Semakan MUET November 2017 Secara Online Atau SMS

Semakan MUET November 2017 boleh dibuat bermula jam 10 pagi, 4 September sehingga 3 Oktober 2017 secara online atau SMS.

Mengikut kalendar MUET, untuk sesi MUET November nanti tarikh ujian speaking adalah pada 4,5,9,10,11 dan 12 Oktober. Manakala untuk ujian bertulis jatuh pada 4 November 2017.

Bayaran untuk menduduki peperiksaan MUET adalah RM100 untuk yuran pendaftaran (RM40) dan yuran mata pelajaran (RM60).

Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC di kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet.

Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon selepas selesai pendaftaran secara online.

Bayaran pembelian PIN MEC tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan. PIN MEC yang telah dibeli itu juga tidak boleh digunakan untuk mendaftar MUET sesi yang berikutnya.

[alert-announce]Dapatkan Panduan Lulus MUET di sini.[/alert-announce]

Komponen Ujian MUET

Peperiksaan MUET meliputi empat kertas iaitu:

  1. Listening (30 minit)
  2. Speaking (30 minit)
  3. Reading (90 minit)
  4. Writing (90 minit)

Keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Baca juga: Jadual SPM 2017

Semakan MUET November 2017

Untuk semakan pendaftaran MUET November 2017 secara SMS, taipkan MUET<jarak>INFO<jarak>No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888.

semakan muet november 2017

Manakala semakan secara online boleh dibuat di http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Sekiranya anda ingin membuat rayuan semakan semula keputusan MUET, anda boleh rujuk maklumat di bawah dengan teliti.

  • Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
  • Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  • Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
  • Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja

Untuk makluman, keputusan MUET tidak boleh disemak menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa.

Leave a Comment