Semakan Harga Rumah Untuk Penjawat Awam

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) hari ini melancarkan sistem Semakan Harga Rumah Untuk Penjawat Awam.

Sistem ini membolehkan setiap penjawat awam menyemak harga rumah semasa mengikut jenis dan lokasi rumah terbabit.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah ketika berucap melancarkannya di sini hari ini berkata pembangunan sistem itu adalah bertepatan dengan masa kerana kini terdapat banyak portal harta tanah yang  memaparkan pelbagai iklan jualan harta tanah dengan pelbagai harga.

Katanya lagi maklumat yang dipaparkan mengelirukan rakyat kerana apa yang apa yang dipapar adalah “asking price” bukannya harga yang ditransaksikan dalam pasaran.

Bagaimana Membuat Semakan Harga Rumah Untuk Penjawat Awam

semakan harga rumah untuk penjawat awam

Semakan boleh dibuat menerusi portal rasmi JPPH di https://www.jpph.gov.my//V2/login_julat.php?versi=2

Setiap penjawat awam wajib mendaftar masuk kali pertama sebelum menggunakan sistem ini. Selain itu JPPH juga ada menyediakan sistem pertanyaan status kes pinjaman rumah.

Pertanyaan tersebut meliputi kes:

  1. Pinjaman Perumahan;
  2. Kerja Tambahan/Ubahsuai;
  3. Bayaran Berperingkat Bina Rumah; dan
  4. Bayaran Berperingkat Kerja Tambahan/Ubahsuai.

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.

Mengikut statistik semasa, JPPH menerima lebih 76,252 kes penilaian pinjaman perumahan sepanjang tahun 2017.

Untuk makluman, pinjaman hanya diberi berdasarkan nilai harta yang dicagarkan dan dalam hal ini JPPH berperanan untuk menentukan nilai harta yang dicagarkan untuk pinjaman.

Namun harga yang dipaparkan dalam sistem Semakan Harga Rumah Untuk Penjawat Awam perlu disahkan oleh pihak profesional sebelum harga tersebut dimuktamadkan.

Tentang JPPH

JPPH merupakan organisasi di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia. Mereka berperanan membangunkan negara dengan memberikan perkhidmatan yang boleh dipercayai, menepati masa dan profesional yang meliputi perkara-perkara berikut:

  • Sebagai penasihat kepada Kerajaan dan agensinya dalam segala aspek berkaitan dengan penilaian, perundingan dan perkhidmatan harta.
  • Sebagai pakar runding kepada Kerajaan dan agensinya untuk memberi perkhidmatan perundingan dalam aspek kajian kemungkinan, pengurusan harta dan perejenan harta.
  • Untuk membantu Kementerian Kewangan dalam melaksanakan polisi berkaitan harta tanah.
  • Untuk mengumpul, menerbit dan menyebarkan informasi harta tanah.
  • Untuk memberikan latihan dalam bidang berkaitan dengan penilaian harta tanah dan perkhidmatan harta.
  • Untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang berkaitan harta tanah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi JPPH di https://www.jpph.gov.my//V2/index.php?versi=2

Leave a Comment