Jika anda ingin membuat semakan daftar pemilih atau ingin menukar lokasi mengundi, anda boleh berbuat demikian dengan lebih mudah melalui MYSPR online.
Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.
Namun sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih.
Anak muda, terutamanya yang telah berusia 21 tahun dan menepati syarat-syarat kelayakan boleh mendaftar sebagai pemilih (pengundi) di kawasan masing-masing.
Syarat Layak Mengundi
Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:
- Seorang warganegara Malaysia;
- Telah mencapai umur 21 tahun;
- Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
- Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
Baca juga : Permohonan Program Tunas Usahawan Baitulmal MAIWP 2020
Cara Daftar Sebagai Pengundi SPR
SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.
Berikut adalah cara untuk mendaftar sebagai pemilih :
1. Di Pejabat SPR
Anda boleh mendaftar sebagai pemilih di semua pejabat SPR yang merangkumi:
- Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri
- Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
- Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
- Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan
2. Di Pejabat POS
Anda juga boleh mendaftar sebagai pemilih di semua Pejabat Pos Malaysia seluruh negara.
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
- Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
- Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
- Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
- Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati dan
- Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
3. Secara Online Melalui MYSPR
Untuk mendaftar sebagai pemilih secara online, sila ikuti 3 langkah berikut:

A. Permohonan Akaun pengguna
- Layari Layari http://www.spr.gov.my dan tekan butang “MYSPR DAFTAR” atau terus ke pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my/
- Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan. Tekan butang “PERMOHONAN AKAUN BARU”
- Skrin Permohonan Akaun Pengguna akan dipaparkan. Sila isikan butiran berikut
- No. Kad Pengenalan.
- Nama seperti dalam kad pengenalan.
- No. Telefon Bimbit.
- E-mel.
- Katalaluan dan Pengesahan Katalaluan
- Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan.
- Alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan.
- Gambar swafoto bersama kad pengenalan yang dibenarkan.
- Seterusnya masukkan kod Captcha
- Tandakan kotak pengesahan dan klik ‘Hantar’
- Dialog Notifikasi akan dipaparkan.
- Klik “KEMBALI” dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan semula.
- Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.
NOTA:
Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.
- Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama sebelum jam 5.30 petang.
- Permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari bekerja permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.
- Permohonan yang dihantar pada Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.
B. Pengaktifan Akaun Pengguna
Setelah menerima e-mel pengesahan daripada SPR, pemohon boleh meneruskan pendaftaran dengan mengaktifkan akaun pengguna.
Sila ikuti langkah berikut:
- Klik link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini.
- Tekan butang “MOHON TAC”. Masukkan No. TAC dan tekan butang “HANTAR”.
- Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.
- Sila log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
C. Isi Borang A
Setelah berjaya log masuk, anda digalakkan untuk menukar kata laluan dan mengemaskini profil.
Kemudian, anda boleh mengisi borang A untuk mendaftar sebagai pemilih baru.
- Klik menu “Status Saya”.
- Tekan butang “BORANG A (PENDAFTARAN BARU)
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Tekan butang “HANTAR / CETAK BORANG A”. Cetakan Borang A akan dipaparkan.
Cara Semakan Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi
Sekiranya anda pernah mendaftar sebagai pengundi tetapi tidak pasti lokasi mengundi atau lokaliti, anda boleh membuat semakan melalui 4 cara ini:

A. Secara Online
Untuk membuat semakan daftar pemilih, sila layari https://pengundi.spr.gov.my/

Anda cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan dan Captcha.
Maklumat berikut akan dipaparkan:
- Lokaliti
- Daerah Mengundi
- DUN
- Parlimen
- Negeri
B. Hubungi Talian Hotline SPR
Hubungi talian hotline SPR di nombor telefon 03-88927018 dalam waktu pejabat.
C. SMS
Hantar SMS ke 15888 untuk membuat semakan.
Taipkan:
SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO IC (contoh 881002025220 dan hantar ke 15888
Cara Tukar Alamat Dan Pusat Mengundi
SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru.
Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.
Untuk menukar alamat, sila ikuti langkah berikut:
- Klik menu “Status Saya”.
- Tekan butang “PERTUKARAN ALAMAT”
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Tekan butang “HANTAR / CETAK BORANG A”. Cetakan Borang A akan dipaparkan.
NOTA:
Sekiranya pemilih itu menyemak namanya dalam daftar pemilih dan mendapati terdapat kesilapan pada maklumatnya maka, beliau perlulah mengemukakan aduan rasmi secara bertulis kepada SPR meminta supaya maklumat tersebut diperbetulkan dengan melampirkan bukti-bukti yang jelas berhubungan dengan kesilapan tersebut dan sumber untuk pembetulan.
Maklumat yang boleh diperbetulkan adalah seperti yang berikut:
- Nombor kad pengenalan (MyKad, My Tentera atau Nombor Badan) pemilih;
- Nama pemilih;
- Jantina pemilih;
- Agama pemilih
- Alamat pemilih; dan
- Lokaliti pemilih.
Pengundi adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan SPR berhubungan dengan kesilapan maklumat-maklumat dalam daftar pemilih.
Baca juga : ePenyata Gaji ANM: Login Semakan Slip Penyata Gaji Online 2020
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian 03-88927018 dalam waktu pejabat atau melalui sistem aduan di
http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.