Semakan Keputusan UPSR 2017 Online, SMS Bermula 23 November

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan media memaklumkan semakan keputusan UPSR 2017 online & SMS boleh dibuat bermula 23 November 2017 (Khamis).

Untuk makluman, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah tidak boleh disemak melalui sistem SAPS Ibu Bapa.

Bagi calon yang lulus dengan cemerlang, anda boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh ambilan 2018.

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online & SMS

semakan keputusan upsr 2017 online sms

Mengikut statistik terkini, pada tahun ini seramai 443,794 telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka sama ada di sekolah atau membuat semakan UPSR 2017 secara online atau SMS.

Semakan UPSR 2017 SMS

Calon boleh membuat semakan melalui SMS dengan cara:

  1. Taip UPSR <jarak> ANGKA GILIRAN
    Contoh: UPSR ZE135683
  2. Hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 23 November sehingga jam 6 petang 29 November.

Seperti biasa caj 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semakan UPSR 2017 Online

Bagi yang ingin membuat semakan secara online, anda boleh layari link berikut:

[button-red url=”http://sppat.moe.gov.my/semakan/” target=”_self” position=”center”]Semakan Keputusan UPSR Online[/button-red]

Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang yang disediakan kemudian klik “Papar Keputusan”.

Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR 2017

Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan UPSR 2017, ibu bapa boleh membuat permohonan semakan semula keputusan UPSR dalam masa 30 hari selepas keputusan diumumkan.

Permohonan boleh dibuat di sekolah masing-masing atau di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Anda boleh download borang permohonan semakan semula UPSR 2017 di sini atau di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya.

semakan semula upsr 2017

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH PEPERIKSAAN
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 – 3 dan 5 – 13, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(U.p.: Ketua Penolong Pengarah Unit UPSR /SPM/STAM)

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan perlu disertakan dengan perkara berikut:

  • satu (1) salinan pernyataan keputusan peperiksaan UPSR (disahkan oleh Guru Besar / Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
  • Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN
  • dua (2) sampul surat beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.00.

Kadar bayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan UPSR ialah RM50.00 bagi setiap mata pelajaran. Permohonan penyemakan semula keputusan Kes T tidak dikenakan bayaran.

Kami ucapkan selamat maju jaya buat calon-calon UPSR 2017. Untuk bantuan awal persekolahan 2018, kami akan kemaskini dari semasa ke semasa. Pastikan anda like Facebook page Negaraku.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) Tahun 6

Untuk makluman, tahun ini tiada lagi pengumuman calon paling banyak “A”.

Apabila ibu bapa ke sekolah untuk mengambil keputusan anak, mereka akan mendapat keputusan bagi empat komponen berkenaan dan bukan hanya bilangan A diperolehi dalam UPSR.

Empat komponen tersebut termasuklah:

  1. UPSR 2017
  2. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Menerusi PBD, pentaksiran dibuat ketika pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.

Pentaksiran ini dibuat bagi membantu guru untuk menyediakan pelan pembelajaran bagi setiap murid menggunakan pelbagai jenis instrumen.

PAJSK pula akan mentaksir murid melalui penilaian SEGAK, iaitu Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan, Indeks Jisim Badan (BMI) bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan, selain mengambil kira penyertaan/pencapaian sukan pada pelbagai peringkat.

Murid juga ditaksir dalam kokurikulum dan ekstra kokurikulum iaitu penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform serta pembabitan secara sukarela pada semua peringkat.

PPsi pula untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati seperti bidang muzikal, lingustik, logik matematik dan visual ruang.

PPsi untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) dibuat menerusi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR), iaitu mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.

Leave a Comment