Panduan Semakan Keputusan UPSR 2016 Secara Online Dan SMS

Berikut panduan semakan keputusan UPSR 2016 secara online dan SMS yang dijangka diumumkan pada 17 November 2016.

Ibu bapa boleh membuat semakan sama ada melalui online di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau melalui SMS bermula jam 10 pagi pada tarikh keputusan diumumkan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menghantar anak ke SBP, permohonan kemasukan ke SBP 2017 telah pun dibuka.

Semakan Keputusan UPSR 2016 Online

Semakan UPSR online boleh dibuat menggunakan pautan di bawah.

Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang yang disediakan kemudian klik “Papar Keputusan”.

Semakan Keputusan UPSR 2016 SMS

Berikut merupakan cara membuat semakan UPSR secara SMS.

  1. Taip UPSR <jarak> ANGKA GILIRAN
    Contoh: UPSR ZE135683
  2. Hantar ke 15888

Seperti biasa caj 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR

Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan UPSR 2016, ibu bapa boleh membuat permohonan semakan semula keputusan UPSR dalam masa 30 hari selepas keputusan diumumkan.

Permohonan boleh dibuat di sekolah masing-masing atau di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Leave a Comment