Permohonan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan 2023

Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan Rumah Harapan Rakyat untuk rakyat di Negeri Sembilan dengan bayaran hanya serendah RM238 sebulan sahaja.

Rumah Harapan Rakyat merupakan inisiatif yang telah diumumkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin bin Harun bagi memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah di Negeri Sembilan untuk memiliki rumah pada harga yang berpatutan.

Orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan mulai 16 April 2023 sehingga 14 April 2023.

Harga Yang Ditawarkan

Rumah ini ditawarkan pada harga RM85,000 bagi seunit dengan deposit yang dikenakan adalah 5% atau RM3,750.

Pemohon yang layak akan ditawarkan pinjaman sehingga RM75,000 manakala baki RM10,000 akan disubsidi oleh kerajaan negeri.

Yuran guaman untuk pembelian rumah ini adalah percuma.

Bayaran Balik

Kadar bayaran balik yang akan dikenakan adalah sebanyak RM238 sebulan dengan tempoh bayaran balik pinjaman pembiayaan adalah selama 300 bulan atau 25 tahun.

Syarat Permohonan

Pemohon perlu memenuhi syarat permohonan yang dikenakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
  2. Keutamaan kepada yang telah berkahwin.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
  5. Memiliki tanah (hak milik/perkongsian). Tanah tersebut hendaklah bersesuaian bagi pembinaan rumah dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
  6. Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi atau 232 meter persegi.
  7. Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar dan boleh diakses oleh kenderaan berat.
  8. Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.

Cara Memohon

Cara memohon rumah ini adalah seperti berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.pknns.gov.my/perkhidmatan/muat-turun-dokumen/rumah-harapan-rakyat-1.
  2. Muat turun borang permohonan tersebut.
  3. Lengkapkan borang tersebut dengan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan beserta dengan dokumen yang diperlukan ke pejabat daerah terdekat atau ke alamat berikut:

    Bahagian Pengurusan Strategik,
    23-H, Tingkat Bawah, Jalan Zaaba,
    70100 Seremban,
    Negeri Sembilan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan pasangan (isteri/suami).
  3. Salinan kad pengenalan penjamin.
  4. Salinan sijil nikah/salinan daftar perkahwinan/sijil cerai/sijil kematian.
  5. Salinan kad pengenalan atau sijil lahir/mykid anak atau tanggungan.
  6. Salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini pemohon.
  7. Salinan perakuan pendaftaran syarikat dari suruhanjaya syarikat malaysia (SSM) (Jika berkaitan).
  8. Slip gaji terkini pemohon – 3 bulan terakhir.
  9. Slip gaji terkini pasangan (isteri/suami) – 3 bulan terakhir (jika berkaitan).
  10. Surat pengesahan pendapatan yang telah lengkap diisi dan disahkan (jika berkaitan).
  11. Penyata KWSP pemohon (jika berkaitan).
  12. Penyata KWSP pasangan (isteri/suami) (Jika berkaitan).
  13. Gambar rumah terkini (jika ada).
  14. Gambar tapak cadangan (pelbagai sudut).
  15. Salinan hakmilik tanah.
  16. Salinan sijil carian rasmi.
  17. Pengesahan ketua adat (jika berkaitan).
  18. Surat akuan kebenaran pemilik tanah (jika berkaitan).
  19. Maklumat eKasih (jika berkaitan).

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Rumah Harapan Rakyat ini, hubungi pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan di talian 06-761 6871.

Leave a Comment