Sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang membabitkan peruntukan RM7 bilion.
Perkara itu diumumkan dalam pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung hari ini.
Di sini kami kongsikan info lanjut tentang cara semakan BPN 2.0 serta maklumat berkaitannya yang anda perlu tahu.
Apakah BPN 2.0?
BPN 2.0 adalah salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pandemik COVID-19.
Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.
Berbeza dengan BPN yang sebelum ini, anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.
Ini kerana, penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.
Namun jika anda tidak tersenarai sebagai penerima BPN, permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020.

Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah bergantung kepada 2 kategori utama seperti berikut:
1. Kategori Isi Rumah (Berkahwin)
- B40 (RM4,000 ke bawah) : RM1,000
- M40 (RM 4,001 – RM8,000) : RM600
2. Kategori Bujang
- B40 (RM2,000 ke bawah) : RM600
- M40 (RM 2,001 – RM4,000) : RM300
Pembayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam 2 fasa berikut:
- Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
- Fasa Kedua – Januari 2021

Cara Semakan BPN 2.0
Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.
Jika anda terlupa kata laluan semasa log masuk Portal BPN dan gagal menjawab soalan keselamatan yang diminta, Pemohon perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan
keselamatan.
Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.
Baca juga : Semakan Daftar Pemilih Online MYSPR Dan Cara Tukar Lokasi Mengundi
Permohonan Baru / Rayuan Tukar Status
Berikut disenaraikan beberapa Soalan Lazim FAQ BPN 2.0 yang telah dikemaskini pada 23 September 2020 yang mungkin berkaitan dengan permohonan BPN 2.0 atau rayuan yang melibatkan perubahan status penerima.
Soalan Lazim
Kategori kelayakan BPN 2.0 adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020.
Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.
Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah.
Baca juga : Panduan Permohonan PTPTN Online Dan Cara Semakan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan semakan BPN 2.0, sila layari laman web rasmi Bantuan Prihatin Nasional di https://bpn.hasil.gov.my/
Segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk melihat SOALAN LAZIM MENGENAI BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0 (BPN 2.0)BAGI GOLONGAN B40 & M40, sila rujuk di pautan ini.
Bacaan lanjut di portal Semakan Online.