Rayuan BPN 2.0 & Permohonan Baru Mulai 15 Okt-15 Nov 2020

Sekiranya anda tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0 yang diumumkan di laman web mulai 15 Oktober yang lalu, rayuan BPN 2.0 dan permohonan baru BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020 (1 bulan).

Penerima BPN 2020 di bawah kategori bujang dan telah berkahwin juga layak untuk membuat rayuan BPN 2.0 / permohonan baharu mulai hari ini di bawah kategori isi rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.

Syarat Kelayakan Permohonan Baru BPN 2.0

Pemohon yang layak membuat permohonan baharu BPN 2.0 adalah bukan penerima BPN 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

i. Kategori B40

a) Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.

b) Bujang

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

c) Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

ii. Kategori M40

a) Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
  • Pendapatan Isi Rumah bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000.

b) Bujang

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000.

c) Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Alasan Tidak Layak BPN 2.0

Jika anda telah membuat permohonan tetapi menerima status ‘Tidak Layak’, alasan yang akan dikemukakan adalah seperti berikut:

  1. Duplikasi permohonan – Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan
  2. Pemohon / pasangan mempunyai syarikat – Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan.
  3. Pendapatan melebihi kelayakan – Semakan data agensi mendapati pendapatan – Bujang / Isi Rumah melebihi kelayakan.
  4. Menetap luar negara – Pemohon berada di luar negara

Cara Permohonan Baru & Rayuan BPN 2.0

Permohonan BPN 2.0 boleh dibuat melalui 2 cara berikut iaitu:

  1. Secara dalam talian melalui laman web https://bpn.hasil.gov.my; atau
  2. Penghantaran borang manual ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.

Borang permohonan baru BPN 2.0 dan rayuan boleh dimuat turun di SINI.

NOTA: Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan kerana kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Semakan Status Permohonan Baru & Rayuan BPN 2.0

Permohonan baharu BPN 2.0 akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup.

Langkah membuat semakan BPN 2.0 adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web rasmi BPN 2.0 di pautan https://bpn.hasil.gov.my
  2. Klik ‘Semakan Status’
  3. Masukkan Nombor MyKad di ruang yang disediakan
  4. Klik ‘Carian’
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan dan masukkan aksara di ruang yang disediakan
  6. Klik ‘Semak’

Jumlah Bayaran BPN 2.0 Yang Akan Diterima

Jika permohonan dan rayuan BPN 2.0 telah diluluskan, pemohon akan menerima bayaran bantuan BPN 2.0 sekaligus pada Januari 2021.

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

rayuan bpn 2.0

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat melalui akaun bank yang didaftarkan pada borang permohonan ATAU tuntutan secara tunai melalui BSN.

Jika anda masih belum mempunyai akaun bank online, anda boleh merujuk Cara Daftar BSN Online Banking & Login myBSN 2020 ini.

Maklumat Lanjut

HASIL CARE LINE
03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) 
Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat (9.00 am hingga 5.00 pm )

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan juga boleh diketahui melalui Soalan Lazim (FAQ) lengkap yang telah dikemaskini di SINI.

Sila follow Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut dan update terkini tentang status rayuan BPN 2.0.

Ingat, elakkan diri anda daripada menjadi mangsa scammer dan jangan dedahkan maklumat sulit anda kepada sesiapa.

Rujukan (1) (2)

Leave a Comment