isi Rumah dan tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) namun tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang boleh membuat rayuan BKSS.
Bantuan ini berbentuk tunai sebanyak RM250 sebulan diberikan dalam tempoh 6 bulan, bermula April 2020 sehingga September 2020.
Apakah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)?
Ia adalah satu pendekatan bantuan untuk jangka pendek yang berfokuskan kumpulan berpendapatan rendah (B40) dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan.Manakala kumpulan bujang yang berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan.
Penerima BKSS yang mempunyai akaun simpanan bank akan menerima bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam akaun simpanan secara bulanan sebanyak RM250 untuk enam (6) bulan bermula dari 15 April 2020 sehingga 15 September 2020.
Kaedah pembayaran secara konvensional juga akan diambil kira bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada golongan sasaran ini.
Jadual Pembayaran BKSS
Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
- Bulan Pertama : 15 April 2020 – RM250
- Bulan Kedua : 15 Mei 2020 – RM250
- Bulan Ketiga : 15 Jun 2020 – RM250
- Bulan Keempat : 15 Julai 2020 – RM250
- Bulan Kelima : 15 Ogos 2020 – RM250
- Bulan Keenam : 15 September 2020 – RM250
Bagi yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan akan dibayar dalam 2 fasa:
- Fasa Pertama (RM750): selepas 17 April 2020; dan
- Fasa Kedua (RM750): selepas 17 Julai 2020.
Syarat Kelayakan Memohon Rayuan BKSS
Bagi mereka yang memenuhi kriteria-kriteria bantuan khas ini tetapi tidak tersenarai sebagai penerima BKSS, anda boleh membuat rayuan BKSS.
Untuk makluman, kriteria-kriteria kelayakan rayuan BKSS adalah seperti berikut:
- Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 yang mana jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan; atau
- Bujang (berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun) dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan
Baca juga : Permohonan Dan Semakan Bantuan Khas Ibu Tunggal 2020
Cara Memohon Rayuan BKSS
Permohonan rayuan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang sama ada secara online atau manual.
Cara memohon rayuan BKSS adalah dengan langkah berikut:
- Muat turun borang Rayuan BKSS dari laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan.
- Sila isikan maklumat lengkap dalam borang dan hantar borang tersebut kepada Pejabat Daerah yang berdekatan dengan alamat pemohon.
- Permohonan rayuan juga boleh dibuat secara atas talian di laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan
- Pemohon digalakkan untuk membuat rayuan atas talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung untuk mengurangkan pergerakan orang awam.
Tempoh rayuan adalah dari 18 April hingga 28 April 2020.
Cara Semakan BKSS Dan Status Pembayaran
Keputusan rayuan boleh disemak selepas 15 Jun 2020 melalui laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan
Klik pada pautan di bawah untuk membuat semakan:

Baca juga : Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2021 (Zakat Pulau Pinang)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) dalam infografik di bawah.


Salurkan pertanyaan anda melalui pautan Talikhidmat online di https://talikhidmat.sarawak.gov.my/talikhidmat/web/home/feedback
ATAU
Hubungi talian 082-555 999 atau e-mel: 555999@sarawak.gov.my