Pendidikan

SAPS Ibu Bapa: Semak Slip Peperiksaan Pelajar 2017

SAPS Ibu Bapa atau sistem analisis peperiksaan sekolah diperkenalkan untuk memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak secara online.

Selain itu, SAPS juga digunakan di dalam peperiksaan percubaan seperti Peperiksaan Percubaan SPM 2017.

Sistem ini juga bertujuan sebagai pelengkap toolkit pembangunan sekolah (SIT).

Semua guru mata pelajaran dan guru kelas wajib markah ujian bulanan dan ujian akhir tahun (termasuk ujian percubaan) ke dalam sistem SAPS.

saps ibu bapa 2017

Manual Semakan SAPS Ibu Bapa

Semakan SAPS Ibu Bapa boleh dibuat di laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Ibu bapa hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan pelajar atau sijil lahir. Kemudian pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah sebelum klik button semak.

  1. Sila login ke alamat berikut www.sapsnkra.moe.gov.my
  2. Pilih butang SEMAKAN IBUBAPA
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan pelajar
  4. Kemudian pilih Sekolah Menengah dan Tahun peperiksaan yang perlu (Contoh : 123456789101, Sekolah Menengah, 2012)
  5. Kemudian klik SEMAK LAPORAN
  6. Pilih jenis Keputusan Peperiksaan yang ingin diperolehi (Contoh : PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN Kemudian pilih sama ada Papar Slip Keputusan / Papar Markah Peperiksaan)

Berikut kami kongsikan gred pemarkahan sekolah rendah dan menengah.

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D  Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D  Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

Takwim Kemasukan Markah Peperiksaan 2017

Di bawah pula merupakan takwim yang digunakan untuk memasukkan markah peperiksaan 2017 ke dalam sistem SAPS Ibu Bapa.

Jadi berpandukan takwim ini, ibu bapa boleh membuat semakan SAPS mengikut jadual yang disediakan tahun ini.

  • Peperiksaan Pertengahan Tahun (18 Mei – 16 Jun)
  • Peperiksaan Percubaan Tahun 6 (20 Julai – 18 Ogos)
  • Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5 (14 September – 16 Oktober)
  • Peperiksaan Akhir Tahun (2 November – 24 November)

Tarikh yang sama boleh diguna pakai bagi tahun 1-5 dan tingkatan 1,2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan sistem SAPS, anda boleh hubungi pihak sekolah atau download manual penggunaan SAPS di sini.

saps nkra

Soalan Lazim SAPS 2017

Berikut antara isu yang terjadi ketika proses log in ke dalam sistem analisis peperiksaan sekolah 2017.

Q: Saya tak dapat login SAPS Ibu Bapa

A: Masalah ini terjadi disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar. Kesilapan huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan juga menyebabkan pengguna tidak boleh login ke dalam sistem. Untuk selesaikan masalah ini sila hubungi HELPDESK.

Q: Bolehkah saya mengubah ID atau Password?

A: Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja boleh menukar ID atau password pengguna dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah:

tukar password saps ibu bapa

manual saps ibu bapa

Login SAPS NKRA Ibu Bapa

Sekiranya ibu bapa menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, sila rujuk maklumat di bawah.

Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut.

GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir).

Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah.

SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS dengan cara seperti berikut:

saps apdm

Begitu juga jika ejaan nama pelajar salah dalam sistem SAPS, ibu bapa perlu menghubungi guru kelas untuk memaklumkan hal tersebut.

 

Leave a Reply