Berita Semasa Malaysia

Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online Dan SMS

0

Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) dengan Skim Pinjaman Pendidikan menawarkan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan. Skim ini bertujuan membantu kewangan secara pinjaman kepada pelajar IPTA untuk kegunaan pembayaran yuran dan sara diri.

Semua peminjam akan yang sepatutnya membayar semula selepas 6 bulan tamat tempoh peminjaman akan disenaraikan dalam CCRIS. Anda juga boleh menyemak CCRIS anda sama ada terdapat tunggakan pembayaran pinjaman ataupun tidak. Peminjam perlulah membayar semula pinjaman kepada pihak PTPTN.

Saluran Pembayaran Balik

Bagi para peminjam, mereka boleh membayar semula pinjaman di:

  • Kaunter PTPTN (seluruh Malaysia)
  • Kaunter Ejen
    • Bank Islam
    • Bank Rakyat
    • Pos Malaysia
    • CIMB Bank
    • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Potongan gaji
    • Jabatan Akauntan Negara
    • Majikan
  • Direct Debit
  • Akaun II KWSP
  • Kiosk PayQuik

Bagi mereka yang membayar secara berjadual, atau beringinan untuk menyemak baki pinjaman, semakan boleh dilakukan secara online dan SMS.

Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online

  1. Layari laman web PTPTN https://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung.
  2. Di dalam ruang Perkhidmatan Atas Talian, Klik “Semakan Penyata Pinjaman”.
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan anda. Kemudian tekan “Cari”
  4. Tekan “Semak”
    Jika seperti di bawah setelah anda tekan “Cari”, ini bermakna No. Kad Pengenalan anda tiada dalam rekod atau hutang telah selesai.
  5. Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan. Kemudian tekan “Log masuk”.
  6. Setelah log masuk, klik pada “Penyata Baki Terperinci”. Anda akan dapat melihat baki pinjaman PTPTN anda. Di dalam penyata juga, anda dapat melihat tarikh pembayaran yang telah dilakukan.

Secara SMS

  1. Taip PTPTN<jarak>BAKI <jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No pin
  2. Hantar ke 15888

Pembayaran semula pinjaman hendaklah dipatuhi bagi memastikan rekod CCRIS berada dalam keadaan baik dan mengelakkan nama anda disenarai hitam. Apabila nama anda telah disenarai hitam, ini akan menyukarkan anda untuk ke luar negara. Pihak imigresen akan menghalang anda untuk ke luar negara apabila nama anda telah disenarai hitam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung.

Leave A Reply

Your email address will not be published.